Thursday, 18 June 2015

Fungsi ROUND dalam SQL


Agak lama isu rounding titik perpuluhan tidak dapat aku selesaikan. Macam-macam teknik digunakan tetapi cara yang mudah dengan menggunakan fungsi ROUND dalam  SQL

Alhamdulillah, sempena hari pertama puasa Ramadhan yang mulia ini tiba-tiba Allah kurniakan idea untuk aku cari ROUND dalam SQL pula. Tak terfikir langsung selama ini untuk google  ROUND dalam SQL. Aku hanya fokus untuk google ROUND dalam DELPHI sahaja. Ini contoh fungsi ROUND SQL yang telah aku gunakan dalam DELPHI:

Contoh1:
SELECT IV_INVNO, ROUND(IV_TOTAL_AMT, 2) AS  TOT_AMT
FROM TBL_INVOICE_MASTER
ORDER BY  IV_INVNO

Contoh 2:
SELECT ID_INVNO, ROUND(SUM(ID_TOTAL_AMT), 2) AS  TOT_AMT
FROM TBL_INVOICE_DETAIL
GROUP BY  ID_INVNO


Antara fungsi-fungsi lain yang digunakan dalam DELPHI, contohnya FORMATFLOAT dan FORMATCURR. Walaupun fungsi-fungsi ini membantu dalam mendapakan kiraan yang betul, aku perlu membuat formula  seperti di bawah

Label.Text:=  FORMATFLOAT('#,#.00', qryMasterIV_TOTAL_AMOUNT.AsCurrency) ;

Sekiranya aku guna FORMATCURR, aku tidak dapat jawapan yang tepat contohnya
Label.Text:=  FORMATCURR('#,#.00', qryMasterIV_TOTAL_AMOUNT.AsCurrency) ;

Sumber : https://msdn.microsoft.com/en-us/library/ms175003.aspx

No comments:

Post a Comment