Wednesday, 31 January 2018

Permulaan Perjalanan Ke Cebu

7.40pagi keluar dari rumah ke rumah Lynn di cheras. Suaminya hantar kami ke KLIA2. Singgah dahulu bersarapan pagi di batu 10 cheras. Kami sekadar makan cucur kodok. Manakala Shidah makan lontong.

Sampai di KLIA2, aku baru teringat mee segera 8 bungkus tertinggal. Mee itu walaupun dengar macam banyak tapi untuk dikongsi dengan Shidah. Takut tak jumpa kedai halal sebab pengalaman ke subic bay dan manila beberapa tahun yang lalu tak jumpa kedai halal. Semua kedai sedia masakan yang ada daging babi. Terpaksa juga makan dengan pilih masakan laut dan sayuran.

Singgah di Familymart KLIA2 beli 2 maggi cawan asam laksa dan perisa tomyam yang berharga RM3 setiap satu.

Semasa hendak ke tandas, teringat pula aku tertinggal cable usb. Mujur adik aku bawa. Lynn pun tak bawa cable usb juga. Semasa di ruang menunggu bilik Q17, teringat tak bawa pakaian mandi sedangkan dah tulis dalam itenari dan akulah yang jadi tukang ingatkan mereka agar bawa. Aduhai, banyak benda pula aku tertinggal kali ini.

Perjalanan ambil masa selama 3jam 40minit dari KLIA2 pada pukul 12 tengahari dan sampai di Mactan Cebu InternationalAirport pada pukul 3.40 petang

Flight Z27111 agak kecil hanya ada 2 barisan. Aku agak ke belakang di  18f. Manakala Lynn dan Shidah berada di no 11.

Perjalanan kali ini tiada teman untuk berbual. Teman hujung dan tengah kedua-duanya lelaki Melayu dari Malaysia. Oleh kerana mereka tak menegur aku, aku ambil keputusan untuk membaca sahaja. Sempat aku habiskan buku 250 tips for an Eco Lifestyle yang ditulis oleh Sarah Callard.

 Kali ini aku bawa buku yang agak ringan untuk dibaca. Perjalanan yang lalu,  beberapa kali aku bawa buku, sukar aku habiskan. Kononnya baca buku yang membosankan Dalam flight cepat habis. Sebaliknya, tidur atau berborak dengan rakan sebelah.

No comments:

Post a Comment