Sudah beberapa bulan aku tidak terlibat dengan sukarelawan. Kali ini sukarelawan jenis acara pula. Seingat aku, ini kali kedua jenis sukarelawan acara yang aku terlibat. Kali pertama rasanya 4 tahun yang lalu iaitu program Karisma di Bukit Jalil. Pengalaman pertama menjadi sukarelawan dalam acara larian ini agak menarik untuk dikongsi.
Seawal 4.30 pagi perlu berada di Taman Tasik Permaisuri yang mana sukarelawan Yayasan Salam ditugaskan memberi minuman kepada pelari-pelari Lions Charity Balloon Run. Kami ditugaskan di depan Malaysia Youth International. Cuaca di awal pagi disambut dengan hujan. Disebabkan tiada payung, kami terpaksa menjadikan plastik sampah untuk menutup kepala. Nasib baik hujan tidak lebat dan sekejap sahaja.
Perbezaan antara pelari awal dan belakang, pelari-pelari awal tidak berminat untuk mengambil minuman. Mereka hanya tumpu untuk sampai ke garisan penamat.
Bila tiba giliran pelari-pelari belakang, sukarelawan-sukarelawan tak cukup tangan untuk menuang air kosong dan 100plus bila pelari-pelari ini menyerbu meja pertama walaupun arahan diberi untuk mengambil minuman di meja seterusnya., namun tidak diendahkan.
Bila cawan yang dibekalkan habis, kami terpaksa memberi botol air yang beratnya 500ml. Dari pengalaman ini, penganjur perlu bekalkan cawan minuman yang cukup atau gantikan botol air 500ml dengan air mineral cawan. Oleh itu, penganjur tidak perlu sediakan cawan kertas.
https://www.facebook.com/lionscharityrun2015/