Sunday, 20 June 2021

Resepi Pai Coklat Tanpa Bakar



Oreo ni aku beli nak buat biskut oreo tapi biskut oreo yang aku buat tak sedap. Masih banyak berbaki. Akhirnya, oreo ini dapat digunakan juga untuk buat pai coklat. Loyang tat pula sudah lama beli tapi tak pernah digunakan. Yeahhhh... segala-galanya dapat dimanfaatkan.
Loyang  tat 10 inci. Boleh pakai loyang biasa juga

Untuk Base –
  • 350 gram digestive biscuits (aku guna pakai oreo)
  • 140 gram butter - cairkan
Untuk Chocolate Filling –
  • 180 gram dairy whipping cream
  • 300 gram dark chocolate compound. 
Untuk Topping –
  • 120 gram dairy whipping cream
  • 120 gram dark chocolate compound
  • 1 sudu kecil butter

Cara Membuat:
1. Base; Hancurkan biskut dan gaulkan bersama butter. Kemudian mampatkan dalam loyang. Ratakan sampai ke tepi loyang. Mampatkan betul-betul. Setkan dalam peti selama 30 minit.

2. Chocolate filling;  Double boil sampai semua bahan sebati. Kemudian suamkan dalam 10 minit. Tuangkan ke atas base yang disejukkan tadi. Setkan lagi selama 30 minit dalam peti sejuk

3. Topping; Double boil kesemua bahan, kacau sampai sebati dan tiada ketul-ketul. Bila dah siap kasi dia suam dulu dalam 10 minit then baru tuang ke atas lapisan tadi. Setkan semalaman dan dah boleh makan. Makan petang-petang sambil hirup secawan coffee. 

Petua Cegah Covic-19 dan Pengambilan Makanan

 "Mencegah itu Lebih Baik Daripada Mengubati"

Pastikan badan kita imunisasi tinggi untuk melawan penyakit covic-19. Pelbagai kaedah yang boleh kita lakukan mengikut kemampuan kita. SOP mesti kita patuhi dari segi memakai mask dan penjarakkan sosial. 

Aku juga turut mula memakai niqab . Berdasarkan pengalaman ketika menunaikan umrah di Mekah, selepas kami (mak, adik dan aku) memakai niqab  tidak lagi alami sakit tekak atau batuk. Pada masa itu terfikir kenapa wanita Arab tutup muka. Habuk halus tak nampak pun berterbangan. Habuk itu seolah-olah sekecil zarah tak nampak pada mata kasar.

Beberapa langkah dan pengambilan makanan untuk mengatasi:

  • Ambil vitamin C. Pastikan 1000mg sehari. Jika dah kena, ambil lebih 1000mg sepanjang tempoh positif
  • Ambil makanan yang panas seperti halia atau habbatussauda. Halia boleh buat air. Makan Habbatussauda cukup 3-7 biji sahaja. Lebih nanti panas hingga ke kepala.
  • Kerap Minum air yang dimasak, pastikan mendidih pada suhu 100°C.
  • Minum air sejuk di dalam ketul ais letak secubit garam atau habbatul sauda.
  • Wapkan muka dengan air  panas yang meruap. Boleh juga masukkan beberapa biji cengkih. Garam bukit pun boleh masukkan juga
  • Sapu alkohol di luar facemask pakai buang
  • Sapu pati gaharu kemboja tepi lubang hidung,



Hadis berkaitan Habbatussauda atau jintan hitam’ yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.A,

إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ

Maksudnya: Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: “Kematian”. [Riwayat al-Bukhari (5687)]


Manakala Hadith Sahih Bukhari dan Muslim tentang kegunaan kayu gaharu dalam merawat radang paru-paru. Malah pati gaharu boleh menyekat covic masuk ke dalam lubang hidung lagi dengan melemahkannya dengan mencairkan RNAnya.

عن أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ، قَالَتْ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، يَقُولُ: عَلَيْكمْ بِهذا الْعُودِ الْهِنْدِيِّ فَإِنَّ فِيهِ سَبْعَةَ أَشْفِيَةٍ، يُسْتَعَطُ بِهِ مِنَ الْعُذْرَةِ، وَيُلَدُّ بِهِ مِنْ ذَاتِ الْجَنْبِ. (أخرجه البخاري ومسلم وغيرهما، وفي رواية: بالقسط، وهو العود الذى يتبخر به)
Daripada Ummu Qais bint Mihsan RadiyaLlahu 'anha katanya: Aku dengar Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda: “Hendaklah kalian menggunakan oud hindi (gaharu) ini. Sesungguhnya terdapat padanya 7 penawar, ia boleh digunakan untuk merawat masalah kahak dan ditelan untuk sakit radang paru-paru”. (HR al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Dalam riwayat lain: al-qust, seerti dengan oud)

Nak dapatkan Pati Gaharu?
Klik di SINI

Saturday, 19 June 2021

Covic-19 Varian Delta, Echo

VARIAN DELTA, ECHO

Manusia jahat melalui ilmu akalnya menggunakan jari-jemarinya boleh mencipta virus covic dari varian biasa-biasa ke virus yang lebih canggih dan merbahaya.

Varian Delta dikatakan berpunca dari India boleh airbone dan penyebarannya lebih cepat.
Varian Echo boleh diving dalam minuman manusia bila sudah cukup matang proses mutasinya.
Suntikan 2 vaksin sebelum ini tidak mencukupi untuk melawan varian ini. Kita memerlukan suntikan vaksin ke 3.
Ahli sains di Eropah sedang mengkaji ingridient vaksin terbaik untuk menghadapi virus Echo dengan suntikan ke 3.
Cara pencegahan terbaik:
1. Minum air yang dimasak, pastikan mendidih pada suhu 100°C.
2. Minum air sejuk di dalam ketul ais letak secubit garam atau habbatul sauda.
3. Gaharu. Hadith Sahih Bukhari dan Muslim ada cerita tentang kegunaan kayu gaharu dalam merawat radang paru-paru. Malah pati gaharu boleh menyekat covic masuk ke dalam lubang hidung lagi dengan melemahkannya dengan mencairkan RNAnya.

عن أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ، قَالَتْ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، يَقُولُ: عَلَيْكمْ بِهذا الْعُودِ الْهِنْدِيِّ فَإِنَّ فِيهِ سَبْعَةَ أَشْفِيَةٍ، يُسْتَعَطُ بِهِ مِنَ الْعُذْرَةِ، وَيُلَدُّ بِهِ مِنْ ذَاتِ الْجَنْبِ. (أخرجه البخاري ومسلم وغيرهما، وفي رواية: بالقسط، وهو العود الذى يتبخر به)
Daripada Ummu Qais bint Mihsan RadiyaLlahu 'anha katanya: Aku dengar Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda: “Hendaklah kalian menggunakan oud hindi (gaharu) ini. Sesungguhnya terdapat padanya 7 penawar, ia boleh digunakan untuk merawat masalah kahak dan ditelan untuk sakit radang paru-paru”. (HR al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Dalam riwayat lain: al-qust, seerti dengan oud)

Nak dapatkan Pati Gaharu?
Klik di SINI



Resepi Cream Puff Inti Kastad Whipping Cream

 
Bermacam saiz dibuatnya. Belum pandai nak paip. Lantaklah asalkan masuk mulut dan kenyang. Buat masa ini sesiapa yang nak tempah terpaksa angkat 10 jari.Rasanya tak sanggup nak ambil tempahan. Cukuplah untuk makan sendiri sahaja. 
Leceh nak buat ini. Banyak sangat proses. Dah siap cream kulit, kena buat inti pula dan lepas itu nak paip lagi. Aku ini jenis yang nak cepat asalkan sedap.
Sebelum nak buat kulit creampuff, sediakan inti dahulu. Esoknya dah boleh buat kulit. Aku buat hari yang sama. Sejuk je buat proses yang seterusnya pula. 


KULIT CREAMPUFF / CREAMHORN
Bahan-bahan:
  • 300gm air
  • 100 gm majerin / butter
  • 150 gm tepung gandum (aku guna tepung bluekey kotak oren. Ada gambar creampuff)
  • 5 biji telur C
  1. Didihkan air dan majerin. Dah gelegak, perlahankan api.. masuk tepung kacau hingga jadi bentuk bebola dan  tak melekat pada periuk/kuali.
  2. Tutup api biarkan sejuk dalam setengah jam. Masuk telur dan putar guna mixer sampai berkilat. Adunan tak terlalu cair dan tak terlalu kental.
  3. Paipkan atas dulang yg telah digriskan. Bakar suhu 200-230c atau  oven masing-masing selama 25 minit atau buih-buih pada creampuff tak lagi kelihatan. ( TEKNIK NI PENTING SUPAYA CREAMPUFF TAK KEMPIS SETELAH DIKELUARKAN DARI OVEN)
INTI AISKRIM
  • 400 gm susu full krim
  • 100 gm gula
  • 50 gm tepung kastad
  • 2 biji telur C
  • 300 gm non dairy whipping krim – putar hingga sederhana kental/medium peak
  1. Didihkan SUSU atas api sederhana kuat. Dalam bekas lain, satukan TEPUNG dan GULA. Gaul rata guna whisk. Masukkan TELUR. Gaul sebati.
  2. Ambil 5 senduk susu yang sedang didihkan atas api, masukkan ke dalam adunan telur dan tepung. Gaul rata.
  3. Setelah susu mendidih kecil dan keluarkan wap, masukkan adunan telur,tepung dan susu tadi. Sentiasa kacau hingga jadi kental dan berkilat. PART NI PALING TRICKY. MESTI kacau sentiasa utk elak kastad jadi hangus dan berketul2. Dah siap tutup api.
  4. Terus ambil plastik wrap dan letakkkan atas permukaan kastad. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian masuk peti sejuk biasa. BUKAN SEJUK BEKU. Sejukkan semalaman
  5. Pagi esoknya dah boleh keluarkan dari peti. Pukul guna mixer utk haluskan kastad. Kemudian campurkan bersama whipping krim yg telah dipukul SEDERHANA KENTAL.
  6. Mix kan kastad dan non dairy whipping krim hingga BETUL2 KENTAL (STIFF PEAK) dan masukkan ke dalam piping bag. Simpan dalam peti 2,3 jam dan siap utk digunakan. Isikan kedalam kulit creampuff dan taburkan ising sugar. 

Friday, 11 June 2021

DevExpress TcxGrid Properties Setting

 TcxGrid dalam komponen DevExpress  adalah komponen grid yang aku suka gunakan dari segi sorting data atau filter data.  Dengan hanya klik header column, data jadi auto sort ascending descending. 

Untuk filter juga mudah. Drag sahaja header mana-mana column grid ke atas header. 

Namun begitu banyak setting yang perlu dilakukan untuk dapatkan fungsi-fungsi yang menarik. 

Gambar 1 : TcxGrid


 Ini antara asas setting properties yang mana perlu klik butang cxGrid1DBTableView1 seperti di bawah: 

Gambar 2: customize tcxgrid


1. Setkan Datasource perlu klik DataController. 

2. Filter Row,  pilih Visible = True

3. Navigator,  pilih Visible = True

   



4. Footer,  pilih Visible = True. 

Footer ini perlu set TRUE sekiranya kita nak buat summary  jumlah  di bahagian bawah grid. Pastikan grid dimasukkan datasource dahulu. Kalau tak masukkan, tak boleh nak pilih field.

  • Double klik gambar 2 di atas. Keluarlah gambar di bawah ni. 
  • Klik tab summary.
  • Klik button Add untuk dapatkan item. Nak banyak item, tekan sahaja butang Add beberapa kali
  • Nak setting item tersebut, pilih item dan isi maklumat di dalam properties

       

Di dalam Kind ada bermacam pilihan: skSum, skAverange, skMax, skMin, skNone. Kerap digunakan adalah skSum untuk mudah tengok jumlah data. 



5. GroupByBox,  pilih Visible = True

6. Indicatorr,  pilih Visible = True











UniGUI TUniDBGrid Color Cell Column or Row

Contoh nak kasi warna data dalam grid UniGUI. Sedap mata memandang. 

Bila angka pula bermacam-macam, sakit mata dibuatnya.

Boleh pilih nak warnakan untuk row atau  column. Ikut keperluan. 


procedure TfraView.UniDBGrid1DrawColumnCell(Sender: TObject; ACol,

  ARow: Integer; Column: TUniDBGridColumn; Attribs: TUniCellAttribs);

begin

  // Attribs.Color:=clGreen; //background color

 // Attribs.Font.Style:=[fsbold];

 // Attribs.Style.Padding := '5px';


 // color for column only

  if Column.FieldName = 'E_GROUP' then

  begin

     if Column.Field.AsString = '03' then

        Attribs.Font.Color := clGreen

    else if Column.Field.AsString = '02' then

       Attribs.Font.Color := clBlue

   else if Column.Field.AsString = '07' then

      Attribs.Font.Color := clPurple

   else

      Attribs.Font.Color := clMaroon;

  end;


  // color for row

  if (qryTermVA_ID.AsString = 'MB') then

     Attribs.Font.Color:=clBlue

  else if (qryTermVA_ID.AsString = 'PB') then

     Attribs.Font.Color:=clPurple

  else if (qryTermVA_ID.AsString = 'AM') then

     Attribs.Font.Color:=clGreen

  else

     Attribs.Font.Color:=clMaroon;

end;

DevExpress TcxGrid Color Cell

Contoh coding warnakan cell row untuk grid DevExpress. 


procedure TfrmMain.GridMainDBTableView1CustomDrawCell(

  Sender: TcxCustomGridTableView; ACanvas: TcxCanvas;

  AViewInfo: TcxGridTableDataCellViewInfo; var ADone: Boolean);

begin

  if AViewInfo.GridRecord.Selected then

  begin

    ACanvas.Brush.Color:= clScrollBar;

    ACanvas.Font.Color:= clBlack;

  end;



    if (AViewInfo.GridRecord.Values[GridMainDBTableView1ES_AMT.Index] <= 0) then

        ACanvas.Font.Color:= clBlue;


    if (AViewInfo.GridRecord.Values[GridMainDBTableView1ES_AMT_LIMIT.Index] <

         AViewInfo.GridRecord.Values[GridMainDBTableView1ES_AMT_DISC.Index]) then

       ACanvas.Font.Color:= clRed;

  end;


 end;


Thursday, 10 June 2021

Capture Android Device IMEI Delphi

Using Delphi 10.3 to develop Android application for capturing device IMEI and option setting

var

  MainForm: TMainForm;


implementation

uses System.Permissions, AndroidAPI.JNI.Telephony, AndroidAPI.Helpers, AndroidAPI.JNI.OS;


{$R *.fmx}


procedure TMainForm.btnCaptureIMEIClick(Sender: TObject);

var

   jTM : JTelephonyManager;

begin

  jTM:=  TJTelephonyManager.Create;

  Text1.Text :=  JStringtoString(jTM.getImei);

end;


procedure TMainForm.FormCreate(Sender: TObject);

var

  lPermissionTelState : string;

begin

  lPermissionTelState := JStringtoString(TJManifest_permission.Javaclass.READ_PHONE_STATE);

  PermissionsService.RequestPermissions([lPermissionTelState], nil, nil);

end;



Monday, 7 June 2021

Sihatkan Usus vs Aloe Vera

 

Aloe vera semakin membesar. Ada beberapa anak aloe vera perlu diubah ke pasu lain atau di buang. Nak buang sayang. Mujur ada pasu-pasu kecil.  Sesiapa yang nak, boleh aku bagi.

Aloe vera bagus untuk sejukkan badan, baiki usus atau hilangkan sakit-sakit badan. Petang ini boleh buat air aloe vera untuk berbuka puasa 6. 

Cara buat air aloe vera, resepi Dr Rizal Abu Bakar:.
 Aloe Vera (potong kecil jadi 1 cawan)
 2 cawan Air
 1/2 biji Lemon
2 atau 3 sudu Madu
6 biji red date

1. Potong  dan asing isi aloe vera. Masa potong, biarkan getah kuning aloe vera keluar. Biar kering getah tu baharu potong kecil-kecil. 
2. Masukkan dalam periuk isi aloe vera. Masukkan air .
3. Masukkan air perahan lemon. Kalau lemon kecil boleh pakai sebiji. 
4. Masak dalam air perlahan sampai mendidih. Lepas mendidih matikan api. 
5. Lepas sejuk, masukkan madu dan hidangkan. Isi aloe vera tu boleh dimakan sekali.

Saturday, 5 June 2021

Batuk vs Daun Bangun-bangun

 

Pokok bangun-bangun yang dikenali dengan pelbagai nama: bebangun, Apple mint, oregano, raja bangun, ati hijau, sedingin. Sudah setahun aku tanam. Masih ingat nak dapatkan pokok ini punyalah pening nak mencari. Tambahan pula masa itu dah nak lockdown 1.0 Mac 2020. Shiedah, adik aku batuk. Perlu cepat cari penawar. Teringat rumah Kak Linda di Kampung Padang Balang, Gombak.

Musim covic ini bila ada gejala batuk, selsema atau deria rasa bau hilang  jadi takut. Syukur, selepas makan , batuk hilang. Sejak itu, bila batuk aku terus ambil daunnya makan. Adik aku suka makan 3 helai daun dengan nasi, buat ulam. 

Aku pula selalunya cukup sehelai sahaja dan pilih daun banyak air. Aku gumpal-gumpal dan picit keluar airnya terus ke dalam mulut. Lepas itu, aku makan daun pula. 

Pendapat aku, pokok ini patut ditanam setiap rumah. Ini rawatan alternatif tanpa bantuan ubat batuk yang dijual atau diperolehi di farmasi atau klinik yang menyebabkan kita terus mengantuk selepas ambil.

Macam manalah pokok ini dapat nama bangun-bangun ye? Agaknya kemujarabannya yang cepat. Yang lemah terus bangun cerdas, sihat.

Malah, alternatif lain adalah campuran madu dan bawang holland. Caranya:

1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.

Resepi di atas dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar yang mana menurut beliau kesan ubat ubat kepada otak amat menakutkan. Jadi, beliau mengamalkan resepi ini dan tidak lagi ambil ubat batuk. Malah, cara ini dapat mengeluarkan kahak dengan mudah.

.





Thursday, 3 June 2021

Covic-19 vs Ketum

Setiap penyakit ada penawar. Allah telah menurunkan pelbagai tumbuhan yang menyerupai anggota tubuh badan kita dan hidupan lain. Kita perlu memanfaatkan anugerah yang telah diturunkan dan hanya Allah yang lebih mengetahui setiap kejadian tersebut.

Ramai yang menggambarkan virus-19 seperti bunga ketum. Ya, aku tengok pun nampak sama. Nak minum ketum boleh tetapi pastikan cara minum betul dengan tidak mencampurkan dengan bahan-bahan yang merosakkan diri dan boleh menyebabkan khayal.

Minuman ketum ini sebenarnya untuk tingkatkan imunisasi atau minuman tenaga. Atuk-atuk dulu kerja di ladang minum ketum selepas penat bekerja. Mereka jadikan teh. Keringkan daun dan buang urat daun. Simpan dan ambil sedikit untuk minum sekadar secawan.

Bunga Ketum vs Corona Virus-19

Lain-lain tumbuhan yang patut kita tahu untuk kita amalkan pemakanan dan tingkatkan kesihatan adalah:

Cendawan vs Telinga


 
Avocado vs Rahim Wanita


Halia vs  Perut


Lobak Merah vs Mata


Limau Bali vs Payudara


Brokoli vs  Penyakit Kanser


Tomato vs Jantung


Keledek vs Pankreas


Anggor Merah vs Paru-paru


Saledri vs  Bentuk Batang Tulang

Keju vs Tekstur Tulang


Walnut vs Otak

Kerang vs Zakar



Wednesday, 2 June 2021

Kacang Bendi Anti oksida Catechin

 


Nak makan pun rasa tak lalu bila tengok lendir kacang bendi tetapi bila memikirkan kelebihan perlu buang kata "tak NAk" . Umur pun dah cecah 40-an. Sekali sekali terasa sengal lutut terutama bila melangkah naik atau turun tangga. Sebab itulah atlet China jadikan bendi sebagai sajian utama sewaktu Sukan Olimpik Beijing.

Jika rajin aku goreng sahaja. Aku goreng dengan kunyit dan masukkan telur. Aku suka kering. Masukkan air sekadar nak nampak sedikit basah sahaja.

Masa aku malas pula, aku masak air. Dah mendidih aku rendam kacang dalam air mendidih. Tutup. Lepas itu dah boleh makan. Kalau rebus atas api, takut terlebih masak pula. Jangan pula nak potong hujung kanan kiri, nanti keluar lendirnya. Lendir itulah ubat mujarab.

Biji bendi jangan pula buang. Banyak kelebihan juga. Ada anti oksida catechin, epicatechin, procyanidin. Kecik bukan sebarang kecik, ada vitamin B1 dan B2, quercetin.

Anti oksida catechin untuk apa? Kelebihannya untuk imun dan melawan bakteria atau virus termasuk virus covic 19.

Lain-lain kelebihan bendi:
  • Anti kolestrol
  • Anti diabetik
  • Anti nyanyuk
  • Meningkatkan kapasiti otak
  • Penjaga Neoron atau sel otak

Macam-macam kelebihan tumbuhan anugerah tuhan ini. Jenis pemakanan ini aku lebih suka sebut "Food from God". Malah, keadaan diri kita boleh kita nampak melalui pengambilan makanan yang mana "You are what you eat".

Kelebihan tumbuhan juga adalah minyak pati aromaterapi atau minyak pati tumbuhan dalam perubatan.


Sejarah Kuarantin


Tanggal 1 Jun 2021, Malaysia catat sejarah lagi. Lockdowns 3.0 untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang telah mencecah 9000 lebih. Kuarantin kali ini juga selama 2 minggu dan mungkin akan bersambung lagi.

Sejak Mac tahun 2020, kita asyik kena kuarantin je. Siapakah yang memulakan idea kuarantin ini?

Sebut nama Ibnu Sina ramai yang tahu. Orang yang terkenal sebagai bapa perubatan.

Ibnu Sina berpendapat sesetengah penyakit berjangkit merebak melalui microorganisms.

Jadi, langkah untuk mengelak jangkitan tersebar, beliau mencipta kaedah pengasingan selama 40 hari atau dalam bahasa Arab disebut "al-Arba’iniya".

Macam mana pula dari "al-Arba’iniya" jadi "kuarantin" pula?

Kisahnya... pedagang Venice yang mendengar kejayaan al-Arba’iniya ini, mereka membawa balik ilmu ini. Mereka menyebutnya sebagai “quarantena”. Maksudnya 40 juga tetapi dalam bahasa Italy.

Kehebatan ilmu Ibnu Sina yang dianugerah Allah telah digunakan hingga sekarang dan menyelamat nyawa manusia.
Kehebatan beliau yang lain adalah memperkenalkan kaedah penyulingan untuk ekstrak minyak pati dari tumbuh-tumbuhan. Pati gaharu termasuk dalam kaedah penyulingan ini.







Gaharu Cegah Jangkitan Virus Covic

Bila kita faham tentang virus covic-19 sebenarnya kita tak takut langsung pada virus ini.
.
Anggaplah virus kobig-19 macam kuih onde-onde yang kita boleh makan dia.
.
Paling penting kita buat RNA dia cair. Matilah ia. Caranya :
.
  • Wapkan muka dengan steam ( wap air yang meruap tu)..musnahlah kobig-19.
  • Sapu alkohol di luar facemask pakai buang, kobig 19 airbone sampai ke facemask matilah ia tak sempat masuk lubang hidung.
  • Sapu pati gaharu kemboja tepi lubang hidung, KO-lah kobig 19 bila terkena pati gaharu tak sempat masuk lubang hidung, pernafasan menjadi segar, wangi dengan bau gaharu, sangat baik untuk sistem saraf neuron.
.
Apa itu mRNA?

Google saje journal tentang research melawan Covid-19, akan jumpa perkataan mRNA RNA, Spike...spike tu macam yang warna putih pada onde-onde..masam buang, Kobig-19 tiada spike tiadalah jangkitannya.