Pelajar Universiti Malaya mengajar origami |
Walaupun dah beberapa kali mengikuti FOSE pada 2 tahun yang lalu, ini merupakan program pertama yang aku uruskan. Segala-galanya berjalan dengan lancar dan berjaya diselesaikan. Segala masalah dan kekangan dihadapi dengan tenang.
Kekangan kewangan dan dapatkan dana merupakan antara yang paling mencabar dalam melaksanakan program ini. Aku dan adik aku, Shidah terpaksa menjual pakaian terpakai di pasar Semenyih. Ini merupakan pengalaman aku pertama menjadi penjual barangan terpakai. Rupa-rupanya menjual pakaian terpakai ini amat menguntungkan. Dengan hanya 2 jam iaitu dari pukul 8-10pagi kami boleh dapat jualan sebanyak RM145. Terasa seronok sangat dan rasa ingin menjual pakaian terpakai lagi kelak bagi menjayakan program-program lain.
Sukarelawan Yayasan Salam, Universiti Malaya dan UNIKL |
Nikmati bubur kacang jagung bersama roti |
Agihan pakaian kanak-kanak dan wanita |
Jumlah kanak-kanak Rohingya seramai 70 orang menyertai FOSE. Sambutan amat menggalakkan daripada mereka. Malah, seronok melihat aksi mereka. Aktiviti-aktiviti seperti mewarna, origami dan membaca dikelola oleh pelajar Universiti Malaya (UM) seramai 12 orang. Pelajar UM turut menyediakan muffin di SURI Salam untuk kanak-kanak Rohingya.
Rancangan aku untuk perah santan gagal. Kelapa di kedai mamak yang berdekatan rumah aku habis. Agak susah nak cari kedai jual kelapa parut. Alternatif lain, perlu beli santan segera di Mydin Mall sebanyak 2 kg.
2 kilogram bubur kacang direndam lebih awal agar proses merebus lebih cepat pada Sabtu malam selepas hantar Afiq dan Akid ke Yayasan Salam. Pagi Ahad, Cik Umi rebus kacang hingga empuk. Oleh kerana tidak biasa memasak bubur dalam kuantiti yang banyak, aku tidak dapat agak berapa kg santan yang perlu dimasukkan. Sangkakan 2kg santan sudah cukup berdasarkan resepi yang aku tengok dalam internet. Akhirnya, santan di tambah lagi sebanyak 2 kg.
No comments:
Post a Comment