Wednesday, 24 June 2015

Cara Penjagaan Tanaman Dalam Rumah


Demi meningkatkan kualiti kesihatan dan mengurangkan toksin yang dibebaskan dari barang-barang pejabat seperti dakwat, detergent dan barangan plastik, atas meja aku letak satu pasu lidah jin.

Semasa proses fotosintesis pokok akan menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan oksigen. Oleh itu, tanaman dalam rumah ini setanding dengan pembersih udara dengan kos yang lebih rendah.

Pengetahuan tentang penjagaan tanaman ini banyak aku pelajari daripada seorang India yang berpengalaman di pusat tanaman selama 18 tahun. 


Penyiraman
Pokok perlu disiram seminggu sekali. Setiap hari perlu diperiksa kelembapan tanah. Lebihan air akan membantut pembiakan atau pengeluaran anak pokok.

Pembajaan
Digalakkan hanya bahan-bahan bersumberkan organik seperti serbuk minuman teh, serbuk kopi atau serbuk kayu. Baja organik ini juga tidak digemari semut yang akan merosakkan pokok. Baja tahi binatang tidak digalakkan kerana berasid.

Membuang Daun Rosak
Apabila  pokok mengeluarkan anak pokok, satu daun lidah jin akan mula kuning. Ini menandakan daun tersebut akan layu. Jangan tarik daun pada ketika ini kerana akan menyebabkan pokok rasa sakit. Untuk membuang daun tersebut, perlu menunggu daun  menjadi kering.


Thursday, 18 June 2015

Fungsi ROUND dalam SQL


Agak lama isu rounding titik perpuluhan tidak dapat aku selesaikan. Macam-macam teknik digunakan tetapi cara yang mudah dengan menggunakan fungsi ROUND dalam  SQL

Alhamdulillah, sempena hari pertama puasa Ramadhan yang mulia ini tiba-tiba Allah kurniakan idea untuk aku cari ROUND dalam SQL pula. Tak terfikir langsung selama ini untuk google  ROUND dalam SQL. Aku hanya fokus untuk google ROUND dalam DELPHI sahaja. Ini contoh fungsi ROUND SQL yang telah aku gunakan dalam DELPHI:

Contoh1:
SELECT IV_INVNO, ROUND(IV_TOTAL_AMT, 2) AS  TOT_AMT
FROM TBL_INVOICE_MASTER
ORDER BY  IV_INVNO

Contoh 2:
SELECT ID_INVNO, ROUND(SUM(ID_TOTAL_AMT), 2) AS  TOT_AMT
FROM TBL_INVOICE_DETAIL
GROUP BY  ID_INVNO


Antara fungsi-fungsi lain yang digunakan dalam DELPHI, contohnya FORMATFLOAT dan FORMATCURR. Walaupun fungsi-fungsi ini membantu dalam mendapakan kiraan yang betul, aku perlu membuat formula  seperti di bawah

Label.Text:=  FORMATFLOAT('#,#.00', qryMasterIV_TOTAL_AMOUNT.AsCurrency) ;

Sekiranya aku guna FORMATCURR, aku tidak dapat jawapan yang tepat contohnya
Label.Text:=  FORMATCURR('#,#.00', qryMasterIV_TOTAL_AMOUNT.AsCurrency) ;

Sumber : https://msdn.microsoft.com/en-us/library/ms175003.aspx

Tuesday, 16 June 2015

Hari Anugerah Sukarelawan (VRC) Yayasan Salam


VRC tahun ini agak kelainan daripada tahun-tahun sebelum ini. Tahun ini ditetapkan tema pemakaian warna merah dan emas. Majlis yang meriah ini diadakan di Hotel Pearl International, Kuala Lumpur.

Bersyukur sekali lagi aku menerima anugerah sekarelawan cemerlang kali kedua sepanjang penglibatan empat tahun. Sebagai sukarelawan, penghargaan ini bukan tujuan utama penglibatan. Kisah aku terjun dalam bidang ini adalah sekadar suka-suka. Lepas aku habis Master di UiTM, aku rasa hidup aku jadi bosan. Kebosanan inilah punca utama aku penglibatan aku hingga ke hari ini.

Aku bersyukur aku dapat memberi manfaat pada orang lain juga dapat memberi manfaat dalam hidup aku sendiri. Walau sekecil mana pemberian yang diberikan, diri kita sebenarnya amat dihargai orang lain.
Dalam bidang sukarelawan juga aku banyak belajar ilmu-ilmu baru juga tentang ilmu kepimpinan, serta komunikasi.

M
Berita Harian 15 Jun 2015
 Terlupa pula hendak membeli surat khabar Berita Harian. Lewat malam baru teringat. Nasib baik juga ada rakan-rakan yang ambil gambar keratan ini dan hantar di facebook dan whatapps.

Bersama Datuk Yong Soo Heong, Ahli Pemegang Amanah YSM @ GM Bernama

Sukarelawan yang menerima anugerah Cemerlang

Wednesday, 10 June 2015

Unit Trust Lagi...Cobaan Kali Ketiga

Perlukah aku memperbaharui lesen sebagai agen Unit Trust lagi?
Adakah sleeping lagi jika aku memperbaharui?

Aku dipujuk Grace untuk memperbaharui dan hadiri kelas malam tadi. Katanya jika aku tidak renew selepas 3 tahun, lesen terus terminate dan aku perlu ambil exam sekiranya ingin join Unit Trust kelak. Sayang juga lesen ini. Bukannya senang nak lulus exam sekarang. Yuran pun dah naik RM200.
Grace follow up setiap hari agar aku hadir kelas. Whatupps dan call berulang-ulang kali...

Aku tak sampai hati nak hampakan Grace yang baik hati.Akhirnya aku tewas dengan pujukan. 
Aku sengaja melambat-lambatkan urusan memperbaharui UTC bawa gambar saiz visa. Semasa dalam kelas, tak sangka pula Julie perasan aku sudah lama tak datang kelas setiap malam Selasa.

Hari ini aku berjanji dengan Grace untuk hantar:
1. photostat IC,
2. Photostat akaun Public Bank
3. Bayaran RM106 (termasuk GST)
4. 4 keping ambar ukuran passport. Pagi tadi tak sangka pula jumpa gambar lama semasa cari cd gambar. Lantak lerrrr


Tuesday, 9 June 2015

Srikandi Kemunting

Srikandi di Kemunting kali kedua ini aku menjadi fasilitator pula.
Pemergian aku ke Kemunting bermakna aku tidak dapat hadir majlis perkahwinan anak sulung bos aku yang agak meriah di Klang. Namun, aku pesan pada bos agar simpan goodies untuk aku :)

Peserta yang hadir seramai lebih120 orang terdiri daripada warga Kelab Gigih Larut.

Hari pertama yang bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 11 malam. Sessi pertama hingga pukul 5 petang peserta dihidangkan dengan 25 teknik seni mempertahankan diri oleh CPP Training & Services yang diketuai oleh Encik Mahathir Manan.Teknik-teknik ini amat berguna ketika diserang, dirompak atau cubaan mencabul kehormatan.