Alangkah mudahnya urusan selesaikan pinjaman kereta berbanding pinjaman perumahan. Banyak fasa yang perlu dilalui setelah menunggu 2 bulan .
1 bulan selepas selesai pinjaman dan tandangan dokumen antara peguam Rithaudin & Azlin dengan bank. Ada 3 dokumen ditandatangan dan akan dimatikan setem. Kemudian, tunggu lagi 1 bulan untuk dapat kembali dokumen tersebut. Kali ini aku bawa Yaqin, dia tunggu aku dalam kereta sementara aku naik ke tingkat 8 Bangunan Lee Yan Lian. Jenuh tunggu lif, setiap tingkat ada orang tekan. Rupa-rupanya bangunan ini juga ada Kolej Segi. Waktu tengahari ini ramai pelajar yang nak turun.
Kini masuk pula fasa batalkan insuran MRTA yang tamat 2027. Menurut Aziah, kawan aku yang merupakan agen insuran takaful ikhlas, urusan pembatalan perlu disegerakan. Cepat urus, cepat dapat duit pemulangan. Duit dapat juga lebih sikit berbanding lewat-lewatkan urusan.
Maklumat-maklumat yang perlu aku serahkan pada pihak takaful seperti berikut:
1- salinan ic
2- salinan surat full loan settlement
3- isi borang pembatalan insuran
4- no. akaun bank
Mulanya aku sangka perlu serah sendiri ke pejabat takaful, Aziah nasihatkan aku emailkan saja. Borang pembatalan insuran diemailkan dalam tempoh 24jam. Maklumat yang perlu aku emailkan kembali termasuklah sertakan no. akuan bank untuk pihak takaful kreditkan bayaran pemulangan.
Aku .hubungi pihak pemaju untuk mengetahui langkah seterusnya untuk dapatkan strata. Malah, segala tunggakan dengan pihak badan pengurusan apartment juga dijelaskan segera.
Fasa seterusnya... hubungi Sia. Boon Chee & Co untuk urusan pindah milik dan strata pula. Untuk kurangkan fees guaman, peguam yang sama perlu dilantik semasa aku tandangan dokumen jual beli Pangsapuri Teratai.