![]() |
Stadium Perth Arena |
![]() |
Stadium Perth Arena |
Oleh kerana perancangan ke King's Park dibatalkan bila separuh jalan berjalan. Tengok peta macam dekat tetapi bila berjalan dari Esplanade, aku rasa masa untuk aku sampai dan balik ke Esplanade masa agak suntuk untuk aku dapatkan bas pukul 1pm ke airport. Aku mengambil keputusan berjalan kaki ke Water Town yang terletak di Wellington Street.
Di Wellington Street, kita akan nampak stadium Perth Arena. Stadium ini agak unik. Berbentuk kiub dan seolah-olah dibina daripada cantuman kiub-kiub. Stadium ini terletak selang beberapa bangunan sahaja dengan WaterTown.
![]() |
Water Town atau Harbour Town |

Aku sekadar tinjau sahaja sambil buat perkiraan sama ada berbaloi atau tidak membeli-belah di sini. Akhirnya aku terbeli juga 2 wallet kulit untuk hadiahkan pada diriku dan mak aku sempena Hari Ibu. Biar mak aku rasa bangga sikit dapat

Pukul 12pm, aku keluar dari Water Town dan kali ini aku bercadang naik free shuttle bus, Yellow bus dan turun di Perth Station. Semasa berjalan kaki ke Esplanade, aku berkenalan dengan pendakwah Kristian yang sedang buat Street Dakwah. Mereka mengedarkan buku-buku secara percuma dan risalah tentang kristian. Maka, bertambah bebanan beg aku dengan buku-buku kristian.
No comments:
Post a Comment