Thursday, 14 December 2017

FDPhysFBDriverLink1.Release;



procedure TDM.DataModuleDestroy(Sender: TObject);
begin
   FDPhysFBDriverLink1.Release;
end;

Thursday, 20 July 2017

Trunc Untuk Float & Currency

Nampak serupa tapi hasilnya tetap berbeza. Bila kira manual pasti jawapan yang kita dapat adalah 60. Bila ingin dapat jawapan yang tetap, pastikan guna Currency dan Float di tempat yang betul

Jika nilai tblAMT_C020.AsCurrency adalah 0.60

Var Amt : Double;

Amt:= Trunc(tblAMT_C020.AsFloat * 100)
Jawapan = 59

tetapi jawapan untuk Currency
Amt:= Trunc(tblAMT_C020.AsCurrency * 100)
Jawapan adalah 60

Friday, 17 February 2017

Pembatalan Insuran Selesaikan Pinjaman Perumahan

Alangkah mudahnya urusan selesaikan pinjaman kereta berbanding pinjaman perumahan. Banyak fasa yang perlu dilalui setelah menunggu 2 bulan .

1 bulan selepas selesai pinjaman dan tandangan dokumen antara peguam Rithaudin & Azlin dengan bank. Ada 3 dokumen ditandatangan dan akan dimatikan setem. Kemudian, tunggu lagi 1 bulan untuk dapat kembali  dokumen tersebut. Kali ini aku bawa Yaqin, dia tunggu aku dalam kereta sementara aku naik ke tingkat 8 Bangunan Lee Yan Lian. Jenuh tunggu lif, setiap tingkat ada orang tekan. Rupa-rupanya bangunan ini juga ada Kolej Segi. Waktu tengahari ini ramai pelajar yang nak turun.

Kini masuk pula fasa batalkan insuran MRTA yang tamat 2027. Menurut Aziah, kawan aku yang merupakan agen insuran takaful ikhlas, urusan pembatalan perlu disegerakan. Cepat urus, cepat dapat duit pemulangan. Duit dapat juga lebih sikit berbanding lewat-lewatkan urusan.

Maklumat-maklumat yang perlu aku serahkan pada pihak takaful seperti berikut:
1- salinan ic
2- salinan surat full loan settlement 
3- isi borang pembatalan insuran
4- no. akaun bank

Mulanya aku sangka perlu serah sendiri ke pejabat takaful, Aziah nasihatkan aku emailkan saja. Borang pembatalan insuran diemailkan dalam tempoh 24jam. Maklumat yang perlu aku emailkan kembali termasuklah sertakan no. akuan bank untuk pihak takaful kreditkan bayaran pemulangan.

Aku .hubungi pihak pemaju untuk mengetahui langkah seterusnya untuk dapatkan strata. Malah, segala tunggakan dengan pihak badan pengurusan apartment juga dijelaskan segera. 

Fasa seterusnya... hubungi Sia. Boon Chee & Co untuk urusan pindah milik dan strata pula.  Untuk kurangkan fees guaman,  peguam yang sama perlu dilantik semasa aku tandangan dokumen jual beli Pangsapuri Teratai. 




Thursday, 12 May 2016

Persediaan Visa China

#1 Mengisi Borang


Ada 2 pilihan untuk dapatkan borang iaitu di website Chinese Visa Application Service Center (CVASC) atau ke pejabat Hampshire Place, Jalan Mayang Sari, Kuala Lumpur.

Aku lebih suka untuk mengisi secara online kerana bila aku cetak nampak lebih cantik berbanding tulisan tangan aku. Alangkah bagusnya sekiranya (CVASC) ada khidmat online sepenuhnya. Tak perlu lagi aku pergi ke CVASC dan terkejar-kejar keluar pejabat ketika waktu makan tengahari. Sebelum isi borang, pastikan PASSPORT telah ada dan perlu masukkan alamat tempat tinggal semasa di China (sekurang-kurangnya 1 tempat tinggal).

Aku target untuk buat visa sebulan aku pergi ke China. Namun, kelambatan rakan aku, Ira yang buat passport, Khamis lepas baru aku ke CVASC, Macam-macam kerenah terpaksa aku hadapi, Nak buat passport pun susah, Aku suruh dia pergi pukul 7 pagi hari Sabtu atau Ahad ke UTC Pudu Sentral, dia pergi tengahari, Dah lewat, mana ada nombor giliran lagi. Pergi pula hari bekerja selepas balik kerja, habis juga nombor giliran. Dah boleh buat passport, tak bawa dan serahkan pada aku pula pada Selasa, Aku tanya gambar, tak bawa juga. Geram sungguh dengannya. Pandai pula dia pujuk aku yang tengah panas.

 Aku tunggu Rabu, tak bawa juga dan katanya passport dia ada pada ibunya. Aku suruh dia balik ambil, katanya tak tahu ibunya simpan kat mana dan hubungi ibunya tak dapat, Dari malam hingga pagi Khamis aku remind dalam whatapps berulang-ulang kali. Aku target takkan serahkan passport pada Ira selepas aku siapkan visa kelak serta sepanjang di China aku akan pegang passportnya, Cukup sekadar copy passport sahaja dia bawa ke mana-mana.

#2 Membuat Visa
slip untuk pungut pasport/visa
Pukul 11.45 aku minta kebenaran bos aku ke CVASC. Sampai di sana pukul 12 tengahari dan aku bersyukur dapat parking di tepi jalan, Kelihatan ramai orang keluar dari CVASC, Rupa-rupanya waktu makan tengahari, Silap perkiraan aku, sangkakan di sini waktu makan tengahari pukul 1 pm. Agak lama menunggu lif untuk ke tingkat 5, bahagian membuat visa. Apabila mengambil nombor giliran, tertera 73 nombor lagi. Aduhhh rasa lamanya hendak menunggu iaitu 1.30 baru aku dapat membuat passport.

Sebelum mengambil nombor giliran, pihak kakitangan CVASC memeriksa dahulu dokumen iaitu borang permohonan, 1 gambar yang berlatarkan warna putih dibawa, 1 salinan passport dan 1 salinan tiket penerbangan.

Oleh kerana Ira tidak memberi salinan passsport Ira, kos membuat salinan passport di sini dkenakan 50sen. Malah, di sini disediakan perkhidmatan mengambil gambar visa dan caj yang dikenakan sebanyak RM18 untuk 4 keping gambar.

#3 Mengambil Visa

no giliran
Untuk buat visa murah, aku pilih visa bukan segera iaitu siap selepas 4 hari waktu bekerja, Untuk ambil visa/passport perlu ke tingkat 6 pula. Aku ke CVASC pada hari kelima. Kali ini aku pergi selepas solat zohor. Tiba di sana seperti yang dijangkakan tidak perlu tunggu lama, Seronoknya, sekejap sahaja aku sudah dapat visa dan lif pun epat serta tidak ramai orang.

invoice pembayaran visa

Sunday, 24 April 2016

Hari Bumi di Zoo Negara

Sudah lama aku berimpian untuk jalani kerja sukarelawan di Zoo Negara. Kali ini umpama pucuk dicita, ulam mendatang. Ternampak pula dalam facebook Masriah (kakitangan Yayasan Salam) mencari sukarelawan pada Ahad ini seramai 10 orang. Aku terus teringat Rosziana dan ajak dia sertai. Rupa-rupanya dia sudah lama teringin hendak lakukan kerja sukarelawan di Zoo Negara. Aku turut mengajak rakan serumahku, Dila. NamunDila tidak dapat ikut kerana dia ada kelas piano.

Oleh kerana aku dan Ros akan bertolak ke Zoo Negara bersama-sama, ak bermalam di rumah Ros di Kajang Utama. Seawal 7pagi aku dan Ros bertolak ke Zoo dan perjalanan hampir 1 jam. Tiba di Zoo Negara, ramai sukarelawan yang telah tiba dan sekumpulan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang diberi taklimat tentang aktiviti mereka memberi makanan kepada haiwan. NGO-NGO lain yang hadir terdiri dari LEO Club HELP University, dan PAX . Yayasan Salam hanya aku, Ros dan Shalina sahaja.

Semepena hari bumi, aktiviti sukarelawan dibahagikan kepada 2 iaitu membersihkan Sungai Kemensah dan menanam pokok herba. Kami bertiga ambil bahagian menanam pokok-pokok herba yang terletak  sebelah surau. 

Kenapa aku suka menjadi sukarelawan di Zoo Negara?

#1 Percuma Masuk Zoo
Kami dapat jimat harga tiket masuk RM32. Hanya membayar tiket letak kereta sebanyak RM6. 
Untie Sue, Uncle Stephen, Shalina dan Ros


#2 Tambah Kenalan Baru
Sedang kami tunggu Masriah yang tidak muncul-muncul dan sememangnya tidak akan muncul kerana beliau baru pulang dari Itali. Kami ditegur Steven Nah dari NGO PAX dan turut berkenalan dengan isterinya, Puan Sue Maznah. Aku amat kagum dengan pasangan ini yang berusia lebih 60 tahun tetapi masih aktif dengan aktiviti sukarelawan. Malah, Puan Sue nampak muda dan kami terkejut apabila mengetahui usia lebih 60 tahun dan mempunyai beberapa orang cucu.

#3 Tambah Ilmu
Mengenali pokok-pokok herba, jenis dan namanya pokok. Aktiviti ini akan diteruskan setiap tahun dan kelak pokok-pokok akan diletakkan tag untuk memudahkan orang ramai mengenali nama, asal serta khasiat.
Belang sambut hari jadi


Kebetulan April adalah hari lahir sang harimau, Teja dan Jitu di zoo negara, majlis hari jadi disambut selepas aktiviti menanam pokok.

Sunday, 3 April 2016

Hari ke 3 di Brunei

Dilempar lagi di laut China Selatan...

Malam tadi singgah di Guardian membeli ubat mabuk laut Hurix. Rupa-rupanya ubat mabuk laut Hurix pun tak berkesan.

 Tak tahan bau bot. Semalam bila mula-mula naik bot besar rasa best je. Hari ini rasa sebaliknya. Mereka mengata aku "mabuk bot" bukan "mabuk laut".
Untuk kurangkan mabuk, Aku diberi gula hacks hitam oleh seorang free diver. Memang terasa lega tapi habis sahaja gula-gula dalam mulut, loya dtg lagi

Dive 1 di kapal Bolkiah iaitu kapal sultan Brunei. Dive 2 di oil rig iaitu tiang pelantar minyak yang telah dipotong. Hari ini buddy aku adalah  Dolly yang dah ada rescue, seorang wanita muda yang cantik berbangsa cina Brunei.

Visibiliti amat cantik. Namun, mask yang aku guna kurang memuaskan. Asyik buat clear mask je. Geramnye...rasa lepas ini perlu beli mask sendiri. Hinggakan aku terlepas lihat dengan jelas anak pari bersama ibunya yang amat besar tanpa ekor. Malah, bila buddy tunjuk sesuatu yang menarik, aku perlu clear mask dulu.

Tak mampu teruskan dive 3 hari ini. Biarkan Aina teruskan.

Saturday, 2 April 2016

Hari Ke 2 di Brunei

BCD yang tertulis nama Rohani

Hari ini merupakan hari pertama akan dive di Laut China Selatan, Brunei. Sekali lagi buddy setia iaitu Rohaniah Noor dan Atiqq tidak dapat bersama. Namun, nama Aina diletak nama Rohaniah pada BCD nya.

Dive kali ini aku umpamakan diri aku bagaikan dilempar di tengah laut.Gara-gara pelbagai usaha dilakukan untuk mengurangkan mabuk laut yang tak pernah aku alami sepanjang dive.

Penuh drama dive Kali ni. Ragam Aina sudah pasti dengan perasan takutnya nak masuk ke dalam laut. Pelbagai usaha untuk yakinkan dia untuk turun, namun gagal...akhirnya aku turun bersama 2 rakyat Malaysia yang bekerja di Brunei yang mana Kamarul (pekerja DHL Brunei) menjadi buddy aku.

Ragam aku Kali ini mabuk laut yang teruk dan tak pernah dialami. Lepas habis dive 1 di Dolphin Wreck yang terbelah dua macam kapal titanic, bila naik atas bot terus muntah tak henti-henti. Sampaikan hook terpaksa ditanggalkan dan kepala dijirus air sejuk. Usaha kurangkan hanya sebentar.

Aku disuruh pakai jacket keselamatan. "Kenapa nak pakai "
Aku diminta terjun dalam laut dan diberi pelambung kecil. Muat untuk duduk diatasnya.
Aduhai lama sungguh terapung atas pelampung kecil. Rasa hampir setengah jam dibiarkan seorang diri. Panas di laut china selatan menikam muka.
Aduhhh Sakitnya.....

Aku ditarik naik bila dive 2 akan dimulakan. Cepat-cepat pakai peralatan dive walaupun badan tak bermaya dantak larat. Cepat-cepat aku disuruh terjun dulu. Lega sangat bila sudah tidak berada atas bot. Namun, selesainya dive dan hampir dengan bot, muntah lagi dan muntah tak henti-henti. Kali ni segala peralatan tak dapat ditanggalkan Dan dicuci sendiri.

Esok Aina nak buat 4 dive. Hah.... hari ini aku lembik, nak buat yg ketiga pun Dah tak daya. Tak pe.....positif diri n kasihan dia hanya mampu buat 1 dive hari ini



Masjid Omar Ali Saifuddien
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien

Lepas dive, kami berjalan-jalan ke Bandar Seri Begawan yang mana dikenakan RM75 seorang.Antara tempat yang kami lawati adalah Masjid Omar Ali Saifudien. Di masjid ini kami menyaksikan upacara akad nikah sepasang pengantin. Upacaranya sama sebagaimana di Malaysia. Jumlah yang hadir agak ramai. Semua kaum lelaki yang hadir di majlis ini berbaju melayu dan bersampin.

Selain masjid, kami di bawa melihat Kampung Air yang terkenal di Brunei. Hanya melihat dari jauh. Rasanya jika datang ke Brunei secara backpack sudah tentu akan masuk ke kampung ini meninjau secara dekat perkampungan ini.

Bangunan kerajaan yang terletak bersebelahan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah


Kampung Air