14 October 2015
Perjalanan kali ini agak berlainan dengan sebelum ini dan kali ini bersama adik aku Ilah dan Lynn. Di Vietnam aku tak book penginapan. Kali ini redah. Hati aku berat bila book. Dah book hotel, aku batalkan pula.
Malah, kali pertama juga aku meletak kereta di Putrajaya Sentral. Biasanya aku naik motosikal ke KLIA2 kerana bayar parking motosikal RM1 sehari. Di Putrajaya Sentral aku bayar RM4 sehari untuk parking berbumbung. Kira murah berbanding kalau aku parking kereta di KLIA2. Sayang duit aku melayang hanya semata-mata bayar parking.
Penerbangan ke Ho Chi Minh (HCM) terpaksa ditangguhkan hampir sejam kerana ada 3 beg misteri. Semua penumpang terpaksa turun semula dari kapal terbang.
Di Airport HCM ke Ben Thanh Stesen, naik bas 152 dan bayar 10,000 Dong seorang
Sampai di Ben Thanh Stesen, kami berjalan kaki ke Jalan Pham Ngu Lao untuk membeli tiket bas Tam Hanh ke Mui Ne. Bersyukur sangat kerana lepas beli tiket, bas dah nak gerak ke Mui Ne.
Alamat untuk beli tiket bas Tam Hanh di :
199 Pham Ngu Lao St., Pham Ngu Lao Ward, District. 1, HCMC
Tel: 08. 3 9205653/6 2958818
Harga tiket bas ke Mui Ne: 120,000 seorang
Pemandangan ladang pokok naga di Phan Thiet yang mana buah naga diesksport ke luar negara sepanjang perjalanan. Sekitar ladang dapat lihat rumah-rumah banglo yang cantik kebanyakannya 3 tingkat tingkat dan memanjang ke belakang.

![]() |
Bas Tam Hanh |
![]() |
Naik bas tanpa pakai kasut. Bas sediakan plastik untuk isi kasut. Selipar disediakan ketika turun di R&R |
![]() |
Keadaan dalam bas Tam Hanh |
Pemandangan ladang pokok naga di Phan Thiet yang mana buah naga diesksport ke luar negara sepanjang perjalanan. Sekitar ladang dapat lihat rumah-rumah banglo yang cantik kebanyakannya 3 tingkat tingkat dan memanjang ke belakang.
![]() |
Hasil ladang yang luas terbentang dieksport ke luar negara |
![]() |
Aku rasa asal ladang naga ini adalah sawah padi |
![]() |
Hasil kekayaan orang Vietnam |
salam, nak tanya bas yang awk naik tu gerak kul brape ye?
ReplyDelete