Monday, 22 February 2016

Bonding Bowling di Metro Point Kajang

Terkejar-kejar aku di  pagi Ahad, aku suruh Encik Adam datang rumah aku pada Sabtu tak dapat pula. Ahad pula akan datang untuk pasang kipas angin dan tambah 2 point plug sebelum pukul 8 pagi. Namun, pukul 8.20 baru muncul. Dia datang ditemani isterinya. Namun, pihak pengurusan tak benarkan beliau lakukan penggerudian pada Ahad. Aku hanya menunjukkan di mana tempat yang ingin aku sambungkan point dan pasang kipas.

Akhirnya pukul 9 pagi baru aku ke Kajang dan sampai ke sana 9.30. Namun, ramai yang belum datang walaupun dalam tentatif pukul 9.30am akan memulakan permainan. Oleh kerana ahli kumpulan aku hanya aku dan Ida sahaja yang datang, kumpulan aku bergabung dengan kumpulan 9 iaitu Shokie dan Arash.Tercapai hajat juga Shokie nak aku join kumpulannya

Kali terakhir aku bermain bowling masa menuntut di UiTM iaitu lebih kurang 5 tahun yang lalu. Takkanlah aku nak hentam baling bola bowling tu je. Sebelum memulakan permainan, aku google lah dulu cari teknik main bowling yang betul nak baling dan nak dapat strike.
Tak sia-sia usaha aku belek Mr Google, kami berjaya memenangi tempat ketiga  permainan bowling.
 

Thursday, 21 January 2016

Awet Muda Dengan Aromaterapi


Sejak masuk angka 40, penjagaan diri perlu ditingkatkan. Aromaterapi menjadi pilihan dalam setiap bahan kecantikan. Oleh kerana harga yang mahal untuk set penjagaan wajah berasaskan aromaterapi, produk aromaterapi perlulah dibuat sendiri dan praktikkan ilmu yang telah dipelajari.

Minyak jojoba menjadi pilihan aku. Jojoba tidak perat berbanding minyak grapeseed. Walaupun harga minyak grapeseed murah tetapi baunya yang perat memang tidak menjadi pilihan aku untuk diadunkan dalam produk kecantikan. Akhirnya, minyak grapeseed yang aku beli aku gunakan untuk rambut. Sayang pula tidak digunakan,


Bahan-bahan adunan untuk  Anti-Aging:
30 ml minyak jojoba
3 titikbergamot essential oil
3 titik lavender essential oil
3 titik rose geranium essential oil
3 titik frankinsence essential oil

Untuk mengadun produk ini, perkara-perkara yang perlu adalah dengan
1. mengkaji apa keperluan dan masalah yang dihadapi.
2. Pilih jenis essential oil
3. Ketika adun pastikan dimulai dengan node yang lebih tinggi



Tuesday, 22 December 2015

Penyewa Tuntut Deposit

Melayan karenah penyewa yang bermacam-macam jenis dan ragam kadang-kadang memeningkan kepala.
Semalam, penyewa yang keluar pada September lalu selepas kejadian diserbu JAIS pada pukul 3 pagi hantar whatapps bertanyakan tentang depositnya 2 bulan. Oleh kerana, perjanjian sewaan adalah setahun dan tidak cukup tempoh selama setahun, deposit tersebut tidak dapat dipulangkan atau dikira hangus.

Malah, selepas 3 bulan tinggal dan selepas ditangkap khalwat, dia terus keluar dan langsung tidak berjumpa aku ketika menyerahkan kunci, Semua urusan diserahkan pada kawannya. Pada aku, sikapnya agak tidak sopan. Penyewa sepatutnya berjumpa tuan rumah sebelum keluar dan serah hak milik tuan rumah. Alasan tidak teruskan sewa adalah disebabkan tiada privasi dan keselamatan kurang memuaskan. Pengawal keselamatan membenarkan JAIS yang tiada waran boleh  mengopak pintu dan memotong kunci mangga.

Alasan tentang peranan pengawal keselamatan yang kurang memuaskan dan lif yang kerap rosak adalah tidak wajar mempersalahkan tuan rumah. Ini kerana, urusan keselamatan dan lif rosak merupakan peranan pihak penyelenggaraan bangunan yang mana di luar bidang tugas tuan rumah.

Sebenarnya, ramai yang tidak tahu tentang hak pihak berkuasa untuk memeriksa kediaman yang mencurigakan dan ada aduan. Manakala JAIS tanpa ada waran atau tanpa bersama pihak polis berhak datang memeriksa kediaman setelah menerima aduan.

Namun begitu, soal pemulangan wang deposit boleh dirunding secara berhemah. Atas budi bicara dan belas kasihan, tuan rumah rela memulangkan wang tersebut selepas ditolak segala bil-bil yang tertunggak seperti air dan eletrik, kos kerosakan, kos kehilangan barang tuan rumah serta kos agen hartanah.

Sekiranya penyewa bersikap biadap dan mengugut tuan rumah, Maka, sebagai tuan rumah berhak tidak memulangkan deposit mengikut apa yang telah dipersetujui didalam perjanjian sewaan.

Pentingnya perjanjian sewaan untuk melindungi hak penyewa dan tuan rumah. Penyewa juga tidak sewenang-wenangnya nak keluar pindah dengan memberi alasan yang tak munasabah.

Dinasihatkan  penyewa menyelidik keadaan kediaman dan premis sebelum menyewa. Malah, adalah tidak adil menyalahkan tuan rumah  sekiranya apa-apa yang berlaku yang bukan atas tanggungjawap tuan rumah.


Sunday, 29 November 2015

Lions Charity Balloon Run 2015



Sudah beberapa bulan aku tidak terlibat dengan sukarelawan. Kali ini sukarelawan jenis acara pula. Seingat aku, ini kali kedua jenis sukarelawan acara yang aku terlibat. Kali pertama rasanya 4 tahun yang lalu iaitu program Karisma di Bukit Jalil. Pengalaman pertama menjadi sukarelawan dalam acara larian ini agak menarik untuk dikongsi.

Seawal 4.30 pagi perlu berada di Taman Tasik Permaisuri yang mana sukarelawan Yayasan Salam ditugaskan memberi minuman kepada pelari-pelari Lions Charity Balloon Run. Kami ditugaskan di depan Malaysia Youth International. Cuaca di awal pagi disambut dengan hujan. Disebabkan tiada payung, kami terpaksa menjadikan plastik sampah untuk menutup kepala. Nasib baik hujan tidak lebat dan sekejap sahaja.

Perbezaan antara pelari awal dan belakang,  pelari-pelari awal tidak berminat untuk mengambil minuman. Mereka hanya tumpu untuk sampai ke garisan penamat.

Bila tiba giliran pelari-pelari belakang, sukarelawan-sukarelawan tak cukup tangan untuk menuang air kosong dan 100plus bila pelari-pelari ini menyerbu meja pertama walaupun arahan diberi untuk mengambil minuman di meja seterusnya., namun tidak diendahkan.

Bila cawan yang dibekalkan habis, kami terpaksa memberi botol air yang beratnya 500ml. Dari pengalaman ini, penganjur perlu bekalkan cawan minuman yang cukup atau gantikan botol air 500ml dengan air mineral cawan. Oleh itu, penganjur tidak perlu sediakan cawan kertas.


https://www.facebook.com/lionscharityrun2015/

Monday, 23 November 2015

Mak Ayah 1 Tahun 1 Negara: 2016




Akhirnya aku menempah juga tiket untuk melancong. Sangkakan dengan keadaan kejatuhan nilai matawang RM semangat aku pun jatuh juga. Malah, bukan 1 negara yang aku tempah tetapi 2 negara pula. Tempahan pertama ke Medan, pergi balik RM101 seorang, murah sangat. Kali ini pergi berempat, aku, Ilah, mak dan ayah aku selama 5 hari.  Kalaulah sempat teringin nak pergi Acheh.

Tanpa pengetahuan mak ayah aku, aku tempah untuk mereka ke Ho Chi Minh pula dengan Ilah yang mana tiket RM222 seorang. Mulanya Ilah ajak aku ikut bersama tetapi aku rasa lebih baik beri peluang pada mak ayah aku jejak kaki ke Vietnam.

Hari ini sempurna sebahagian impian, terasa seronok sangat. Walaupun mak ayah aku belum sempat lagi ke Indonesia dan Vietnam, sekurang-kurangnya dengan beli tiket Air Asia ini , sudah ada jaminan untuk mereka pergi melancong.

Lepas aku beli tiket, aku telefon ayah aku bagitahu. Sudah aku jangka, ayah aku sudah tentu suka pasal jalan-jalan. Reaksi mak aku pula tentu hari-hari yang dilaluinya sudah terbayang-bayang sampai ke Vietnam juga sudah sampai ke Medan.

Monday, 9 November 2015

Tauhu Mekar

Teringin pula nak makan tauhu mekar selepas Mak Iti hantar gambar dalam whatapps.
Bila google tengok resepi ini menarik. Rsepi asal masukkan keju dan sosej. Manakala ayam aku gantikan dengan daging yang aku cincang. Cili merah aku gantikan dengan cili padi



Bahan-bahan
35 ketul Tauhu kering
2 ketul Tauhu basah- dihancurkan
1 paket Daging cincang
1 batang Lobak merah - hiris halus
1 sudu kecil Serbuk lada putih
1 sudu kecil Serbuk lada hitam
4 biji cili padi - hiris halus
1 biji Bawang besar – potong dadu
4 biji Bawang putih – hiris halus
1 biji Telur
1 ketul Kiub ayam
2 batang Daun bawang - hiris halus
2 batang Daun sup - hiris halus
 
Garam & Gula – secukup rasa
Proses A: Inti
 
  1.  Hiris permukaan tauhu kering tu secara menyilang, terbalikkan tauhu kering dan buangkan isinya.. Asingkan isi dan kulit.
  2. Masukkan isi tauhu kering, tauhu basah hancur, daging cincang, kiub ayam, lada hitam, lada putih, garam, gula dan telur. Gaul rata.
  3. Masukkan lobak merah, daun bawang, daun sup. Gaul rata.

Proses B
 
  1. Masukkan inti ke dalam tauhu kering yang diterbalikkan sehingga penuh dan padat.
  2. Goreng hingga kekuningan. Boleh dimakan dengan sos atau dengan nasi



Sumber http://holwatunmasrura.blogspot.my/2013/10/sedap-tauhu-mekar-di-dalam-taman-hati.html

Sunday, 1 November 2015

The Everest & Makanan Korea

"Life Begin at 40"

#1 Tengok Wayang "The Everest"
Malam tadi aku, Itah dan No-ne tengok wayang di GSC 1-Utama. Sudah agak lama tidak tengok wayang.Seingat aku, kali terakhir aku tengok wayang bersama No-ne dan Salrina. Masa tu mereka tinggal di Putrajaya dan Salrina masih belum berkahwin.

Kali ini aku tak tertidur tengok wayang disebabkan aku suka melancong dan suka tengok Gunung Everest. Cerita ni amat menarik tentang cabaran mendaki Gunung Everest. Pelbagai implikasi dan kesan yang terpaksa diharungi oleh pendaki Gunung Everest. Sekiranya aku seorang pendaki, aku rasa filem ini memberi inspirasi untuk aku mendaki walaupun di dalam  ini menggambarkan tentang cabaran menghadapi ribut salji yang tebal, masalah kekurangan oksigen, anggota badan boleh beku dan lain-lain lagi.

#2 Makanan Korea
Habis tengok wayang, makan makanan Korea pula. Oleh kerana sudah lewat, perkhidmatan "take away" sahaja disediakan.