#1 Mengisi Borang
Ada 2 pilihan untuk dapatkan borang iaitu di website Chinese Visa Application Service Center (CVASC) atau ke pejabat Hampshire Place, Jalan Mayang Sari, Kuala Lumpur.
Aku lebih suka untuk mengisi secara online kerana bila aku cetak nampak lebih cantik berbanding tulisan tangan aku. Alangkah bagusnya sekiranya (CVASC) ada khidmat online sepenuhnya. Tak perlu lagi aku pergi ke CVASC dan terkejar-kejar keluar pejabat ketika waktu makan tengahari. Sebelum isi borang, pastikan PASSPORT telah ada dan perlu masukkan alamat tempat tinggal semasa di China (sekurang-kurangnya 1 tempat tinggal).
Aku target untuk buat visa sebulan aku pergi ke China. Namun, kelambatan rakan aku, Ira yang buat passport, Khamis lepas baru aku ke CVASC, Macam-macam kerenah terpaksa aku hadapi, Nak buat passport pun susah, Aku suruh dia pergi pukul 7 pagi hari Sabtu atau Ahad ke UTC Pudu Sentral, dia pergi tengahari, Dah lewat, mana ada nombor giliran lagi. Pergi pula hari bekerja selepas balik kerja, habis juga nombor giliran. Dah boleh buat passport, tak bawa dan serahkan pada aku pula pada Selasa, Aku tanya gambar, tak bawa juga. Geram sungguh dengannya. Pandai pula dia pujuk aku yang tengah panas.
Aku tunggu Rabu, tak bawa juga dan katanya passport dia ada pada ibunya. Aku suruh dia balik ambil, katanya tak tahu ibunya simpan kat mana dan hubungi ibunya tak dapat, Dari malam hingga pagi Khamis aku remind dalam whatapps berulang-ulang kali. Aku target takkan serahkan passport pada Ira selepas aku siapkan visa kelak serta sepanjang di China aku akan pegang passportnya, Cukup sekadar copy passport sahaja dia bawa ke mana-mana.
#2 Membuat Visa
Pukul 11.45 aku minta kebenaran bos aku ke CVASC. Sampai di sana pukul 12 tengahari dan aku bersyukur dapat parking di tepi jalan, Kelihatan ramai orang keluar dari CVASC, Rupa-rupanya waktu makan tengahari, Silap perkiraan aku, sangkakan di sini waktu makan tengahari pukul 1 pm. Agak lama menunggu lif untuk ke tingkat 5, bahagian membuat visa. Apabila mengambil nombor giliran, tertera 73 nombor lagi. Aduhhh rasa lamanya hendak menunggu iaitu 1.30 baru aku dapat membuat passport.
Sebelum mengambil nombor giliran, pihak kakitangan CVASC memeriksa dahulu dokumen iaitu borang permohonan, 1 gambar yang berlatarkan warna putih dibawa, 1 salinan passport dan 1 salinan tiket penerbangan.
Oleh kerana Ira tidak memberi salinan passsport Ira, kos membuat salinan passport di sini dkenakan 50sen. Malah, di sini disediakan perkhidmatan mengambil gambar visa dan caj yang dikenakan sebanyak RM18 untuk 4 keping gambar.
#3 Mengambil Visa
Untuk buat visa murah, aku pilih visa bukan segera iaitu siap selepas 4 hari waktu bekerja, Untuk ambil visa/passport perlu ke tingkat 6 pula. Aku ke CVASC pada hari kelima. Kali ini aku pergi selepas solat zohor. Tiba di sana seperti yang dijangkakan tidak perlu tunggu lama, Seronoknya, sekejap sahaja aku sudah dapat visa dan lif pun epat serta tidak ramai orang.
Ada 2 pilihan untuk dapatkan borang iaitu di website Chinese Visa Application Service Center (CVASC) atau ke pejabat Hampshire Place, Jalan Mayang Sari, Kuala Lumpur.
Aku lebih suka untuk mengisi secara online kerana bila aku cetak nampak lebih cantik berbanding tulisan tangan aku. Alangkah bagusnya sekiranya (CVASC) ada khidmat online sepenuhnya. Tak perlu lagi aku pergi ke CVASC dan terkejar-kejar keluar pejabat ketika waktu makan tengahari. Sebelum isi borang, pastikan PASSPORT telah ada dan perlu masukkan alamat tempat tinggal semasa di China (sekurang-kurangnya 1 tempat tinggal).
Aku tunggu Rabu, tak bawa juga dan katanya passport dia ada pada ibunya. Aku suruh dia balik ambil, katanya tak tahu ibunya simpan kat mana dan hubungi ibunya tak dapat, Dari malam hingga pagi Khamis aku remind dalam whatapps berulang-ulang kali. Aku target takkan serahkan passport pada Ira selepas aku siapkan visa kelak serta sepanjang di China aku akan pegang passportnya, Cukup sekadar copy passport sahaja dia bawa ke mana-mana.
#2 Membuat Visa
slip untuk pungut pasport/visa |
Sebelum mengambil nombor giliran, pihak kakitangan CVASC memeriksa dahulu dokumen iaitu borang permohonan, 1 gambar yang berlatarkan warna putih dibawa, 1 salinan passport dan 1 salinan tiket penerbangan.
Oleh kerana Ira tidak memberi salinan passsport Ira, kos membuat salinan passport di sini dkenakan 50sen. Malah, di sini disediakan perkhidmatan mengambil gambar visa dan caj yang dikenakan sebanyak RM18 untuk 4 keping gambar.
#3 Mengambil Visa
no giliran |
invoice pembayaran visa |