Saturday, 23 May 2015

Pengalaman Pertama Rafting di Kolam Air Panas Ulu Slim, Tanjung Malim, Perak

Tempat berkumpul sebelum ke tempat rafting
 Rafting di Kolam Air Panas Ulu Slim, Tanjung Malim, Perak menjadi pengalaman menarik sepanjang perjalanan hidupku pada hari ini.  Ini juga aku anggap sebagai hadiah sempena ulang tahun. Perasaan gembira tidak terucap kerana tidak sangka aktiviti ini menjadi aktiviti pertama dalam hidupku ketika usia 40 tahun. Aku perlu ucapkan terima kasih pada Rohaniah Noor memberi peluang untukku nikmati pengalaman ini.
 
Dari Kuala Lumpur, kami bertolak pada pukul 7.30 pagi kerana kami perlu sampai ke Kampung Ulu Slim pada pukul 9.30 pagi. Dari Kuala Lumpur, kami melalui lebuhraya PLUS dan keluar tol Tanjung Malim (Exit 121). Aktiviti ini bermula pada 10.30 pagi.  Perjalanan ke tempat rafting melalui jalan balak dan perkampungan orang asli. Hari ini dikatakan kami bernasib baik kerana arus bagus dan rafting dapat bergerak dengan mudah.

Itah, Mardiyah, Rohaniah Noor, dan aku
Jeram yang paling menakutkan
Sebelum aktiviti ini bermula, Encik Mohd Nasir Rashid, pemilik syarikat Xventure Mind memberi penerangan dan langkah-langkah semasa rafting. Banyak juga peraturan yang perlu dilakukan. Namun, perasaan risau tersebut terus lenyap apabila rafting bermula dan ikut sahaja arahan yang diberi.

2 orang instructor (orang asli) ditugaskan untuk mengemudi pelampung kami. Naim sebagai ketua, memberi arahan sepanjang rafting. Detik berakhirnya rafting, Naim telah menjatuhkan kami ke dalam sungai iaitu membuat pelampung terbalik.

Bayaran: RM180 seorang (kumpulan 5 orang) , RM190 (kumpulan 4 orang)
Waktu Rafting: Pagi,
Hari: Sabtu/Ahad
Lokasi: 3.898765, 101.498085
 
Keselamatan: elak selipar, tidak memakai barang berharga, tidak memakai kaca mata

Tuesday, 19 May 2015

Makan Percuma

Teknik bisnes untie Faridah yang aku pelajari dan menarik perhatian aku adalah beliau membayar apa yang beliau makan di cafe anaknya sendiri. Ini berkaitan dengan keluar masuk barang jualan. Namun, ramai peniaga yang tidak membayar barang yang mereka ambil di kedai mereka.

Poskad Pertama dari Perth

Amalan pertama ketika melancong kali ini aku hantar poskad pertama dari Perth. Seronok juga rasanya hantar poskad pada diri sendiri macam syok sendiri pun ada. Tak pernah hantar kad atau surat pada kali ini.
 Saje pilih kad gambar Pulau Rottnest. Harap pada masa kelak akan dapat jejak ke pulau ini bila ke Perth lagi.

Saturday, 16 May 2015

Masjid Perth di William Street


Kawasan dalam masjid Perth


Perth Mosque di William Street - Robinson Street
Hari terakhir baru berkesempatan untuk melawat masjid di Perth. Masjid ini dibina pada 1905 dan boleh memuatkan jemaah seramai 600 orang.

 Rupa-rupanya masjid Perth dekat sahaja dengan hostel yang aku tinggal iaitu belakang sahaja. Aku ke sana setelah selesai solat subuh dan berkemas kerana selepas melawat masjid aku bercadang terus check-out dari hostel.

Semasa aku sedang ambil gambar, keluar seorang lelaki muda, Abdul Khalid. Aku sangkakan dia pekerja masjid. Rupa-rupanya dia memang pengunjung masjid berkenaan untuk menunaikan solat dan dia tinggal berdekatan masjid iaitu di New Castle Street.

Setelah selesai solat dhuha, aku berkenalan dengan dia dan mengajak dia sarapan. Aku harap dia boleh bawa aku ke kedai makan yang berdekatan. Oleh kerana kedai masih belum buka, dia mengajak aku bersarapan di rumah dia. Alamak.... takut juga aku untuk terima tawaran ini tetapi perut aku memang lapar sangat. Akhirnya, aku terima pelawaannya.

Friday, 15 May 2015

Hari Terakhir di Wellington Street, Perth

Stadium Perth Arena

Stadium Perth Arena

Oleh kerana perancangan ke King's Park dibatalkan bila separuh jalan berjalan. Tengok peta macam dekat tetapi bila berjalan dari Esplanade, aku rasa masa untuk aku sampai dan balik ke Esplanade masa agak suntuk untuk aku dapatkan bas pukul 1pm ke airport. Aku mengambil keputusan berjalan kaki ke Water Town yang terletak di Wellington Street.

Di Wellington Street, kita akan nampak stadium Perth Arena. Stadium ini agak unik. Berbentuk kiub dan seolah-olah dibina daripada cantuman kiub-kiub. Stadium ini terletak selang beberapa bangunan sahaja dengan WaterTown.


Water Town atau Harbour Town
Di Water Town aku terserempak ramai orang malaysia yang membeli-belah barang kulit dan pakaian yang berjenama. Tempat ini banyak pilihan untuk membeli barang berjenama dan harganya tidak murah yang aku sangkakan. Sekiranya tukar dengan ringgit Malaysia pada aku lebih baik beli di Malaysia.

Aku sekadar tinjau sahaja sambil buat perkiraan sama ada berbaloi atau tidak membeli-belah di sini. Akhirnya aku terbeli juga 2 wallet kulit untuk hadiahkan pada diriku dan mak aku sempena Hari Ibu. Biar mak aku rasa bangga sikit dapat hadiah barang dari Australia.

Pukul 12pm, aku keluar dari Water Town dan kali ini aku bercadang naik free shuttle bus, Yellow bus dan turun di Perth Station. Semasa berjalan kaki ke Esplanade, aku berkenalan dengan pendakwah Kristian yang sedang buat Street Dakwah. Mereka mengedarkan buku-buku secara percuma dan risalah tentang kristian. Maka, bertambah bebanan beg aku dengan buku-buku kristian.

Saturday, 9 May 2015

Pasir Dalam Botol

Analogi Wilson di petang Sabtu pada hari ini amat menarik tentang pasir di dalam botol diisi penuh. Bila digoncang botol, pasir akan mendap dan hanya sedikit akan keluar bila digoncang. Pasir yang mendap itu menjadi padat.

Kehidupan kita perlu ada perancangan yang teliti terutama dalam membuat keputusan untuk berhenti kerja makan gaji yang stabil dan gaji yang bagus setiap bulan. Pastikan pendapatan pasif yang tetap melebihi pendapatan aktif setiap bulan. Contohnya, pendapatan dari sewa rumah. 

Malah, wang simpanan selepas berhenti mampu membiayai perbelanjaan sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan.

Thursday, 7 May 2015

Hari Pertama di Perth - Barrack Street


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth ambil masa lebih kurang 5 jam. Setiba di Lapangan Antarabangsa Perth (T1), aku perlu mengambil  shutter bas warna oren (Percuma) ke T4 (Lapangan Terbang Perth Domestik).
Keadaan dalam bas Transperth

Setiba di T4, aku perlu naik bas no. 37 atau 40 untuk ke Perth. Aku naik bas no. 40 dan berhenti di Esplanade Busport. Perjalanan mengambil masa 45 minit dan tambang $4.40.

Setibanya aku di Esplanade Busport, aku mengambil keputusan untuk meninjau-ninjau sekitar Esplanade sebelum aku ke hostel. Aku ke Barrack Street yang dekat dengan Swan River. Di situ aku temui Bell Tower atau Barrack Tower yang mana di kawasan sekitarnya masih dalam pembinaan.


Bell Tower

Supreme Court Garden
 Di Barrack Street juga terdapat taman Supreme Court Garden. Aku lepak di situ sekejap untuk melepaskan penat berjalan kaki. Setersnya, aku berjalan menyeberangi jalan untuk nikmati keindahan Swan River

Tepi Swan River

Bangkai itik
Tepi Swan River

Wednesday, 6 May 2015

Hari Ketiga di Penguin Island




Larangan membawa balik sampah ke tanah besar terutama yang melakukan aktiviti berkelah

Batu yang unik


Pulau yang terkenal dengan sandbar
Dari Perth station ke Rockingham agak jauh dan harga tiket $7.70. Ketika sampai di Rockingham, bas 551 ke jeti baru gerak. Terpaksa tunggu sejam. Dari Rockingham ke jeti, harga tiket bas $1.60
Seorang wanita China tua yang baik hati cadangkan aku ambil bas 555 untuk ke jeti agar tak perlu tunggu bas agak lama.

Seorang mat salleh, James kasihankan aku dan sanggup hantar ke jeti . Kebetulan dia datang ke station untuk check smartcard transperth dan dia tinggal tak jauh dengan jeti. Takut juga aku nak terima ajakan dia. Bila tengok kesungguhan dan keikhlasan dia baru rasa yakin untuk ikut. 


Aku membayar harga tiket feri sahaja $15. Jika ingin melihat dan beri makan penguin perlu membayar $23.
Aku rasa berbalio aku tidak membayar harga untuk tengok penguin dan memberi makan penguin. Ini kerana aku sangkakan penguin berada di sekitar pulau. Rupa-rupanya penguin dikurung dalam tempat khas.

Ren Bala dan keluarganya
Semasa jalan-jalan di tepi pantai, aku disapa dengan salam. Wah.... Jumpa juga aku dengan orang malaysia yang menetap di Perth. Ren Bala yang berasal daro Johor Bahru dan telah menetap di Perth sudah hampir 20 tahun. Beliau yang kini berkahwin dengan warga Australia selalu memancing di pulau ini yang terkenal dengan ikan salmon. Aku dapat lihat ikan ditanam dalam pasir untuk mengekalkan kesegaran ikan.

Timbus salmon dalam pasir

Berkenalan dengan 2 wanita bersaudara dari Holland, mereka berada di Perth selama 5 minggu. Menyewa dan memandu kereta. Berhenti bila penat kerana dah tua kata mereka. Meluangkan masa dengan bebas dan nikmati kepuasan ke tempat yang mereka lawati. Hidup masa tua bukan semata-mata untuk meluangkan bersama anak cucu tetapi luangkan dan ruangkan untuk diri sendiri

Sarang seagull
Seagull yang sedang eram telur
Aku rasa Penguin Island lebih sesuai ditukar ke Seagull Island. Pulau ini banyak burung seagull. Nampak orang, terus menjerit. Agak bingit telinga dengar suara kicauan burung ini.
Burung ini juga takut orang ambil telur yang dieram.Bunyi burung yang tak henti-henti ini juga menyebabkan ada sesetengah orang kurang gemar ke sini. Malah, pekerja di tempat aku menginap juga tidak menggalakkan aku ke pulau ini.

Tuesday, 5 May 2015

Hari Kedua di Caversham Wildlife Park, Perth


Peluang memegang wombat bermula pada pukul 11am

Ladang Kangaroo yang dibuka pada pukul 9am


Memberi makan dan membelai kangaroo yang jinak

Sebelum pukul 7am, keluar dari Backpacker City & Surf di Money Street menuju ke Perth station. Ambil train ke Bassendean station dan tiket hanya $4.40.Pertama kali dan kesilapan aku dalam menggunakan perkhidmatan bas dan train adalah membayar 2 kali untuk zon sama selagi tiket dalam tempoh 2 jam.

Aku tidak perlu membayar lagi tambang bas dari Bassendean station ke Whiteman Park. Sebaliknya aku telah membayar tambang sekali lagi. Aku sedar kesilapan semasa balik. Dari Whiteman Park ke Fremantle juga $4.40. Tetapi perlu tukar bas di Morley bus station dengan tiket bas yang sama. Perjalanan dengan bas ambil masa 90 minit.

Perkhidmatan bas dan train amat bagus dari segi ketepatan masa. Setiap kali turun bas penumpang akan ucapkan terima kasih pada pemandu.
Pintu gerbang masuk ke Cavesham Wildlife Park

Permandangan  hutan Whiteman Park
Oleh kerana aku sampai di Whiteman pukul 8am sedangkan waktu buka Caversham Wildlife Park pukul 8.30am, aku bercadang berjalan kaki 2km untuk nikmati Alam semulajadi di whiteman park.

Pokok yang unik
Sebenarnya tak perlu pun nak jalan kaki. Ada free shuttle bas Isnin hingga Jumaat. Pemandunya pandai berbahasa melayu. Katanya dia suka kota kinabalu. Kota kinabalu tempat yang bagus dari segi pembangunan, pelaburan masa depan.