Saturday, 3 August 2019

Financial Literacy di Taylor's University, Subang

Program ini mendedahkan anak-anak golongan B40 yang tinggal di sekitar Lembah Klang di dalam ilmu kewangan. Anak-anak yang terlibat seramai 33 orang berusia dari 8 hingga 17 tahun. Mereka dibahagikan 10 kumpulan yang mana setiap kumpulan terdapat 3-4 orang. Aku dan Nadira ditugaskan untuk menjadi fasilitator kumpulan 3. Checkpoint kami di depan pustakaaan Taylor's University yang cantik.



Program sehari ini melibatkan 5 modul yang mana modul 1 kanak-kanak dibekalkan dengan 1 kotak pensil warna, tabung dan pensil . Mereka perlu mewarna wang kertas dan syiling Malaysia dengan warna yang betul dalam tempoh 25 minit serta melekatkan gambar atas tabung yang diwarnakan. Setelah cukup masa, duit yang telah diwarnakan dan digunting sahaja dikira. Kemudian, mereka ke checkpoint seterusnya.

Modul ke 2 pula, mereka perlu membaca buku dan memahami cerita "A Chair for My Mother" yang telah diberikan semasa pendaftaran. Mereka perlu mengupas isi buku tersebut dengan mengeluarkan seberapa banyak nilai-nilai dalam cerita tersebut. Sekiranya kumpulan tersebut tidak faham dan perlukan khidmat fasilitator, kumpulan tersebut perlu mengorbankan 1/3 hasil daripada wang yang mereka perolehi.

Nampaknya kumpulan 8 tidak memahami bahasa Inggeris dan mereka rela mengeluarkan RM30 untuk membayar Dira. Manakala kumpulan 8, hanya seorang  kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun sahaja yang tidak pandai membaca Bahasa Inggeris. Manakala seorang kanak-kanak lelaki yang nakal, 11 tahun boleh membaca dan memahami cerita di dalam buku. Mungkin pada mulanya dia berkata tidak pandai Bahasa Inggeris kerana tidak mahu membaca tetapi jadi takut kena keluarkan 1/3 wang. Sementara 2 ahli kumpulan 8 sedang membaca, aku mengajar budak 8 tahun itu membaca.

Modul seterusnya, 20 soalan daripada buku "A Chair for My Mother" ditanya kepada kedua-dua kumpula 8 dan 7. Kumpulan yang dapat menjawap akan mendapat wang dari kumpulan lawan. Sekiranya kedua-dua kumpulan tidak dapat menjawap soalan, tiap-tiap kumpulan perlu memberi RM10 kepada fasilitator. Salah seorang ahli kumpulan 8 agak kecewa dan merajuk kerana banyak wang terpaksa dikeluarkan kepada kumpulan 7.

No comments:

Post a Comment