Selesai pemeriksaan imigresen, aku meninjau kenderaan untuk ke South Bus Terminal (SBT) atau North Bus Terminal (NBT) sama ada bas atau teksi. Langsung tidak kelihatan Mybus iaitu bus ke NBT . Manakala Shidah temankan Lynn beli simkad.
Aku ambil keputusan untuk bertanya pada polis yang berada berdekatan dengan pintu keluar airport. Polis mencadangkan ambil teksi kuning kerana teksi jenis itu lebih selamat dan bermeter. Manakala jenis putih pula teksi paling murah.
Pada masa itu kebetulan lalu satu pasangan suami isteri. Rupa rupanya mereka juga dari malaysia. Mereka memperkenalkan diri sebagai Lai dan Edwin. Mereka juga hendak ke Oslob tetapi mereka terus ke Oslob. Sedangkan kami singgah di Dalaguete. Mereka mengajak naik grab yang mana hanya 461peso selama 1 jam ke South Bus Terminal.
Kami berpisah dengan lai dan edwin di
sbt tetapi akan bertemu kembali di dalam penerbangan yang sama semasa balik ahad ini.
Sementara menunggu bas tengah malam ke dalaguete, kami ambil keputusan untuk ke masjid siti mariam. Masjid ini hanya terletak bersebelahan sbt. Namun, untuk ke masjid ini agak jauh. Perlu berjalan ke luar sbt di sebelah kanan jalan
Keluar dari sbt, dari jauh kami nampak satu bangunan yang nampak macam sebuah kubah. Sebaliknya, bila hampir dekat bukan masjid. Beberapa kali bertanya orang yang lalu lalang dan peniaga kecil.
Kawasan berhampiran SBT ini agak ramai muslim yang lalu lalang dan berniaga pakaian serta perhiasan. Namun, kedai makan muslim tidak kelihatan.
Sepanjang perjalanan untuk ke masjid, inilah peluang untuk melihat budaya dan cara hidup masyarakat pulau cebu. Aku tertarik dengan jenis perniagaan air mineral macam vending mesin. Plastik disediakan.
Gerai gerai kecil pula banyak menyediakan nasi impit yang dianyam daun kelapa. Anyaman berbentuk segi 3. Ada juga ketupat yang dianyam serupa ketupat di Malaysia.
Buah mangga muda yang rangup dan sedikit masam dipotong seperti sekuntum bunga yang sedang kembang. Amat menarik perhatian untuk membeli dengan hanya 25peso sebiji atau RM2. Pada mulanya penjual tawarkan 45peso untuk 2 biji. Selepas Shidah sebut "we are friend", penjual pun dengan perasaan lembut hati beri 40peso sahaja.
Untuk ke masjid, perlu melalui 1 lorong sempit yang muat 2 orang antara 2 bangunan. Kemudian, melalui kawasan perumahan tempatan. Dari luar masjid, tiada kubah seperti yang kami sangkakan. Masjid ini ada 3 tingkat dan seolah baru siap dibina.
Kami disuruh ke tingkat 2 untuk ruang bersolat. Namun , masjid ini seolah olah wanita cebu tidak bersolat di masjid. Tidak kelihatan tempat wuduk wanita serta tiada ruang wanita bersolat.
Oleh kerana masjid ini di buka hingga 7.30 malam atau ditutup selepas selesai solat isyak sempatlah kami berehat di masjid untuk melepaskan kepenatan .