Saturday, 2 April 2016

Hari Ke 2 di Brunei

BCD yang tertulis nama Rohani

Hari ini merupakan hari pertama akan dive di Laut China Selatan, Brunei. Sekali lagi buddy setia iaitu Rohaniah Noor dan Atiqq tidak dapat bersama. Namun, nama Aina diletak nama Rohaniah pada BCD nya.

Dive kali ini aku umpamakan diri aku bagaikan dilempar di tengah laut.Gara-gara pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan mabuk laut yang tak pernah aku alami sepanjang dive.

Penuh drama dive Kali ni. Ragam Aina sudah pasti dengan perasan takutnya nak masuk ke dalam laut. Pelbagai usaha untuk yakinkan dia untuk turun, namun gagal...akhirnya aku turun bersama 2 rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei yang mana Kamarul (pekerja DHL Brunei) menjadi buddy aku.

Ragam aku Kali ini mabuk laut yang teruk dan tak pernah dialami. Lepas habis dive 1 di Dolphin Wreck yang terbelah dua macam kapal titanic, bila naik atas bot terus muntah tak henti-henti. Sampaikan hook terpaksa ditanggalkan dan kepala dijirus air sejuk. Usaha kurangkan hanya sebentar.

Aku disuruh pakai jacket keselamatan. "Kenapa nak pakai "
Aku diminta terjun dalam laut dan diberi pelambung kecil. Muat untuk duduk diatasnya.
Aduhai lama sungguh terapung atas pelampung kecil. Rasa hampir setengah jam dibiarkan seorang diri. Panas di laut china selatan menikam muka.
Aduhhh Sakitnya.....

Aku ditarik naik bila dive 2 akan dimulakan. Cepat-cepat pakai peralatan dive walaupun badan tak bermaya dantak larat. Cepat-cepat aku disuruh terjun dulu. Lega sangat bila sudah tidak berada atas bot. Namun, selesainya dive dan hampir dengan bot, muntah lagi dan muntah tak henti-henti. Kali ni segala peralatan tak dapat ditanggalkan Dan dicuci sendiri.

Esok Aina nak buat 4 dive. Hah.... hari ini aku lembik, nak buat yg ketiga pun Dah tak daya. Tak pe.....positif diri n kasihan dia hanya mampu buat 1 dive hari ini



Masjid Omar Ali Saifuddien
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien

Lepas dive, kami berjalan-jalan ke Bandar Seri Begawan yang mana dikenakan RM75 seorang.Antara tempat yang kami lawati adalah Masjid Omar Ali Saifudien. Di masjid ini kami menyaksikan upacara akad nikah sepasang pengantin. Upacaranya sama sebagaimana di Malaysia. Jumlah yang hadir agak ramai. Semua kaum lelaki yang hadir di majlis ini berbaju melayu dan bersampin.

Selain masjid, kami di bawa melihat Kampung Air yang terkenal di Brunei. Hanya melihat dari jauh. Rasanya jika datang ke Brunei secara backpack sudah tentu akan masuk ke kampung ini meninjau secara dekat perkampungan ini.

Bangunan kerajaan yang terletak bersebelahan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah


Kampung Air

No comments:

Post a Comment