![]() |
Nenek Shamsiah yang berusia 97 tahun dan keadaan dalam dan luar rumahnya |
My Ole Ole Yayasan Salam hari ini mengagihkan barang-barang yang dikumpulkan semasa program My Ole Ole di Giant Kota Damansara di luar kawasan Kuala Lumpur / Selangor pula. Kali ini kawasan yang dipilih adalah daerah Sungkai. 20 penerima barang agihan ini terdiri daripada penduduk Kg Guntong, Kg Perlok Baru dan Kg Perlok Lama.
![]() |
Punca hasil barang Giant Kota Damansara yang didermakan |
Kriteria penerima my ole ole terdiri daripada warga emas, alami penyakit kronik dan balu yang berpendapatan rendah. Sumber pendapatan penduduk di kawasan ini kebanyakannya adalah sebagai penoreh getah.
Antara yang menarik di kampung ini adalah terdapat rumah-rumah traditional melayu yang cantik. Malah, alanglah seronok jika ketika ini musim buah tengah masak dan gugur. Tak dapatlah kami nikmati durian yang baru gugur kerana pokok durian tengah berbunga lebat.
Sepanjang bertemu dengan warga-warga emas di kampung ini, majoriti daripada mereka tidak memohon bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat serta tidak follow up permohonan mereka. Malah, mereka juga tidak tahu tentang penjaga penyakit kronik juga berhak untuk memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
No comments:
Post a Comment