Saturday, 28 March 2015

ETA Cara Memohon Visa ke Australia

Electronic Travel Authority (ETA) memudahkan pelawat yang ingin ke Autralia membuat visa secara online tanpa pergi ke pejabat kedutaan.

Dalam masa 10 minit permohonan visa diluluskan. Sebelum memohon visa, pastikan passport belum tamat tempoh dan melebihi 6 bulan tamat tempoh. Maklumat passport juga mesti sama ketika memohon visa.

Kos memohon visa adalah AUD20 sahaja. Pastikan mempunyai kredit kad atau debit kad.

Untuk menjimat membayar kos visa atau membuat tukaran wang asing, aku akan melihat graf atau menganalisis kadar tukaran wang asing. Tunggu masa yang sesuai agar kita tidak rugi membayar lebih.

Ini laman web themoneyconverter.com yang selalu aku lawat.



No comments:

Post a Comment