Friday, 24 July 2015

Dilema Pengurangan atau Menyelesaikan Pinjaman Rumah Dengan Mengeluarkan KWSP

Semalam aku ke RHB bank di Jalan Klang Lama. Namun, urusan masih belum selesai untuk mendapatkan penyata pinjaman perumahan. Aku perlu ke cawangan RHB yang aku buka akaun. Lupa pula aku di mana aku buka dan di mana RHB tersebut. Pengawal keselamatan menolong aku bagaimana hendak mengetahui cawangan RHB akaun yang dibuka. Dengan menggunakan ATM kad di ATM mesin, maklumat akaun nombor dan cawangan dapat diketahui.

Hari ini aku ke RHB, SS2/24, Sungai Way. Aku berada dalam dilema sama ada aku hendak selesaikan pinjaman rumah di Kajang atau ingin mengurangkan pinjaman rumah Pantai Dalam. Kakitangan RHB memberi pilihan pada aku untuk aku buat keputusan sama ada ingin memohon penyata rumah Kajang atau Pantai Dalam. Mereka tidak boleh keluarkan  penyata baki pinjaman untuk 2 akaun sekali gus. Malah, penyata dikeluarkan selepas semingggu serta aku perlu datang ambil ke RHB SS2. Benar-benar leceh urusan RHB yang agak ketinggalan sistem teknologi.

Sampai pejabat, aku telefon KWSP tentang urusan pengeluaran akaun 1 untuk pengurangan rumah. Oleh kerana aku belum pernah keluarkan akaun 1, pembelian rumah perlu melebihi 3 tahun. Alhamdulillah, tempoh 3 tahun sudah lama berlalu. Oleh kerana jumlah baki pinjaman sedikit daripada jumlah akaun 1, aku rasa rugi pula  jika aku langsaikan pinjaman rumah Kajang. Jika aku langsaikan, rumah Kajang dianggap rumah pertama aku. Jika aku ingin keluarkan akaun 1 kelak untuk selesaikan pinjaman rumah Pantai Dalam, aku perlu tukar nama atau jual rumah Kajang.

Pihak KWSP menerangkan aku boleh membuat pemotongan bulanan untuk rumah kedua. Namun, untuk pemotongan rumah yang seteruskan tidak  layak lagi.

Sekiranya aku ingin mengurangkan pinjaman rumah Pantai Dalam, bermakna aku masih menanggung dua pinjaman perumahan aku. Apakah keputusan yang harus aku ambil???

Monday, 6 July 2015

Bingka Keladi Berlauk



Sessi brainstorming Unit Trust Public Mutual yang diadakan di rumah Grace memberi banyak input yang bagus untuk tambah pendapatan pasif. Johnson menceritakan kejayaannya dalam Unit Trust dengan fokus kepada Road Show serta pelaburan melalui EPF.


Sambil berchit chat, Grace yang suka memasak menjamu bingka keladi berlauk. Oleh kerana aku berpuasa, Grace bekalkan aku bingka keladi untuk aku berbuka puasa. Pertama kali aku makan bingka keladi, ternyata sedap. Grace memasukkan sedikit ayam di dalam bingka. Aku sangkakan nasi bubur yang keras semasa bingka keladi masih panas. Malah, bingka ini dimakan dengan sambal ikan bilis, kacang, sos atau kicap cair.

Bila-bila free, aku nak buat bingka keladi berlauk ini.

Bahan-bahan
200 gm keladi – dikiub

175 gm tepung beras

40 g tepung jagung
20 gm tepung gandum

1 liter santan (dari 1 biji kelapa)

Garam secukup rasa


Bahan lauk

2 sudu besar minyak masak
200 gm udang – dikupas, dicincang

10 gm udang kering – direndam, ditumbuk

4 ulas bawang merah – dijadikan bawang goreng

3 tangkai daun sup }

3 tangkai daun bawang } dihiris

2 tangkai cili merah }
Garam secukup rasa


Bahan sos cili:

4 biji cili merah

1 sudu besar pes cili

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar gula

2 sudu besar jus limau nipis

1 sudu besar sos Hoisin
½ sudu teh kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung }

80 ml air } campur
Garam secukup rasa


Bahan Sos Kicap:

2 sudu besar taucu

250 ml air
50 gm gula pasir

4 sudu teh tepung jagung } campur

60 ml air }

1 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap pekat


Cara membuat:

1. Untuk lauk. Panaskan minyak, goreng udang sehingga berubah warnanya.

2. Masukkan udang goreng, kacau sehingga harum. Angkat.

3. Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili dan garam.

4. Sementara itu, kukus keladi sehingga empuk. Ketepikan.

5. Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.

6. Kacau atas api perlahan sehingga naik wap. Angkat dan campurkan dengan keladi dan separuh bahan lauk.
7. Tuangkan ke dalam loyang 25 cm yang dilenser minyak.

8. Kukus sehingga ¾ masak. Taburkan baki bahan lauk di atasnya.

9. Kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong.

10. Untuk Sos Cili: Kisar semua bahan sambil dikacau sehingga pekat.

11. Untuk Sos Kicap: Kisar taucu dan air sehingga hancur. Campurkan dengan bahan lain. Kacau atas api perlahan sehingga pekat.

Sunday, 5 July 2015

Biskut Mazola Kacang Peas

Biskut pertama raya tahun ini aku buat Biskut Mazola kacang peas. Oleh kerana agak lama aku tidak buat biskut mazola yang merupakan kesukaan mak aku ini, aku kenalah google. Dulu aku buat biskut mazola menggunakan kacang tanah. Tahun ini buat resepi lain pula. Harap mak aku suka juga mazola kacang peas ini.

Bila makan mesti masuk terus sebiji dalam mulut. Ia cair dalam mulut.  Jika gigit, biskut akan berkecai dan akan berterabur.

Bahan-bahan:

1 kg tepung kacang peas (dikisar halus)
1 kg tepung gandum
500g gula halus
1 sudu kecil garam halus (aku tak masukkan kerana kacang peas yang aku beli dah disalut dengan garam)
650 g minyak mazola atau secukupnya sehingga menjadi doh yg lembut

Sapuan: 1 biji kuning telur + sedikit pewarna kuning

Cara membuat:
  1. Gaulkan semua bahan kecuali minyak. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg lembut sehingga boleh digentel bulat.
  2. Susun dlm loyang bergris kemudian sapu atas biskut dgn campuran kuning telur.
  3. Bakar pada suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak.
  4. Sejukkan dan  disimpan dalam bekas kedap udara. 

Sumber http://dapur-digital.blogspot.com/2011/08/green-peas-cookies-biskut-kacang-hijau.html

Friday, 3 July 2015

Complexity of Password Delphi Coding

Password can be more secure depend on complexity of password which include numbers, symbols and both upper or lowercase alphabet characters.

The requirement of password composition here, include at least 1 number, 1 special character, 1 upper case and 1 lowercase alphabet character:

var
  StatusMsg: string;
  tmp : string;
 aOldPsw, aNewPsw, aVerNewPsw: string;
  i, LowerC, UpperC, NumC, SymbolC : integer;
begin
  try
    ModalResult:= mrNone;

    // get vals
     aOldPsw:= Trim(OldPassword.Text);
    aNewPsw:= Trim(NewPassword.Text);
    aVerNewPsw:= Trim(VerifyNewPassword.Text);

    LowerC:= 0;
    UpperC:= 0;
    NumC:= 0;
    SymbolC:= 0;
  
     //----- complexity : at least 1 lowercase, 1 uppercase, 1 symbol, 1 digit----
     for i := 1 to length(aNewPsw) do
     begin
        tmp:= copy(aNewPsw, i, 1);

       if (tmp[1] in ['a'..'z']) then LowerC:= LowerC + 1;
       if (tmp[1] in ['A'..'Z']) then UpperC:= UpperC + 1;
       if (tmp[1] in ['0'..'9']) then NumC:= NumC + 1;
       if not (tmp[1] in ['0'..'9', 'A'..'Z', 'a'..'z']) then
          SymbolC:= SymbolC + 1;
     end; // end for

     if ((LowerC = 0) or (UpperC = 0) or (NumC = 0) or (SymbolC = 0)) then
     begin
       MessageDlg('Password has at least 1 lowercase, 1 uppercase, 1 symbol, 1 digit', mtError, [mbOk], 0);
       exit;
     end;

   // showmessage('LowerC: ' + inttostr(LowerC) + '    UpperC: ' + inttostr(UpperC) +
  //         '    NumC: '+ inttostr(NumC) + '    SymbolC: '+ inttostr(SymbolC));

  except
    on E: Exception do
      MessageDlg(E.Message, mtError, [mbOK],0);
  end;
end;