Wednesday, 22 April 2015

Misteri Ulang Tahun 40

Semalam genab usiaku 40 tahun. Tahun ini tahun yang banyak memberi pengalaman baru dalam hidupku.
  1. Jan 2015 pertama kali aku mengerjakan umrah bersama mak ayah dan adikku Shidah. Segala kos dibiayai aku. Rasa seronok dapat memenuhi impian mereka
  2. Membiayai kos guaman ayahku atas tuntutan gantirugi sebanyak RM300k oleh Abundant Crops Sdn Bhd setelah syarikat ini menang dalam tuntutan tanah kelapa sawit yang telah ayah aku usahakan lebih 20 tahun yang lalu.
  3. Pertama kali berurusan dengan peguam Shukur yang hebat bagi mengendalikan kes ayah aku. Selama ini aku memang ambil tak kisah tentang tanah ayah aku. Setelah ayah aku kalah kesnya, aku perlu berusaha untuk menolong ayahku. 
  4. Aku terpaksa meluah ketidakpuasan dengan sikap ayahku yang ego. Kami adik beradik terpaksa akur apa yang dia cakap. Semua dia cakap, dia anggap betul.Tak boleh bangkang dan kami dianggap derhaka.
  5. Mengenali jutawan yang hebat, mulia dan baik hati iaitu Datuk Abdul Rahman dan Datin Faridah serta anak tunggal mereka Shasha. Kenali  mereka semasa sama-sama  mengerjakan umrah.Mereka boleh dianggap mentor. Banyak nasihat yang mereka berikan untuk menjadi jutawan dan mendapat rezeki yang diberkati. Shasha yang masih muda, berusia 29 tahun kini mengendalikan Gloria Coffee dan Chemistry Lab Cafe di Shah Alam serta akan buka Chemistry Lab Cafe Mei tahun ini.
  6. Rumahku Apartment Pantai Dalam dapat strata.Tahun ini aku uruskan urusan bagi dapatkan geran strata
  7. Aku belajar Dephi XE7 untuk membuat aplikasi telefon. Untuk uji sistem mobil, 2 hari lepas bos beri handphone Samsung
  8. Memulakan langkah untuk terlibat dengan hartanah lelong. Sejak April aku macam penilai rumah. 18 April aku masuk dewan lelong dan tengok lelong dijalankan. Lelongan CIMB di Hotel Istana Kuala Lumpur ini agak sengit. Masing-masing macam pentingkan diri dan tidak mahu mengalah untuk dapatkan unit lelongan.Aku dan adik aku hanya tengok gelagat pembida-pembida dan kebanyakan selepas rumah lelong harga yang dibida menyamai harga sub-sale. Pada aku tidak berbaloi.
  9. Pertama kali aku mengendalikan aktiviti sukarelawan iaitu FOSE.
  10. Backpacker solo ke Perth selama 4 hari
  11. Sherly tiba-tiba datang ke meja aku nyanyikan "Happy Birthday" dan membawa  2 biji gula-gula. Pelik pula aku macam mana dia tahu tarikh lahir aku. Aku tak suka sangat orang tahu dan nak raikan ulang tahun ini. Rupa-rupanya semasa dia tengah tengok rekod pengurus, dia tengok IC aku. 
  12. Aku dapat pelanggan pertama  membeli 5 pek garam bukit dan 1 botol garam aromaterapi dari Pahang. Hari ini pertama kali aku akan pos guna perkhidmatan bas. Kosnya sebanyak RM15 untuk 30kg lebih. Murah sangat.
  13. Ogos 2015, pertama kali backpacker dengan rakan ofis iaitu Siti Mariam akaun serta seorang rakannya. Kami ke Jakarta dan Bandung.
  14. Pertama kali akan rafting bersama Rohaniah pada 23 Mei
  15. Akan ambil Advance Open Water Diver  
Macam misteri pula usia  40 ini. Macam-macam perkara baru dihadapi dan semoga bermulanya usia ini memberi kehidupan aku lebih baik, lebih cemerlang, kebahgiaan, keberkatan dan kekayaan di dunia  dan akhirat.

Istilah "Kehidupan sebenarnya bermula 40 tahun" pada aku sebenarnya bermula sejak 20 tahun yang lalu iaitu bagaimana kita merancang kehidupan kita. Gagal merancang kehidupan 10 atau 20 tahun lalu, kehidupan kita di usia 40 tahun akan jadi sukar.

No comments:

Post a Comment