Sunday, 26 April 2015

Recce Pasar Karat di Depan Tesco Semenyih

Pasar Karat Semenyih

Pasar Karat di depan Tesco Semenyih bermula 6.30 pagi. Pukul 7.30 pagi aku keluar dari rumah dan 7.40 pagi aku tiba di sana dengan menaiki motosikal  untuk tinjau aktiviti perniagaan ini serta membuat analisa.

Banyak peniaga-peniaga yang menjual pelbagai barangan terpakai dan bukan barangan terpakai. Pakaian merupakan barangan yang paling banyak dijual. Barangan lain yang boleh diperolehi seperti tembaga, pasu, perkakas memasak, perhiasan rumah dan sebagainya,

Selepas meninjau dan pelanggan yang aku nampak pelanggan agak tidak memuaskan iaitu kurang 5 orang. Mungkin  masih awal dan Tesco dan kedai-kedai sekitar pun belum buka. 

Saturday, 25 April 2015

Lemahnya Strukur Bangunan Terbakar

Hari ini aku ke bengkel motosikal Wilson. Sudah lama tidak servis motosikal aku dan begitu lama jugalah tidak berjumpa dengan Wilson. Selain servis motosikal aku, aku beli kotak Givi. Berleter dia sebab dulu harga hanya RM120. Sekarang harga dah naik ke RM180.

Bila dah ada kotak givi dan beg sandang letak dalam kotak givi, aku rasa bawa motosikal lebih selamat. Kalau aku tahu begini perasaannya bila bawa motosikal, sudah tentu sudah lama aku beli kotak givi ini. Baru tergerak hati nak beli, aku rasa dah malas nak mengusung helmet. Bila sangkut di motosikal hati pula asyik tak tenteram. Sudah banyak kali helmet dirembat orang.

Sebelum aku balik rumah, singgah di Low Yat untuk beli monopod. Semasa hendak simpan helmet dalam kotak givi, susah pula nak mengunci kotak givi. Setelah berusaha dan gagal untuk mengunci, aku tinggalkaan helmet dalam kotak givi tanpa berkunci. Tawakkal sahajalah....inilah akibatnya terlalu yakin dan ambil mudah sesuatu perkara. Nampak mudah tetapi perlukan teknik yang betul.

Sampai di rumah, aku hubungi Wilson dan memberitahu aku tak tahu nak mengunci kotak givi, Susah benar nak faham cara nak mengunci, Akhirnya aku minta Wilson hantar video cara nak mengunci... hehehehe....

Di bengkel Wilson, macam-macam kami borakkan. Antara perkongsian adalah tentang aku yang mulai terlibat dengan rumah lelong. Aku menceritakan tentang rumah yang terbakar harga daripada RM10,000 dan harga yang dimenangi RM38,000. 

Wilson tidak menggalakkan beli rumah yang terbakar kerana rumah yang terbakar tidak kukuh dan mudah roboh. Binaan telah jadi lemah dan lembut. Dia menceritakan tentang kisah bengkel yang roboh beberapa tahun yang lalu dan menghempap pekerja dalam bengkel tersebut

Wednesday, 22 April 2015

Misteri Ulang Tahun 40

Semalam genab usiaku 40 tahun. Tahun ini tahun yang banyak memberi pengalaman baru dalam hidupku.
  1. Jan 2015 pertama kali aku mengerjakan umrah bersama mak ayah dan adikku Shidah. Segala kos dibiayai aku. Rasa seronok dapat memenuhi impian mereka
  2. Membiayai kos guaman ayahku atas tuntutan gantirugi sebanyak RM300k oleh Abundant Crops Sdn Bhd setelah syarikat ini menang dalam tuntutan tanah kelapa sawit yang telah ayah aku usahakan lebih 20 tahun yang lalu.
  3. Pertama kali berurusan dengan peguam Shukur yang hebat bagi mengendalikan kes ayah aku. Selama ini aku memang ambil tak kisah tentang tanah ayah aku. Setelah ayah aku kalah kesnya, aku perlu berusaha untuk menolong ayahku. 
  4. Aku terpaksa meluah ketidakpuasan dengan sikap ayahku yang ego. Kami adik beradik terpaksa akur apa yang dia cakap. Semua dia cakap, dia anggap betul.Tak boleh bangkang dan kami dianggap derhaka.
  5. Mengenali jutawan yang hebat, mulia dan baik hati iaitu Datuk Abdul Rahman dan Datin Faridah serta anak tunggal mereka Shasha. Kenali  mereka semasa sama-sama  mengerjakan umrah.Mereka boleh dianggap mentor. Banyak nasihat yang mereka berikan untuk menjadi jutawan dan mendapat rezeki yang diberkati. Shasha yang masih muda, berusia 29 tahun kini mengendalikan Gloria Coffee dan Chemistry Lab Cafe di Shah Alam serta akan buka Chemistry Lab Cafe Mei tahun ini.
  6. Rumahku Apartment Pantai Dalam dapat strata.Tahun ini aku uruskan urusan bagi dapatkan geran strata
  7. Aku belajar Dephi XE7 untuk membuat aplikasi telefon. Untuk uji sistem mobil, 2 hari lepas bos beri handphone Samsung
  8. Memulakan langkah untuk terlibat dengan hartanah lelong. Sejak April aku macam penilai rumah. 18 April aku masuk dewan lelong dan tengok lelong dijalankan. Lelongan CIMB di Hotel Istana Kuala Lumpur ini agak sengit. Masing-masing macam pentingkan diri dan tidak mahu mengalah untuk dapatkan unit lelongan.Aku dan adik aku hanya tengok gelagat pembida-pembida dan kebanyakan selepas rumah lelong harga yang dibida menyamai harga sub-sale. Pada aku tidak berbaloi.
  9. Pertama kali aku mengendalikan aktiviti sukarelawan iaitu FOSE.
  10. Backpacker solo ke Perth selama 4 hari
  11. Sherly tiba-tiba datang ke meja aku nyanyikan "Happy Birthday" dan membawa  2 biji gula-gula. Pelik pula aku macam mana dia tahu tarikh lahir aku. Aku tak suka sangat orang tahu dan nak raikan ulang tahun ini. Rupa-rupanya semasa dia tengah tengok rekod pengurus, dia tengok IC aku. 
  12. Aku dapat pelanggan pertama  membeli 5 pek garam bukit dan 1 botol garam aromaterapi dari Pahang. Hari ini pertama kali aku akan pos guna perkhidmatan bas. Kosnya sebanyak RM15 untuk 30kg lebih. Murah sangat.
  13. Ogos 2015, pertama kali backpacker dengan rakan ofis iaitu Siti Mariam akaun serta seorang rakannya. Kami ke Jakarta dan Bandung.
  14. Pertama kali akan rafting bersama Rohaniah pada 23 Mei
  15. Akan ambil Advance Open Water Diver  
Macam misteri pula usia  40 ini. Macam-macam perkara baru dihadapi dan semoga bermulanya usia ini memberi kehidupan aku lebih baik, lebih cemerlang, kebahgiaan, keberkatan dan kekayaan di dunia  dan akhirat.

Istilah "Kehidupan sebenarnya bermula 40 tahun" pada aku sebenarnya bermula sejak 20 tahun yang lalu iaitu bagaimana kita merancang kehidupan kita. Gagal merancang kehidupan 10 atau 20 tahun lalu, kehidupan kita di usia 40 tahun akan jadi sukar.

Monday, 20 April 2015

FOSE Yang Pertama Untukku


Pelajar Universiti Malaya mengajar origami

Walaupun dah beberapa kali mengikuti FOSE pada 2 tahun yang lalu, ini merupakan program pertama yang aku uruskan. Segala-galanya berjalan dengan lancar dan berjaya diselesaikan. Segala masalah dan kekangan dihadapi dengan tenang.

Kekangan kewangan dan dapatkan dana merupakan antara yang paling mencabar dalam melaksanakan program ini. Aku dan adik aku, Shidah terpaksa menjual pakaian terpakai di pasar Semenyih. Ini merupakan pengalaman aku pertama menjadi penjual barangan terpakai. Rupa-rupanya menjual pakaian terpakai ini amat menguntungkan. Dengan hanya 2 jam iaitu dari pukul 8-10pagi kami boleh dapat jualan sebanyak RM145. Terasa seronok sangat dan rasa ingin menjual pakaian terpakai lagi kelak bagi menjayakan program-program lain.

Sukarelawan Yayasan Salam, Universiti Malaya dan UNIKL
Paling mengejutkan tentang penyertaan sukarelawan adalah tentang jumlah sukarelawan yang mendaftar adalah melebihi daripada apa yang dijangkakan. Jumlah yang mendaftar adalah 35 orang tetapi rupa-rupanya  45 orang. Wow... terkejut aku dibuatnya. Aku silap faham tentang pelajar UNIKL yang mendaftar dengan Nik. Aku sangka pelajar yang sama, namun sebaliknya. Pelajar dari universiti yang sama tetapi orang yang berlainan.
Nikmati bubur kacang jagung bersama roti

Agihan pakaian kanak-kanak dan wanita

Jumlah kanak-kanak Rohingya seramai 70 orang menyertai FOSE. Sambutan amat menggalakkan daripada mereka. Malah, seronok melihat aksi mereka. Aktiviti-aktiviti seperti mewarna, origami dan membaca dikelola oleh pelajar Universiti Malaya (UM) seramai 12 orang. Pelajar UM turut menyediakan muffin di SURI Salam untuk kanak-kanak Rohingya.



Rancangan aku untuk perah santan gagal. Kelapa di kedai mamak yang berdekatan rumah aku habis. Agak susah nak cari kedai jual kelapa parut. Alternatif lain, perlu beli santan segera di Mydin Mall sebanyak 2 kg.

 2 kilogram bubur kacang direndam lebih awal agar proses merebus lebih cepat pada Sabtu malam selepas hantar Afiq dan Akid ke Yayasan Salam. Pagi Ahad, Cik Umi rebus kacang hingga empuk. Oleh kerana tidak biasa memasak bubur dalam kuantiti yang banyak, aku tidak dapat agak berapa kg santan yang perlu dimasukkan. Sangkakan 2kg santan sudah cukup berdasarkan resepi yang aku tengok dalam internet. Akhirnya, santan di tambah lagi sebanyak 2 kg.

Sunday, 19 April 2015

Withdrawn vs Called Off

Pertama kali berada di acara lelong di Hotel Istana semalam yang diadakan oleh Ng Chan Mao dan Auction Property. Ketika ingin daftar membida unit, rupa-rupanya unit yang akan adik aku bida telah "called off". Banyak juga yang called off. Namun, ada juga yang "withdrawn".

Bila pertama kali datang ke tempat lelongan terpinga-pinga juga apa maksud withdrawn dan called off. Adik aku Sidah bertanya pada pensyarahnya apa bezanya.
Withdrawn bermaksud bank tarik balik. Manakala Called off bermaksud dibatalkan dengan arahan bank atau perintah mahkamah

Lelongan CIMB  ini agak sengit. Masing-masing macam pentingkan diri dan tidak mahu mengalah untuk dapatkan unit lelongan.Aku dan adik-adik aku hanya tengok gelagat pembida-pembida dan kebanyakan selepas rumah lelong harga yang dibida menyamai harga sub-sale atau harga pasaran. Pada aku tidak berbaloi dan lebih baik beli sub-sale. Kadang-kadang boleh minta pemilik unit beri diskaun dan kemungkinan harga sub-sale lebih murah daripada harga yang dibida.

Wednesday, 15 April 2015

Hang-Hang Haku-Haku

Sebelum pukul 8 aku tercegat di dalam Menara Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) untuk membuat carian unit yang akan dibida beberapa hari lagi. Mula-mula aku ke kaunter membuat bayaran bil cukai. Namun, aku disuruh ke tingkat 4 bahagian carian.

Semasa aku keluar dari kaunter bahagian pembayaran terserempak dengan jiran aku. Rupa-rupanya dia kerja di tingkat 4, bahagian carian. Terserempak dengan dia ketika hendak keluar rumah waktu pagi untuk ke pejabat. Sekadar menyapa "Hai" dan dia tegur "Kakak". Itu sahaja yang kami sempat bercakap. Walaupun selang sebuah rumah, kami memang tak sempat berbual dan jarang berjumpa serta jarang melepak di luar rumah. Malah, aku juga tak tahu apa nama dia.....gulrppppp....

Untuk carian unit rumah akan datang, ini adalah peluang terbaik untuk merapatkan hubungan jiran. Dia sudi menolong aku untuk membuat carian. Untuk membuat carian, MPKJ telah mengenakan bayaran RM20 untuk satu carian. Sebelum ini, carian PERCUMA.

Mulanya aku merancang membuat 2 carian tetapi bila dikenakan bayaran RM20 aku rasa lebih baik aku buat satu carian dulu. Yang lagi satu unit belum tahu tarikh bida. Carian ini sekejap sahaja, kuirang 2 minit sudah dapat tahu jumlah cukai yang tertunggak.

Jumlah tunggakan unit ini RM1741.70. Aku anggarkan selama 7 tahun tuan rumah ini tidak membayar cukai tafsiran. Bila aku jumlahkan cukai ini dan penyelenggaraan yang tertunggak, jumlahnya sudah mencecah RM8K.

Patutkah aku membida rumah ini????
 

Tuesday, 14 April 2015

System FACT Yang Memeningkan

Sehebat mana sistem aplikasi, tetap tidak sempurna. Di tambah pula dengan pengenalan GST, sistem FACT timbul pelbagai masalah. Masalah import data sale invois yang tiba-tiba tak auto kira service tax (invois bulan Mac) amat memeningkan kepala. 

Sebenarnya pening kepala melayan karenah manusia di ofis termasuk IT Support FACT dari India. Aku sangkakan IT Support serba tahu, rupa-rupanya user pula yang perlu guide. Email yang aku hantar dia kurang faham dan2 file invois dia tidak tengok. 

Nasib baik juga dia nak team viewer dengan aku pada hari ini. Lega tengok email Ankur Roy yang akan online pada 12.30 tengahari. Dia minta backup account di hantar padanya secara online www.hightail.com . Leceh juga hendak guna. Perlu daftar dulu. Nasib baik Yaqin ada, Yaqin tolong upload file account pada mereka

Syarat Membeli Rumah Kos Rendah di Pulau Pinang

Semalam adik aku menelefon pembida yang menang lelong sebuah rumah kos rendah. Kasihan dia, rupa-rupanya dia tidak layak membeli unit dari segi syarat kerajaan negeri Pulau Pinang. Rayuannya juga ditolak serta sanggup membayar secara tunai. 5% bank drafnya juga hangus

Antara syarat-syarat memiliki rumah kos rendah di negeri Pulau Pinang:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Bermastautin  serta daftar mengundi di Pulau Pinang
  4. Pendapatan isi rumah kurang RM2,500 untuk rumah kos rendah dan RM3500 untuk kos sederhana
  5. Tidak pernah memiliki rumah (Rumah yang pernah dijual dikira tidak layak)
Pembida itu juga menasihatkan agar bank draf adalah bukan bank draf dari Islamik bank. 

Wednesday, 8 April 2015

You Evaluator Ke?

Waktu rehat terkejar-kejar keluar dari ofis untuk ke lokasi yang ingin dituju. Lebih kurang setengah jam sampai ke sana. Tengok dari luar dan kawasan lokasi agak strategik dengan kemudahan MRT yang akan siap tak lama lagi. Dekat pula dengan pusat membeli-belah serta kolej.

Semasa nak naik lif, jumpa seorang agen hartanah yang telah berpengalaman selama 20 tahun. Dia menegur aku dan sangkakan aku seorang jurunilai rumah. Aku mengiyakan dan dia terus meneka aku penilaian yang masih baru. Hahaha... aku jadi evaluator tak bertauliah pula hari ini

Tujuan kami sama, tinjau unit yang sama. Dia beritahu pada aku, unit flat ini hanya pembeli yang berpendapatan RM1500 yang layak membeli.

Masuk dalam lif, banyak tingkat lif yang rosak. Kami terpaksa ke tingkat 16. Kemudian, turun dengan tangga. Unit ini dekat dengan lif dan macam berpenghuni.Depan pintu dicelah gril terselit bil lektrik sebanyak RM13.70.

Agen hartanah itu ambil gambar kiri kanan rumah dan depan pintu. Aku dah tawar hati nak ambil gambar tetapi aku ambil juga. Sepanjang kami turun tangga kami cuba hendak guna lif tetapi gagal. Setiap tingkat lif tidak berfungsi dan di depan lif ada sampah yang bertimbun. Dia tanya aku, what you expect dengan rumah macam ini? Sudah tentu aku tak sanggup nak membida unit ini.

Sampai tingkat bawah, aku termuntah. Tak tahan dengan bau busuk di kawasan persekitarannya. Aku dah tak sanggup nak ke pejabat penyelenggaraan walaupun agen hartanah mengajak aku ke pejabat penyelenggaraan.

Monday, 6 April 2015

Pertama Kali Kaji Selidik Rumah Lelong

Semalam 3 buah rumah yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal sempat aku dan adik aku menjalankan kaji selidik. Mula-mula pergi naik kereta sebab jarak tempat charity sale tak jauh dengan rumah yang aku target. Lupa nak tengok bahagian belakang rumah. Kena pergi lagi untuk selesaikan tugas.
Kali ini naik motosikal untuk memudahkan pergerakan. Pemilik ketiga-tiganya rumah adalah India.

Rumah pertama sudah tidak berpenghuni dan sudah lama ditinggalkan berdasarkan rantai besi dan mangga yang mengunci pintu pagar yang sudah berkarat teruk.
Di luar ada kusyen buruk dan di dalamnya nampak almari. Pintu pun terbuka dan tidak pasti kerosakannya.
Takut pula nak panjat pagar. Rumah sendiri berani je panjat pagar.

Bila lihat depan rumah, tak perasan pun rumah itu rumah India sebab tiada gambar atau patung di gantung atas pintu. Namun, bila ditinjau di bahagian belakang rumah teres ini, ada cermin digantung atas pintu. Ini mengesahkan aku rumah ini dimiliki oleh India.

Mengikut andaian aku berdasarkan kondisi luar rumah ini, jumlah kerosakan rumah amat tinggi.Nilai bidaan tak boleh tinggi.

Rumah kedua dan ketiga ada penghuni India. Senang sahaja untuk mengecam rumah India iaitu lihat patung di atas pintu rumah.

Semasa meninjai di kawasan rumah kedua ini, terdapat banyak rumah yang ditinggalkan dan jadi hutan. Rumah kedua adalah rumah teres 2 tingkat. Ada sedikit renovation di bahagian depan rumah sebagai tempat isi barang. Hanya sekadar ambil gambar dan terus berlalu. Keputusan ke atas rumah ini adalah tidak mahu membida unit ini. Kami cuba mengelak rumah teres yang berpenghuni dan keadaan rumah-rumah sekitar yang ditinggalkan. Adakah ada sesuatu disebaliknya????

Rumah terakhir adalah apartment 5 tingkat yang tiada lif. 24 jam dikawal oleh pengawal.Komuniti ramai golongan Cina. Kebetulan semasa sampai, jiran India itu hendak keluar, sempat berborak-borak. Akhirnya, aku ambil keputusan untuk membida rumah ini kelak walaupun rumah ini berpenghuni.

Tugas seterusnya pada hari dan waktu bekerja, aku perlu ke pejabat penyelenggaraan apartment ini untuk mengetahui jumlah hutang tertunggak penyelenggaraan dan lain-lain bayaran tunggakan.

Sunday, 5 April 2015

Charity Sale Pakaian Terpakai di Pekan Semenyih




Pengalaman menjual pakaian terpakai wanita dan lelaki bersama adik aku Shidah amat menyeronokkan. Hasil jualan ini untuk menjayakan program "Food Service and Education Street"(FOSE) untuk kanak-kanak Rohingya pada 19 April 2015 di Pasar Borong Selayang.

Seawal pukul 7.30 pagi kami tiba di pasar hari pekan Semenyih. Kami bertanya dengan peniaga pakaian di pasar tersebut bagaimana untuk dapatkan tapak. Peniaga tersebut menyuruh kami berjumpa dengan RELA yang bertugas di situ atau berjumpa dengan ketua pasar.

Lebih kurang pukul 8pagi, barulah kami dapat tapak dan berkongsi dengan penjual air MILO. Sewa tapak murah sahaja iaitu RM1 atau RM5. Kami hanya perlu membayar RM1 sahaja sebab kami buat projek amal.

Alhamdulillah, walaupun 2 jam kami berniaga, hasilnya agak membanggakan. Kami bernasib baik juga mendapat jiran penjual air MILO yang baik hati.Beliau meminjamkan payungnya pada kami untuk berlindung di bawah cahaya matahari yang panas.

Maklumat lanjut tentang FOSE
http://juraidajohari.blogspot.com/2015/03/recce-kanak-kanak-rohingya-di-pasar.html

Wednesday, 1 April 2015

GST Bukan April Fool

Hari ini 1 April 2015, hari penuh sejarah di kalangam rakyat Malaysia. Sambutan bermulanya GST diperkenalkan di Malaysia.
Demam GST menyebabkan ramai orang berpusu-pusu membeli barang keperluan di pasaraya pada akhir bulan Mac 2015.

Dari segi kehidupan aku sebagai programmer, kerana GST aku bina semula sistem invois yang lama. Memperbaiki apa yang kurang. Sistem yang aku buat ini auto ikut format invois bila invois itu servis bulan April. Pengguna sistem tidak perlu risau jika mereka masih ingin print format invois lama selagi tarikh invois sebelum April 2015.

Bila aku guna Delphi 2010 yang agak berbeza dengan Delphi 7 serta layout pun aku ubah untuk lebih nampak lebih user friendly dan mudah. Perubahan yang aku buat kadang-kadang agak susah untuk diterima oleh pengguna yang rasa lebih suka dengan layout lama. Situasi ini aku sudah biasa alami, aku biarkan saje. Biar mereka guna juga sistem baru. Sementara nak biasa macam-macam rungutan.....

Langkah Permulaan Daftar Diri di Laman Web Lelong Percuma

Semalam aku daftar http://www.auctionmart.my/cpm/ . Ini sebagai langkah pertama aku untuk terlibat dalam lelong hartanah. Daftar dalam laman web ini percuma sahaja. Ada juga  laman web yang berbayar. Untuk permulaan ini biarlah dimulakan dengan yang percuma.

Pertama kali adik aku masuk lelong pada 14 Mac 2015 di Penang, dah macam ketagih nak masuk lelong lagi walaupun tak menang nak beli rumah yang kami rancang beli. Aku juga terlebih excited juga. Seronok dengar adik aku bercerita.

Harga rezab rumah yang ingin dibeli pada hari itu adalah 50K dan pembida yang menang 61K. Hanya 3 orang sahaja pembida termasuk adik aku. Adik aku target maksimum 60K sahaja dan agennya juga nasihat macam itu juga.

Apa yang adik pelajari semasa dalam sessi lelongan tersebut agar berjaya dalam lelong, kita perlu target lebih daripada satu unit rumah / komersial lot. Sekurang-kurangnya kita boleh menang 1 unit daripada beberapa lot yang dilepaskan.