Thursday, 19 March 2015

Kembara Seorang Diri Kerana Ketagih Backpacker Kosmo 19 Mac 2015

Rohaniah, Hikmah dan aku dalam Kosmo 19 Mac 2015
Berita tentang kawanku Rohaniah masuk Kosmo pula pada hari ini. Berseri-seri muka aku. Seronok bila terpampang lagi muka selepas Metro dan Bernama turut siarkan tentang kisah backpacker Rohaniah ini. Kisah ini turut tempias aku dan Hikmah juga. Whatapps dan facebook jadi viral hari ni ....lalalala

Kisah kami bertiga ketika pengembaraan di China. Kisah aksi Hikmah tunjuk gaya mencangkung di Gunung Huashan bila WC tidak difahami.

Manakala kisah kami bertiga yang di peras ugut oleh 3 orang pemeras ugut juga dikisahkan. Sekiranya anda diperas ugut di China, anda kena ugut mereka untuk laporkan ke polis. Orang China amat takut dengan polis kerana hukuman ke atas mereka 2 kali ganda berat jika melakukan kesalahan pada orang luar.

Kisah kena peras ugut ini masih segar dalam ingatan aku. Selepas pusing-pusing dan  berseronok di Hutong dengan berbasikal selama 3 jam dan sempat juga pergi Bell and DrumTower tengok pertunjukan orang main drum. Naik basikal amat seronok dengan cuaca sejuk dan persekiraran yang bersih juga nikmati musim bunga.

Setelah pulangkan basikal dan dapatkan kembali passport dari tuan kedai, kami minta tuan kedai wanita yang cantik tulis dalam bahasa Mandarin alamat hotel Three Frog Leg agar mudah kami minta teksi bawa kami ke hotel. Semasa hendak mencari teksi bermeter, kami di sapa oleh kumpulan motor beroda (di Malaysia macam kenderaan orang cacat) dan menawarkan 10yuan untuk 3 orang ke hotel kami. Hmmm... murah tu... Kami pun bersetuju.

Seronoknya naik motor dan dengan megahnya dalam hati rasa jika ikut agen pelancong tak rasa pengalaman macam ini. Setiap orang naik 1 motor.Sepanjang perjalanan dalam hatiku, ini tempat-tempat yang telah kami pusing sekitar Hutong tadi, jalan short cut agaknya. Sampai di satu lorong yang sunyi.... tiba-tiba pemandu-pemandu berhenti dan suruh turun serta paksa bayar 300 yuan. Mulanya aku enggan bayar , aku cuba lari. Tapi dihalang. Aku nampak Hikmah dah berjaya lepaskan diri dan Hikmah suruh aku bayar sahaja. Fikiran mula kacau dan takut. Akhirnya melayang dari poketku 300yuan. Hikmah hanya bayar 150yuan sahaja.


Kini hanya tinggal Rohaniah sahaja masih berdegil untuk tidak mahu beri wang mereka minta.
Aku dah tak tahu macam mana cara untuk Rohaniah lepaskan diri. Pada masa itu aku hampir hendak mengeluarkan 300yuan pula agar pemeras ugut lepaskan Rohaniah.  Tiba-tiba Allah bagi ilham untuk aku ugut mereka "I call police". Terus mereka lepaskan Rohaniah dan lari...

Semasa kejadian ugut tersebut, ada beberapa China berada tidak jauh dari lorong hanya pandang sahaja apa yang berlaku pada kami... Sedihkan...tak ada pun orang nak tolong kami.

Aku masih ingat Rohaniah marahkan aku kerana beri wang sebanyak itu. Aku takut sangatttt dan terasa kecut perut. Kami bergegas keluar dari Hutong yang sunyi itu dan ketika itu sudah hampir senja. Sejak peristiwa peras ugut, pengangkutan utama dari satu destinasi ke destinasi hanyalah LRT.

No comments:

Post a Comment