Saturday, 26 September 2020

Buang Lebihan PVC Edging

 

Cantik bekas ini. Bekas pen atau pensil ke? Eh.... Kenapa pula tengah-tengah ada lubang kecil muat-muat PVC tape?

Rupa-rupanya ini bekas letak gam pada PVC tape. Masukkan tape dicelah-celah lubang itu. Babu tarik, aku pastikan tape tak bersimpul ketika masuk ke dalam lubang. Gam dimasukkan ke dalam kotak hanya 1/3 penuh sahaja. Gam akan ditambah apabila berkurang.

Biar kering sebentar, baru lekatkan di tepi papan kabinet yang sudah digam. Proses ini macam gam 2 kali pula.

Pekerja Bangladesh, Babu di DoctorKayu tengah gamkan papan kabinet sebelum lekatkan dengan PVC edging



Bila dah lekat, proses membuang lebihan PVC edging pula. Guna pisau pun boleh tapi untuk aku tang tak berpengalaman ini sebaik-baiknya guna sesiku L sahaja. Nampak mudah tapi tak semudah yang disangka.


Buang lebihan PVC tape


Hasil buang PVC edging




No comments:

Post a Comment