Thursday, 10 June 2021

Capture Android Device IMEI Delphi

Using Delphi 10.3 to develop Android application for capturing device IMEI and option setting

var

  MainForm: TMainForm;


implementation

uses System.Permissions, AndroidAPI.JNI.Telephony, AndroidAPI.Helpers, AndroidAPI.JNI.OS;


{$R *.fmx}


procedure TMainForm.btnCaptureIMEIClick(Sender: TObject);

var

   jTM : JTelephonyManager;

begin

  jTM:=  TJTelephonyManager.Create;

  Text1.Text :=  JStringtoString(jTM.getImei);

end;


procedure TMainForm.FormCreate(Sender: TObject);

var

  lPermissionTelState : string;

begin

  lPermissionTelState := JStringtoString(TJManifest_permission.Javaclass.READ_PHONE_STATE);

  PermissionsService.RequestPermissions([lPermissionTelState], nil, nil);

end;



Monday, 7 June 2021

Sihatkan Usus vs Aloe Vera

 

Aloe vera semakin membesar. Ada beberapa anak aloe vera perlu diubah ke pasu lain atau di buang. Nak buang sayang. Mujur ada pasu-pasu kecil.  Sesiapa yang nak, boleh aku bagi.

Aloe vera bagus untuk sejukkan badan, baiki usus atau hilangkan sakit-sakit badan. Petang ini boleh buat air aloe vera untuk berbuka puasa 6. 

Cara buat air aloe vera, resepi Dr Rizal Abu Bakar:.
 Aloe Vera (potong kecil jadi 1 cawan)
 2 cawan Air
 1/2 biji Lemon
2 atau 3 sudu Madu
6 biji red date

1. Potong  dan asing isi aloe vera. Masa potong, biarkan getah kuning aloe vera keluar. Biar kering getah tu baharu potong kecil-kecil. 
2. Masukkan dalam periuk isi aloe vera. Masukkan air .
3. Masukkan air perahan lemon. Kalau lemon kecil boleh pakai sebiji. 
4. Masak dalam air perlahan sampai mendidih. Lepas mendidih matikan api. 
5. Lepas sejuk, masukkan madu dan hidangkan. Isi aloe vera tu boleh dimakan sekali.

Saturday, 5 June 2021

Batuk vs Daun Bangun-bangun

 

Pokok bangun-bangun yang dikenali dengan pelbagai nama: bebangun, Apple mint, oregano, raja bangun, ati hijau, sedingin. Sudah setahun aku tanam. Masih ingat nak dapatkan pokok ini punyalah pening nak mencari. Tambahan pula masa itu dah nak lockdown 1.0 Mac 2020. Shiedah, adik aku batuk. Perlu cepat cari penawar. Teringat rumah Kak Linda di Kampung Padang Balang, Gombak.

Musim covic ini bila ada gejala batuk, selsema atau deria rasa bau hilang  jadi takut. Syukur, selepas makan , batuk hilang. Sejak itu, bila batuk aku terus ambil daunnya makan. Adik aku suka makan 3 helai daun dengan nasi, buat ulam. 

Aku pula selalunya cukup sehelai sahaja dan pilih daun banyak air. Aku gumpal-gumpal dan picit keluar airnya terus ke dalam mulut. Lepas itu, aku makan daun pula. 

Pendapat aku, pokok ini patut ditanam setiap rumah. Ini rawatan alternatif tanpa bantuan ubat batuk yang dijual atau diperolehi di farmasi atau klinik yang menyebabkan kita terus mengantuk selepas ambil.

Macam manalah pokok ini dapat nama bangun-bangun ye? Agaknya kemujarabannya yang cepat. Yang lemah terus bangun cerdas, sihat.

Malah, alternatif lain adalah campuran madu dan bawang holland. Caranya:

1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.

Resepi di atas dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar yang mana menurut beliau kesan ubat ubat kepada otak amat menakutkan. Jadi, beliau mengamalkan resepi ini dan tidak lagi ambil ubat batuk. Malah, cara ini dapat mengeluarkan kahak dengan mudah.

.





Thursday, 3 June 2021

Covic-19 vs Ketum

Setiap penyakit ada penawar. Allah telah menurunkan pelbagai tumbuhan yang menyerupai anggota tubuh badan kita dan hidupan lain. Kita perlu memanfaatkan anugerah yang telah diturunkan dan hanya Allah yang lebih mengetahui setiap kejadian tersebut.

Ramai yang menggambarkan virus-19 seperti bunga ketum. Ya, aku tengok pun nampak sama. Nak minum ketum boleh tetapi pastikan cara minum betul dengan tidak mencampurkan dengan bahan-bahan yang merosakkan diri dan boleh menyebabkan khayal.

Minuman ketum ini sebenarnya untuk tingkatkan imunisasi atau minuman tenaga. Atuk-atuk dulu kerja di ladang minum ketum selepas penat bekerja. Mereka jadikan teh. Keringkan daun dan buang urat daun. Simpan dan ambil sedikit untuk minum sekadar secawan.

Bunga Ketum vs Corona Virus-19

Lain-lain tumbuhan yang patut kita tahu untuk kita amalkan pemakanan dan tingkatkan kesihatan adalah:

Cendawan vs Telinga


 
Avocado vs Rahim Wanita


Halia vs  Perut


Lobak Merah vs Mata


Limau Bali vs Payudara


Brokoli vs  Penyakit Kanser


Tomato vs Jantung


Keledek vs Pankreas


Anggor Merah vs Paru-paru


Saledri vs  Bentuk Batang Tulang

Keju vs Tekstur Tulang


Walnut vs Otak

Kerang vs Zakar



Wednesday, 2 June 2021

Kacang Bendi Anti oksida Catechin

 


Nak makan pun rasa tak lalu bila tengok lendir kacang bendi tetapi bila memikirkan kelebihan perlu buang kata "tak NAk" . Umur pun dah cecah 40-an. Sekali sekali terasa sengal lutut terutama bila melangkah naik atau turun tangga. Sebab itulah atlet China jadikan bendi sebagai sajian utama sewaktu Sukan Olimpik Beijing.

Jika rajin aku goreng sahaja. Aku goreng dengan kunyit dan masukkan telur. Aku suka kering. Masukkan air sekadar nak nampak sedikit basah sahaja.

Masa aku malas pula, aku masak air. Dah mendidih aku rendam kacang dalam air mendidih. Tutup. Lepas itu dah boleh makan. Kalau rebus atas api, takut terlebih masak pula. Jangan pula nak potong hujung kanan kiri, nanti keluar lendirnya. Lendir itulah ubat mujarab.

Biji bendi jangan pula buang. Banyak kelebihan juga. Ada anti oksida catechin, epicatechin, procyanidin. Kecik bukan sebarang kecik, ada vitamin B1 dan B2, quercetin.

Anti oksida catechin untuk apa? Kelebihannya untuk imun dan melawan bakteria atau virus termasuk virus covic 19.

Lain-lain kelebihan bendi:
  • Anti kolestrol
  • Anti diabetik
  • Anti nyanyuk
  • Meningkatkan kapasiti otak
  • Penjaga Neoron atau sel otak

Macam-macam kelebihan tumbuhan anugerah tuhan ini. Jenis pemakanan ini aku lebih suka sebut "Food from God". Malah, keadaan diri kita boleh kita nampak melalui pengambilan makanan yang mana "You are what you eat".

Kelebihan tumbuhan juga adalah minyak pati aromaterapi atau minyak pati tumbuhan dalam perubatan.


Sejarah Kuarantin


Tanggal 1 Jun 2021, Malaysia catat sejarah lagi. Lockdowns 3.0 untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang telah mencecah 9000 lebih. Kuarantin kali ini juga selama 2 minggu dan mungkin akan bersambung lagi.

Sejak Mac tahun 2020, kita asyik kena kuarantin je. Siapakah yang memulakan idea kuarantin ini?

Sebut nama Ibnu Sina ramai yang tahu. Orang yang terkenal sebagai bapa perubatan.

Ibnu Sina berpendapat sesetengah penyakit berjangkit merebak melalui microorganisms.

Jadi, langkah untuk mengelak jangkitan tersebar, beliau mencipta kaedah pengasingan selama 40 hari atau dalam bahasa Arab disebut "al-Arba’iniya".

Macam mana pula dari "al-Arba’iniya" jadi "kuarantin" pula?

Kisahnya... pedagang Venice yang mendengar kejayaan al-Arba’iniya ini, mereka membawa balik ilmu ini. Mereka menyebutnya sebagai “quarantena”. Maksudnya 40 juga tetapi dalam bahasa Italy.

Kehebatan ilmu Ibnu Sina yang dianugerah Allah telah digunakan hingga sekarang dan menyelamat nyawa manusia.
Kehebatan beliau yang lain adalah memperkenalkan kaedah penyulingan untuk ekstrak minyak pati dari tumbuh-tumbuhan. Pati gaharu termasuk dalam kaedah penyulingan ini.







Gaharu Cegah Jangkitan Virus Covic

Bila kita faham tentang virus covic-19 sebenarnya kita tak takut langsung pada virus ini.
.
Anggaplah virus kobig-19 macam kuih onde-onde yang kita boleh makan dia.
.
Paling penting kita buat RNA dia cair. Matilah ia. Caranya :
.
  • Wapkan muka dengan steam ( wap air yang meruap tu)..musnahlah kobig-19.
  • Sapu alkohol di luar facemask pakai buang, kobig 19 airbone sampai ke facemask matilah ia tak sempat masuk lubang hidung.
  • Sapu pati gaharu kemboja tepi lubang hidung, KO-lah kobig 19 bila terkena pati gaharu tak sempat masuk lubang hidung, pernafasan menjadi segar, wangi dengan bau gaharu, sangat baik untuk sistem saraf neuron.
.
Apa itu mRNA?

Google saje journal tentang research melawan Covid-19, akan jumpa perkataan mRNA RNA, Spike...spike tu macam yang warna putih pada onde-onde..masam buang, Kobig-19 tiada spike tiadalah jangkitannya.