"Mencegah itu lebih baik daripada mengubati"
Pengalaman disahkan positif covic-19 pada 29 Januari 2021 yang mana aku demam on off seminggu lebih tak lega.
Demam biasa telan 1 biji panadol dah lega tapi 1 papan tak hilang. Pelik...
Bila mandi, kena air je jadi sejuk hingga ke tulang. Pelik...
Mungkin perlu mandi air asam. Kebiasaan aku bila banyak hari demam inilah amalan aku. Tak hilang juga. Pelik..
Cek suhu dalam 36C. Selepas 5 hari demam, hari Sabtu aku selsema selama 1 hari. Tekak tak sakit. Sepanjang aku demam aku pastikan cium minyak aromaterapi eucalyptus. Aku tak nak kena covic.
Hari Ahad selsema hilang tapi apa yang aku cium dah tak ada bau , deria rasa pun dah tak ada. Timbul juga kerisauan tetapi aku kena positifkan diri aku. Isnin aku minta cuti dan bekerja di rumah saja, aku nak pastikan demam on off hilang. Tak juga hilang.
Hari Selasa aku ambil keputusan pergi ke klinik, doktor suspek aku ada covic-19 bila symtom deria rasa dan bau tak ada. Keesokannya, pukul 10am aku perlu ke Klinik Kesihatan Tangling untuk swap test. Keputusan ambil masa 3 hari. Namun, hari kedua aku wassap PKD Lembah Pantai untuk mengetahui keputusan. Harapan aku agar keputusan negatif, sebaliknya yang aku dapat.
Aku dinasihat untuk asingkan diri dari ahli keluarga. Mujur adik aku pun dah tak berani balik rumah aku sepanjang aku demam. Keesokannya, doktor hubungi aku bertanya tentang keadaan aku di rumah dan kontak terdekat. Aku disuruh membuat persiapan untuk ke pusat kuarantin di Hospital Sungai Buluh dan bila-bila masa sahaja ambulan akan datang ambil aku.
Aku mohon untuk minta kuarantin di rumah memandangkan aku memang asingkan diri dan barang makanan adik aku hantar di depan pintu sahaja. Aku amat bersyukur, ambulan tak datang ambil walaupun doktor agak risau bila aku kuarantin seorang diri di rumah.
Sepanjang kuarantin, aku mengambil minum susu coloskim Zhulian 2 sachet setiap pagi dan malam.
Ambil Vitamin C Zhulian 250mg x 5 biji setiap pagi, tengahari dan malam. Nak tak nak aku perlu ambil lebih. Aku cuba ambil 2 biji , aku kembali demam. Dah betul pulih demam barulah aku ambil vitamin C seperti biasa.
Vitamin C ini aku rendam dalam air dan minum. Sedap pula rasa.
Sepanjang masa aku pastikan minum air banyak dan minum air lemon.
Masukkan garam bukit dalam air.
Buat air halia juga.
Aku juga wapkan muka dengan air bunga cengkih dan turut minum.
Habbatussauda aku ambil juga tapi aku tak berani ambil banyak. Cukup 3 biji sahaja. Kecil bukan sebarang kecil, panasnya hingga ke kepala. Rasa hau hau....
Segala petua orang bagitahu aku cuba buat. Asalkan boleh tingkat imunisasi dalam badan. Mencuba itu lebih baik dan yakin pada Allah. Setiap apa yang Allah kurniakan pasti ada penawar.