Friday, 23 October 2015

Syurga Membeli Belah Ho Chi Minh

16&17 October 2016

Di Ben Thanh Stesen bas ,  tunggu bas 152 untuk ke lapangan terbang
Bertolak dari Mui Ne ke Ho Chi Minh pukul 1.30am (Malaysia) dan sampai di Ho Chi Minh pada pukul 6.00 am. Kami terus mencari hotel yang murah untuk kami menginap sekitar Jalan Tham Ngu Lao. Oleh kerana agak sukar mencari hotel murah yang mana kebanyakannya sudah penuh, dan kebetulan berada  di Hotel Saigon Inn, aku tempah hotel di Booking.com.Aku pilih Giang Hotel yang dekat dengan Ben Thanh Market serta lorongnya dekat dengan Jalan Tham Ngu Lao. Harga yang ditawarkan USD13 + usd5 (tambahan untuk 3 orang).
Hotel Giang Ho Chi Minh
Di awal pagi yang masih gelap dan sunyi mencari-cari lorong Bui Vien. Ketika sampai, hotel masih tutup. Namun, kehadiran kami tetap dilayan dan diberi masuk awal walaupun masih belum cukup masa check-in.

Di Ho Chi Minh, kami hanya tumpu untuk membeli-belah di Ben Thanh Market serta pasar malam yang terletak bersebelahan Ben Thanh Market.  Membeli belah di pasar malam, lebih berpeluang untuk mendapat harga yang murah berbanding Ben Thanh Market.

Membeli kain pasang terutamanya kain kapas serta sutera amat popular di Ben Thanh ini. Harga kain yang kami beli hanya RM30 sepasang. Malah, tauke kedai menawarkan khidmat penghantaran kain yang dibeli ke hotel tanpa mengenakan sebarang caj.
Shopping sakan, beg dah beranak

Bas 152, Airport - Ben Thanh Market
Oleh kerana Ho Chi Minh syurga membeli belah, aku rasa  mati kutu. Nasib baik 2 hari sahaja di Ho Chi Minh. Duit hanya tinggal 50,000Dong selepas membeli belah dan cukup-cukup untuk tambang bas ke airport. Malah, niat Lynn yang nak naik teksi pun dah tak jadi gara-gara membeli-belah tak hingat. Niat ke Chu Chi Tunnel dibatalkan memandangkan kesihatan Lynn yang tidak mengizinkan. Dia sukar untuk duduk selepas jatuh atas batu ketika di Fairy Stream.

No comments:

Post a Comment