Melayan karenah penyewa yang bermacam-macam jenis dan ragam kadang-kadang memeningkan kepala.
Semalam, penyewa yang keluar pada September lalu selepas kejadian diserbu JAIS pada pukul 3 pagi hantar whatapps bertanyakan tentang depositnya 2 bulan. Oleh kerana, perjanjian sewaan adalah setahun dan tidak cukup tempoh selama setahun, deposit tersebut tidak dapat dipulangkan atau dikira hangus.
Malah, selepas 3 bulan tinggal dan selepas ditangkap khalwat, dia terus keluar dan langsung tidak berjumpa aku ketika menyerahkan kunci, Semua urusan diserahkan pada kawannya. Pada aku, sikapnya agak tidak sopan. Penyewa sepatutnya berjumpa tuan rumah sebelum keluar dan serah hak milik tuan rumah. Alasan tidak teruskan sewa adalah disebabkan tiada privasi dan keselamatan kurang memuaskan. Pengawal keselamatan membenarkan JAIS yang tiada waran boleh mengopak pintu dan memotong kunci mangga.
Alasan tentang peranan pengawal keselamatan yang kurang memuaskan dan lif yang kerap rosak adalah tidak wajar mempersalahkan tuan rumah. Ini kerana, urusan keselamatan dan lif rosak merupakan peranan pihak penyelenggaraan bangunan yang mana di luar bidang tugas tuan rumah.
Sebenarnya, ramai yang tidak tahu tentang hak pihak berkuasa untuk memeriksa kediaman yang mencurigakan dan ada aduan. Manakala JAIS tanpa ada waran atau tanpa bersama pihak polis berhak datang memeriksa kediaman setelah menerima aduan.
Namun begitu, soal pemulangan wang deposit boleh dirunding secara berhemah. Atas budi bicara dan belas kasihan, tuan rumah rela memulangkan wang tersebut selepas ditolak segala bil-bil yang tertunggak seperti air dan eletrik, kos kerosakan, kos kehilangan barang tuan rumah serta kos agen hartanah.
Sekiranya penyewa bersikap biadap dan mengugut tuan rumah, Maka, sebagai tuan rumah berhak tidak memulangkan deposit mengikut apa yang telah dipersetujui didalam perjanjian sewaan.
Pentingnya perjanjian sewaan untuk melindungi hak penyewa dan tuan rumah. Penyewa juga tidak sewenang-wenangnya nak keluar pindah dengan memberi alasan yang tak munasabah.
Dinasihatkan penyewa menyelidik keadaan kediaman dan premis sebelum menyewa. Malah, adalah tidak adil menyalahkan tuan rumah sekiranya apa-apa yang berlaku yang bukan atas tanggungjawap tuan rumah.