Saturday, 19 June 2021

Resepi Cream Puff Inti Kastad Whipping Cream

 
Bermacam saiz dibuatnya. Belum pandai nak paip. Lantaklah asalkan masuk mulut dan kenyang. Buat masa ini sesiapa yang nak tempah terpaksa angkat 10 jari.Rasanya tak sanggup nak ambil tempahan. Cukuplah untuk makan sendiri sahaja. 
Leceh nak buat ini. Banyak sangat proses. Dah siap cream kulit, kena buat inti pula dan lepas itu nak paip lagi. Aku ini jenis yang nak cepat asalkan sedap.
Sebelum nak buat kulit creampuff, sediakan inti dahulu. Esoknya dah boleh buat kulit. Aku buat hari yang sama. Sejuk je buat proses yang seterusnya pula. 


KULIT CREAMPUFF / CREAMHORN
Bahan-bahan:
  • 300gm air
  • 100 gm majerin / butter
  • 150 gm tepung gandum (aku guna tepung bluekey kotak oren. Ada gambar creampuff)
  • 5 biji telur C
  1. Didihkan air dan majerin. Dah gelegak, perlahankan api.. masuk tepung kacau hingga jadi bentuk bebola dan  tak melekat pada periuk/kuali.
  2. Tutup api biarkan sejuk dalam setengah jam. Masuk telur dan putar guna mixer sampai berkilat. Adunan tak terlalu cair dan tak terlalu kental.
  3. Paipkan atas dulang yg telah digriskan. Bakar suhu 200-230c atau  oven masing-masing selama 25 minit atau buih-buih pada creampuff tak lagi kelihatan. ( TEKNIK NI PENTING SUPAYA CREAMPUFF TAK KEMPIS SETELAH DIKELUARKAN DARI OVEN)
INTI AISKRIM
  • 400 gm susu full krim
  • 100 gm gula
  • 50 gm tepung kastad
  • 2 biji telur C
  • 300 gm non dairy whipping krim – putar hingga sederhana kental/medium peak
  1. Didihkan SUSU atas api sederhana kuat. Dalam bekas lain, satukan TEPUNG dan GULA. Gaul rata guna whisk. Masukkan TELUR. Gaul sebati.
  2. Ambil 5 senduk susu yang sedang didihkan atas api, masukkan ke dalam adunan telur dan tepung. Gaul rata.
  3. Setelah susu mendidih kecil dan keluarkan wap, masukkan adunan telur,tepung dan susu tadi. Sentiasa kacau hingga jadi kental dan berkilat. PART NI PALING TRICKY. MESTI kacau sentiasa utk elak kastad jadi hangus dan berketul2. Dah siap tutup api.
  4. Terus ambil plastik wrap dan letakkkan atas permukaan kastad. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian masuk peti sejuk biasa. BUKAN SEJUK BEKU. Sejukkan semalaman
  5. Pagi esoknya dah boleh keluarkan dari peti. Pukul guna mixer utk haluskan kastad. Kemudian campurkan bersama whipping krim yg telah dipukul SEDERHANA KENTAL.
  6. Mix kan kastad dan non dairy whipping krim hingga BETUL2 KENTAL (STIFF PEAK) dan masukkan ke dalam piping bag. Simpan dalam peti 2,3 jam dan siap utk digunakan. Isikan kedalam kulit creampuff dan taburkan ising sugar. 

No comments:

Post a Comment