Friday, 23 October 2015

Syurga Membeli Belah Ho Chi Minh

16&17 October 2016

Di Ben Thanh Stesen bas ,  tunggu bas 152 untuk ke lapangan terbang
Bertolak dari Mui Ne ke Ho Chi Minh pukul 1.30am (Malaysia) dan sampai di Ho Chi Minh pada pukul 6.00 am. Kami terus mencari hotel yang murah untuk kami menginap sekitar Jalan Tham Ngu Lao. Oleh kerana agak sukar mencari hotel murah yang mana kebanyakannya sudah penuh, dan kebetulan berada  di Hotel Saigon Inn, aku tempah hotel di Booking.com.Aku pilih Giang Hotel yang dekat dengan Ben Thanh Market serta lorongnya dekat dengan Jalan Tham Ngu Lao. Harga yang ditawarkan USD13 + usd5 (tambahan untuk 3 orang).
Hotel Giang Ho Chi Minh
Di awal pagi yang masih gelap dan sunyi mencari-cari lorong Bui Vien. Ketika sampai, hotel masih tutup. Namun, kehadiran kami tetap dilayan dan diberi masuk awal walaupun masih belum cukup masa check-in.

Di Ho Chi Minh, kami hanya tumpu untuk membeli-belah di Ben Thanh Market serta pasar malam yang terletak bersebelahan Ben Thanh Market.  Membeli belah di pasar malam, lebih berpeluang untuk mendapat harga yang murah berbanding Ben Thanh Market.

Membeli kain pasang terutamanya kain kapas serta sutera amat popular di Ben Thanh ini. Harga kain yang kami beli hanya RM30 sepasang. Malah, tauke kedai menawarkan khidmat penghantaran kain yang dibeli ke hotel tanpa mengenakan sebarang caj.
Shopping sakan, beg dah beranak

Bas 152, Airport - Ben Thanh Market
Oleh kerana Ho Chi Minh syurga membeli belah, aku rasa  mati kutu. Nasib baik 2 hari sahaja di Ho Chi Minh. Duit hanya tinggal 50,000Dong selepas membeli belah dan cukup-cukup untuk tambang bas ke airport. Malah, niat Lynn yang nak naik teksi pun dah tak jadi gara-gara membeli-belah tak hingat. Niat ke Chu Chi Tunnel dibatalkan memandangkan kesihatan Lynn yang tidak mengizinkan. Dia sukar untuk duduk selepas jatuh atas batu ketika di Fairy Stream.

Thursday, 22 October 2015

Hari Kedua dan Terakhir di Mui Ne, Vietnam

15 October 2016

 Pakej tour  ke Fairy Stream / Little Canyon dan padang pasir sama ada pagi atau petang. Pastikan selidik harga sebelum pilih mana-mana agen pelancongan. Sekiranya kami memilih pakej Sea Winds Resort yang kami mengidap, caj yang dikenakan agak murah iaitu 5USD seorang sahaja. Namun, bila tidak selidik dengan agen lain dan  mengambil pakej Tam Hanh, caj yang dikenakan 10USD.

Boleh juga menyewa motosikal sekitar harga 4usd. Namun, bergantung pada pemilik motosikal untuk membenarkan kita menyewa, sesetengahnya hanya membenarkan pemegang lesen Vietnam sahaja dan tidak mahu menyewa pada pemilik lesen antarabangsa.

Kami memilih untuk program petang kerana kami bercadang untuk jalan-jalan sekitar pantai waktu pagi dan terus check-out hotel untuk lebih jimat kerana tengah malam kami akan balik ke Ho Chi Minh. Jimat lagi 1 malam bila tidur dalam bas sahaja.
 
 
#1 Fairy Stream / Little Red Canyon
Tempat pertama yang dilawati adalah Fairy Stream. Perlu meredah sungai yang cetek untuk ke Little Red Canyon yang cantik.




#2 Perikanan Mui Ne
Sekadar singgah sahaja untuk ambil gambar. Kelainan di sini adalah bot-botnya yang berbentuk besen bulat. Kawasan perikanan sudah tentu bau ikan yang menusuk hidung.


#3 White Sand Dune
Untuk ke White Sand ini, ada 2 pilihan sama ada naik ATV atau jalan kaki. Kami memilih untuk berjalan kaki saja untuk jimat. Duit yang ada ingin digunakan untuk membeli belah di Ho Chi Minh.....hehehehe







 #4 Red Sand Dune
Sampai di Red Sand Dune, sudah hampir senja. Mujur pasir ini hanya tepi jalan sahaja. Turun jip terus mendaki padang pasir. Jenuh juga nak berjalan atas pasir yang baru lepas hujan.
Kali ini padang pasirnya sudah tentu berwarna merah, nama tempat pun Merah.



Syurga Makanan Laut Mui Ne / Phan Thiet, Vietnam

14 & 15 Oktober 2016 (Malam)

Nikmati hidangan makanan laut di tepi laut sambil didendangkan dengan deruan ombak
Masih terbayang-bayang lagi keenakan titam mentah yang segar. Aku sudah berada di tahap kempunan setelah bertahun-tahun tidak nikmati hidangan tiram mentah.Almaklumlah, nak makan di Malaysia harganya mahal dan aku hanya nikmati di hotel sahaja.
Habis 2 hidang. Kegilaaan aku tiram mentah segar ini yang dinikmati dengan limau nipis Hanya 10,000 dong sahaja 1 tiram. Aku order 13 tiram

Kali ini dapat nikmati tiram mentah yang enak sangat. Pada mereka yang tidak pernah makan  biasanya mudah termuntah dan loya. Namun, Lynn dan adik aku dapat makan tiram mentah di sini.

Agak mudah untuk makan makanan laut tetapi tiada kedai muslim. Sepanjang jalan di bahagian pantai berderet kedai makanan laut. Untuk mendapat harga yang murah perlu ditanya harga yang ditawarkan dan lihat menu juga.

Dari segi halal, kebanyakan orang Vietnam tidak faham tentang halal dan mereka tidak tahu makanan yang boleh dimakan oleh Muslim. Oleh itu, perlu menerangkan Muslim tidak boleh makan makanan yang berunsurkan daging terutama daging babi. Hanya boleh makanan laut atau sayuran sahaja.

Namun, kali ini terlupa untuk bertanya tentang bahan-bahan yang dicampur dalam masakan terutama minyak.  Kemungkinan minyak  yang digunakan daripada minyak kulit babi.
Kerang masak di masak dengan  bawang putih dan minyak....
Aduhai.... apa boleh buat akibat terlupa untuk bertanya. Patutlah kepekatan minyaknya agak berbeza


Ikan Barracuda

Minuman buah naga

Kerang masak di masak dengan  bawang putih dan mentega



Kisah Hari Pertama di Mui Ne, Vietnam

14 & 15 Oktober 2016

Perjalanan ke Mui Ne dari Ho Chi Minh lebih kurang 4 jam sahaja. Pukul 4.30pm kami sampai dan semasa kami turun dari bas, ada beberapa orang yang sibuk menanya di mana hotel kami dan mengajak kami naik motosikal. Pening aku dengan pujukan mereka. Kami mengelak diri dari mereka dengan pergi ke tempat membeli tiket bas Tam Hanh.Kami terus beli tiket balik ke Ho Chi Minh tengah malam esoknya, pukul 12.30am atau 1.00 pagi.

Di sini, pekerja bas Tam Hanh naikkan harga tiket 130,000 Dong tetapi beliau tak berjaya menaikkan harga. Namun, beliau berjaya memperdayakan kami dengan mengenakan bayaran 10usd iaitu naikkan1 kali ganda untuk ke Red Sand Dune, White Sand Dune, Fairy Stream dan Red Canyon.
Kami dah terkena 10usd, hanya 5usd di Sea Winds Resort


Murah sahaja ronda dengan motosikal

Tempat penginapan kami, Sea Winds Resort. Dekat sahaja dengan tempat naik/turun bas Tam Hanh



Ho Chi Minh - Mui Ne Dengan Bas Tam Hanh

14 October 2015
Perjalanan kali ini agak berlainan dengan sebelum ini dan kali ini bersama adik aku Ilah dan Lynn. Di Vietnam aku tak book penginapan. Kali ini redah. Hati aku berat bila book. Dah book hotel, aku batalkan pula.

Malah, kali pertama juga aku meletak kereta di Putrajaya Sentral. Biasanya aku naik motosikal ke KLIA2  kerana bayar parking motosikal RM1 sehari. Di Putrajaya Sentral aku bayar RM4 sehari untuk parking berbumbung. Kira murah berbanding kalau aku parking kereta di KLIA2. Sayang duit aku melayang hanya semata-mata bayar parking.

Penerbangan ke Ho Chi Minh (HCM) terpaksa ditangguhkan hampir sejam kerana ada 3 beg misteri. Semua penumpang terpaksa turun semula dari kapal terbang.

Di Airport HCM ke Ben Thanh Stesen, naik bas 152 dan bayar 10,000 Dong seorang
Sampai di Ben Thanh Stesen, kami berjalan kaki ke Jalan Pham Ngu Lao untuk membeli tiket bas Tam Hanh ke Mui Ne. Bersyukur sangat kerana lepas beli tiket, bas dah nak gerak ke Mui Ne.

Alamat untuk beli tiket bas Tam Hanh di : 
199 Pham Ngu Lao St., Pham Ngu Lao Ward, District. 1, HCMC                                                    
Tel: 08. 3 9205653/6 2958818
 

Harga tiket bas ke Mui Ne: 120,000 seorang

Bas Tam Hanh

Naik bas tanpa pakai kasut. Bas sediakan plastik untuk isi kasut. Selipar disediakan ketika turun di R&R


Keadaan dalam bas Tam Hanh

Pemandangan ladang pokok naga di Phan Thiet  yang mana buah naga diesksport ke luar negara sepanjang perjalanan. Sekitar ladang dapat lihat rumah-rumah banglo yang cantik kebanyakannya 3 tingkat tingkat dan memanjang ke belakang.

Hasil ladang yang luas terbentang dieksport ke luar negara

Aku rasa asal ladang naga ini adalah sawah padi

Hasil kekayaan orang Vietnam