Saturday, 5 June 2021

Batuk vs Daun Bangun-bangun

 

Pokok bangun-bangun yang dikenali dengan pelbagai nama: bebangun, Apple mint, oregano, raja bangun, ati hijau, sedingin. Sudah setahun aku tanam. Masih ingat nak dapatkan pokok ini punyalah pening nak mencari. Tambahan pula masa itu dah nak lockdown 1.0 Mac 2020. Shiedah, adik aku batuk. Perlu cepat cari penawar. Teringat rumah Kak Linda di Kampung Padang Balang, Gombak.

Musim covic ini bila ada gejala batuk, selsema atau deria rasa bau hilang  jadi takut. Syukur, selepas makan , batuk hilang. Sejak itu, bila batuk aku terus ambil daunnya makan. Adik aku suka makan 3 helai daun dengan nasi, buat ulam. 

Aku pula selalunya cukup sehelai sahaja dan pilih daun banyak air. Aku gumpal-gumpal dan picit keluar airnya terus ke dalam mulut. Lepas itu, aku makan daun pula. 

Pendapat aku, pokok ini patut ditanam setiap rumah. Ini rawatan alternatif tanpa bantuan ubat batuk yang dijual atau diperolehi di farmasi atau klinik yang menyebabkan kita terus mengantuk selepas ambil.

Macam manalah pokok ini dapat nama bangun-bangun ye? Agaknya kemujarabannya yang cepat. Yang lemah terus bangun cerdas, sihat.

Malah, alternatif lain adalah campuran madu dan bawang holland. Caranya:

1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.

Resepi di atas dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar yang mana menurut beliau kesan ubat ubat kepada otak amat menakutkan. Jadi, beliau mengamalkan resepi ini dan tidak lagi ambil ubat batuk. Malah, cara ini dapat mengeluarkan kahak dengan mudah.

.





No comments:

Post a Comment