Kecacatan kayu |
Tentulah ada sealer kayu di pasaran, takkan kayu rosak nak buang pula. Sealer kayu ini sama macam sealer simen juga. Cuma warna sedikit kuning.
Perkongsian segala kisah.... -> jual dan taja produk AMWAY -> jual produk laser kayu Doctor Kayu -> koding pengaturcaraan Delphi
Kecacatan kayu |
Air Asia sejak Covic sudah tak macam dulu . Laman web pun sudah tak update. Selepas kerja, aku dengan Yaqin ke Air Asia Sale Centre di Jalan Imbi kerana lebih mudah untuk letak kereta depan pejabat AA. Sementara aku masuk pejabat, Yaqin tunggu di dalam kereta. Kalau ada pengawal keselamatan datang, Yaqin boleh terus alihkan kereta. Letak kereta secara haram kena fikir juga kemungkinan yang bakal terjadi.
Bila periksa di kaunter, rupa-rupanya penerbangan ini dah dibatalkan. Operasi penerbangan ke China mungkin tahun depan akan buka.
Kalaulah AA tak batalkan penerbangan, macam mana nak terbang? Visa pun tak boleh buat. Hanya kes kecemasan sahaja visa dikeluarkan.
Tanpa guna berus pun boleh hasilkan meja yang dicat dengan cantik.
Warna Mohagani |
Cat Jenama Ottergal |
Hanya menggunakan kain atau span sahaja. Hasilnya amat pantas. Tak sampai 30 minit sudah siap. Aku suka tengok urat-urat kayu pain ini terserlah nampak.
Pakcik Khalid, tukang kayu DoctorKayu kata cat ini agak tebal. Urat kayu akan nampak jelas timbul sekiranya bancuhan cat dengan minyak tanah sedikit kurang pekat lagi.
Bila dah mengecat menggunakan tangan, cat lekat di celah kuku. Kesan cat dijari ini walaupun dah dicuci semalam dengan minyak tanah masih lagi tak tanggal. Apa pun tanda cat dijari ini lambang kepuasan dapat hasilkan sesuatu dan nikmati pengalaman.
"Do What You Love"
Sebelum ini belajar 'sanding' kayu menggunakan kertas pasir . Hari ini menggunakan mesin pula. Mula-mula guna rasa bergetar tangan dan susah nak kawal mesin ini. Namun, tak lama rasa kekok tersebut. Rasa macam seterika baju sahaja.
Oleh kerana jenis kertas pasir kasar, nak hasilkan permukaan yang lebih halus perlu sanding guna kertas pasir halus pula. Gosok dengan tangan.
Cantik bekas ini. Bekas pen atau pensil ke? Eh.... Kenapa pula tengah-tengah ada lubang kecil muat-muat PVC tape?
Rupa-rupanya ini bekas letak gam pada PVC tape. Masukkan tape dicelah-celah lubang itu. Babu tarik, aku pastikan tape tak bersimpul ketika masuk ke dalam lubang. Gam dimasukkan ke dalam kotak hanya 1/3 penuh sahaja. Gam akan ditambah apabila berkurang.
Biar kering sebentar, baru lekatkan di tepi papan kabinet yang sudah digam. Proses ini macam gam 2 kali pula.
Pekerja Bangladesh, Babu di DoctorKayu tengah gamkan papan kabinet sebelum lekatkan dengan PVC edging |
Bila dah lekat, proses membuang lebihan PVC edging pula. Guna pisau pun boleh tapi untuk aku tang tak berpengalaman ini sebaik-baiknya guna sesiku L sahaja. Nampak mudah tapi tak semudah yang disangka.
Buang lebihan PVC tape |
Hasil buang PVC edging |
Tiba-tiba pula berminat belajar ilmu seni kayu bila Angah war-warkan jawatan kosong di syarikatnya, DoctorKayu. Aku pula mulalah letak komen tanya bolehkah kerja sambilan hari Sabtu / Ahad. Bila dapat jawapan BOLEH, keluarlah bunga-bunga yang indah lagi harum. Ilmu seni kayu PERCUMA ini rugi lepas peluang. Menurut Robert Kiyosaki dalam buku Rich Dad, Poor Dad "Teruskan guna otak kamu, bekerja secara percuma. Tidak lama lagi minda kamu akan menunjukkan cara membuat wang yang lebih baik. Apabila kamu dapat melihat peluang, kamu akan dapat melihatnya sepanjang hidup"
Malah, paling membanggakan adalah tauke bengkel ini adalah perempuan. Tukang-tukang kayu yang kita lihat di Malaysia ini hanya dimonopoli lelaki sahaja. Kalau tengok di dalam TV, minah Salleh tak kurang hebatnya dengan kaum lelaki.
Oleh kerana, aku perlu selesaikan AGM dan melantik AJK baru JMB Teratai, aku putuskan untuk mulakan kelas kayu pada 5 September. Hati ini sebenarnya dah tak sabar-sabar tetapi aku kena lepaskan tanggungjawap sebelum memulakan sesuatu yang baru.
Hari pertama aku belajar untuk melicinkan permukaan kayu dengan kertas pasir yang dikenali sebagai "memelas" atau dalam bahasa Inggeris dikenali "sanding". Lain benar kertas pasir ini yang biasa aku guna yang dibeli di kedai hardware. Yang ini nak kata kertas pun bukan dan tak boleh koyak macam kertas. Agaknya sesuai bubuh nama kain pasir dan pasirnya amat halus.
Ada 50 medal larian kayu yang telah siap dipotong menggunakan laser. Kesan terbakar dari laser yang berwarna kuning perlu ditanggalkan dan permukaan kayu yang kasar perlu dilicinkan. Tak boleh ikut suka hati gosok permukaan. Hasil teknik gosokan yang betul akan menghasilkan kualiti yang cantik setelah siap yang mana warna nampak sekata dan sentuhan permukaan kayu terasa licin.
Kelak, aku akan belajar untuk menggunakan mesin pula untuk melicinkan permukaan kayu. Walau ada kemudahan teknologi, tak semua perkara sesuai menggunakan mesin sekiranya ada tulisan atau lukisan grafik di atas permukaan kayu. Kemahiran menggunakan mesin mestilah dimulai dengan kemahiran memelas menggunakan jari tangan.