Sunday, 5 April 2015

Charity Sale Pakaian Terpakai di Pekan Semenyih




Pengalaman menjual pakaian terpakai wanita dan lelaki bersama adik aku Shidah amat menyeronokkan. Hasil jualan ini untuk menjayakan program "Food Service and Education Street"(FOSE) untuk kanak-kanak Rohingya pada 19 April 2015 di Pasar Borong Selayang.

Seawal pukul 7.30 pagi kami tiba di pasar hari pekan Semenyih. Kami bertanya dengan peniaga pakaian di pasar tersebut bagaimana untuk dapatkan tapak. Peniaga tersebut menyuruh kami berjumpa dengan RELA yang bertugas di situ atau berjumpa dengan ketua pasar.

Lebih kurang pukul 8pagi, barulah kami dapat tapak dan berkongsi dengan penjual air MILO. Sewa tapak murah sahaja iaitu RM1 atau RM5. Kami hanya perlu membayar RM1 sahaja sebab kami buat projek amal.

Alhamdulillah, walaupun 2 jam kami berniaga, hasilnya agak membanggakan. Kami bernasib baik juga mendapat jiran penjual air MILO yang baik hati.Beliau meminjamkan payungnya pada kami untuk berlindung di bawah cahaya matahari yang panas.

Maklumat lanjut tentang FOSE
http://juraidajohari.blogspot.com/2015/03/recce-kanak-kanak-rohingya-di-pasar.html

No comments:

Post a Comment