Brownies yang moist |
Mood buat brownies kembali....
Semalam buat brownies lagi ikut resepi lain pula.
Seronok rakan-rakan adik aku di UIA bila dapat makan brownies.
Brownies ini mereka kata sedap dan moist. Selalu mereka nikmati brownies yang keras.
Aku jemput Hikmah malam ini untuk jadi juri . Komennya sama macam kawan adik aku yang mana lembut dan sedap. Hikmah bawa bekal untuk emaknya di rumah.
Aku masukkan bahan-bahan yang biasa aku buat brownies.
Gula perang digantikan dengan gula halus dan kurangkan kuantitinya untuk kurangkan rasa manis.
Serbuk koko tak dimasukkan sebab tidak mahu rasa lebih muak coklat lagi.
Untuk sedapkan lagi brownies, aku gantikan coklat masakan dengan coklat kompaun.
Coklat emulco lupa pula nak masukkan....
CARA MEMBUAT
250 gm mentega ~ potong kecil
400 gm coklat hitam kompaun
Cairkan butter dan coklat masakan dengan kaedah double boiler.
Boleh juga dicairkan dalam microwave anggaran masa 30 saat, kemudian keluarkan dan kacau hingga adunan cair dan licin.
Biarkan ia sejuk sebentar
90 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
100 gm kekacang ~ di panggang dahulu
Ayak tepung bersama serbuk koko.
Kacang di panggang dahulu. Kalau masukkan dalam oven bakar pada suhu 170 selama 15~20 minit
Kemudian campurkan kekacang dalam adunan tepung dan koko yang telah di ayak.
5 biji telur ~ saiz A
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar coklat emulco
150 gm gula halus
Panaskan oven pada suhu 160 C.
Sediakan loyang bersaiz 9X12 inc.
Sapukan loyang dengan sedikit butter.
Alas dasar loyang dengan kertas minyak.
Dalam bekas, pukul telur, esen vanilla, coklat emulco dan gula dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
Kemudian tuangkan adunan coklat dan butter kedalam adunan telur tadi.
Kacau rata.
Dengan kadar segera tuangkan adunan tepung ke dalam adunan.
Kacau adunan dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik dengan cepat.
* proses ini hendaklah dilakukan dengan cepat kerana adunan coklat yang bercampur dengan adunan telur cepat likat dan akan menyukarkan proses untuk meratakan tepung.
* Jangan terlebih pukul adunan, cukup sekadar ia rata dan bersatu.
Tuangkan adunan ke dalam loyang.
Ratakan.
* Boleh corakkan sikit atasnya dengan coklat putih
Bakar adunan pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Setelah masak keluarkan dari oven. Rehatkan atau biarkan ia sejuk anggaran 10 minit.
Potonglah brownies kepada kepingan.
* Permukaan brownies akan mengeras bila ia sejuk, oleh itu di nasihatkan untuk memotong brownies dengan segera.
Sumber: http://juanadiah.blogspot.com/2014/07/resepi-chewey-gooey-yummy-brownies.html