Wednesday, 2 June 2021

Kacang Bendi Anti oksida Catechin

 


Nak makan pun rasa tak lalu bila tengok lendir kacang bendi tetapi bila memikirkan kelebihan perlu buang kata "tak NAk" . Umur pun dah cecah 40-an. Sekali sekali terasa sengal lutut terutama bila melangkah naik atau turun tangga. Sebab itulah atlet China jadikan bendi sebagai sajian utama sewaktu Sukan Olimpik Beijing.

Jika rajin aku goreng sahaja. Aku goreng dengan kunyit dan masukkan telur. Aku suka kering. Masukkan air sekadar nak nampak sedikit basah sahaja.

Masa aku malas pula, aku masak air. Dah mendidih aku rendam kacang dalam air mendidih. Tutup. Lepas itu dah boleh makan. Kalau rebus atas api, takut terlebih masak pula. Jangan pula nak potong hujung kanan kiri, nanti keluar lendirnya. Lendir itulah ubat mujarab.

Biji bendi jangan pula buang. Banyak kelebihan juga. Ada anti oksida catechin, epicatechin, procyanidin. Kecik bukan sebarang kecik, ada vitamin B1 dan B2, quercetin.

Anti oksida catechin untuk apa? Kelebihannya untuk imun dan melawan bakteria atau virus termasuk virus covic 19.

Lain-lain kelebihan bendi:
  • Anti kolestrol
  • Anti diabetik
  • Anti nyanyuk
  • Meningkatkan kapasiti otak
  • Penjaga Neoron atau sel otak

Macam-macam kelebihan tumbuhan anugerah tuhan ini. Jenis pemakanan ini aku lebih suka sebut "Food from God". Malah, keadaan diri kita boleh kita nampak melalui pengambilan makanan yang mana "You are what you eat".

Kelebihan tumbuhan juga adalah minyak pati aromaterapi atau minyak pati tumbuhan dalam perubatan.


No comments:

Post a Comment