Monday, 22 February 2016

Bonding Bowling di Metro Point Kajang

Terkejar-kejar aku di  pagi Ahad, aku suruh Encik Adam datang rumah aku pada Sabtu tak dapat pula. Ahad pula akan datang untuk pasang kipas angin dan tambah 2 point plug sebelum pukul 8 pagi. Namun, pukul 8.20 baru muncul. Dia datang ditemani isterinya. Namun, pihak pengurusan tak benarkan beliau lakukan penggerudian pada Ahad. Aku hanya menunjukkan di mana tempat yang ingin aku sambungkan point dan pasang kipas.

Akhirnya pukul 9 pagi baru aku ke Kajang dan sampai ke sana 9.30. Namun, ramai yang belum datang walaupun dalam tentatif pukul 9.30am akan memulakan permainan. Oleh kerana ahli kumpulan aku hanya aku dan Ida sahaja yang datang, kumpulan aku bergabung dengan kumpulan 9 iaitu Shokie dan Arash.Tercapai hajat juga Shokie nak aku join kumpulannya

Kali terakhir aku bermain bowling masa menuntut di UiTM iaitu lebih kurang 5 tahun yang lalu. Takkanlah aku nak hentam baling bola bowling tu je. Sebelum memulakan permainan, aku google lah dulu cari teknik main bowling yang betul nak baling dan nak dapat strike.
Tak sia-sia usaha aku belek Mr Google, kami berjaya memenangi tempat ketiga  permainan bowling.