Kami sampai di Dalaguete pukul 2.30 pagi. Awal setengah jam daripada jangkaan. Mungkin disebabkan perjalanan tengah malam. Bas juga tidak banyak berhenti mengambil penumpang sepanjang perjalanan. Sekali sekala tersedar bas memandu dengan laju melalui jalan yang berliku dan jalan 2 hala yang kecil.
Bila tersedar, tengok jam di tangan masih awal. Harap konduktor dan pemandu bas tak lupa untuk kejutkan kami untuk ke Osmena Peak.
Konduktor bas mengejutkan kami setelah sampai di Dalaguete. Bas berhenti depan 7eleven yang mana terletak berhampiran persimpangan ke Osmena Peak.
Oleh kerana masih awal, kami meninjau di mana tempat yang sesuai untuk duduk. Gelagat kami diperhatikan oleh seorang polis yang berpakaian uniform putih di seberang jalan.
Dia memanggil kami. Aku rasa lebih selamat bila nampak polis ada di situ. Kami menyeberang jalan dan bertanya padanya bagaimana cara ke Osmena Peak. Dia mencadangkan kami ke sana pukul 3.30am untuk melihat matahari terbit.
Untuk ke osmena peak, hanya dengan menaiki motosikal atau dikenali habal habal kerana melalui jalan berbukit yang tinggi.
Oleh kerana kami bertiga, 2 habal habal diperlukan. Setiap habal habal hanya muat 2 orang sahaja. Setelah hampir setengah jam tawar menawar harga yang mana mulanya pemandu habal habal tawarkan 5000 peso untuk osmena peak, kawasan fall dan oslob. Terkejut aku dengan harga yang ditawarkan. Mahal sangat dan aku tidak bercadang ambil habal habal hingga ke Oslob. Aku tunjukkan harga yang telah aku tulis dalam itenari tertera hanya 500peso sahaja untuk seorang untuk 2 tempat.
Akhirnya, setelah berpuas hati dengan harga yang ditawarkan iaitu setiap habal habal 1100peso untuk ke Osmena Peak dan Kawasan Fall.
Perjalanan ke osmena peak mengambil masa hampir 1 jam. Melalui jalan yang berliku. Jalannya cantik, bersimen dan boleh dilalui kenderaan besar atau berat.
Aku dan lynn naik habal habal yang sama. Aku berada di tengah, lynn duduk di belakang aku. Manakala Shidah naik habal habal yang lain yang mana hanya dia dan pemandu sahaja.
Menaiki habal habal di awal pagi, amat sejuk terutama ke kawasan tanah tinggi. Terlupa pula memakai jaket. Menggeletar badan. Punggung pula terasa lenguh. Mungkin sudah lama tidak menunggang atau membonceng motosikal.
Untuk mendaki osmena peak, pendaki perlu daftar nama di pejabat pendaftaran dan membayar 30 peso seorang. Kami tinggalkan beg untuk dijaga pemandu habal habal. Di sini tiada tempat simpanan beg. Terasa lega tidak membawa bebanan beg yang berat hampir 7kg.
Pendakian melalui kebun sayur terutamanya penanaman kobis yang luas.
Trek jalannya diturap dengan batu, amat memudahkan pendakian. Pendakian kami lebih mudah apabila di sinari bulan mengambang. Kebetulan pula malam ini gerhana bulan. Kilauan sekitar bulan nampak cantik dan lebih bercahaya.
Trek jalannya diturap dengan batu, amat memudahkan pendakian. Pendakian kami lebih mudah apabila di sinari bulan mengambang. Kebetulan pula malam ini gerhana bulan. Kilauan sekitar bulan nampak cantik dan lebih bercahaya.
Pendakian pula hanya 20 minit sahaja untuk sampai di puncak. Tidak berbaloi jika guna khidmat pemandu.
Sampai di puncak , hanya kami bertiga pendaki yang ada. Keindahan bukit bukit yang berbentuk coklat hershy disuluhi cahaya bulan jelas kelihatan. Sementara menunggu munculnya matahari terbit, kami ambil keputusan untuk tidur. Shidah berbaring dan berselimut dengan kain batik. Lynn sekadar tidur dengan baju tebalnya.
Aku hamparkan baju jaket dan jadikan beg sebagai bantal. Kesejukan malam dan hembusan angin sepoi bahasa sukar untuk melelapkan mata. Betapa indahnya bulan mengambang yang menyinari malam. Bintang bintang bertaburan kelihatan di langit.
Sepanjang tinggal di Kuala Lumpur, tidak pernah berpeluang lihat bintang lagi. Malam ini aku terasa bertuah dapat nikmati keindahan alam yang sudah lama hilang akibat pencemaran udara.
Seekor kucing kampung yang agak jinak datang menghampiri kami. Kemudian, berbaring di sebelah shidah yang nyenyak tidur. Mungkin kucing itu pun kesejukan juga dan perlukan seseorang memeluknya untuk memanaskan badan.
Makin lama, makin sejuk. Aku dan Lynn makin tak tahan dengan sejuk. Dah mula menggigil. Akhirnya, untuk kurangkan sejuk aku dan lynn berpelukan.
Lebih kurang 5 pagi, 2 orang pendaki lain muncul. Mereka menuju ke puncak bukit dan duduk di atas batu. Sambil berborak dalam berpelukan. Tak pasti dari negara mana tapi aku rasa dari segi cakapan dari negara Eropah. Aku agak 2 orang mat salleh itu pasangan kekasih.


Bila munculnya matahari terbit, makin lama makin ramai pendaki yang muncul. Tiba tiba terdengar jeritan seorang lelaki "Hai Malaysia".
Kami membalas "Hai"
Kami saling berkenalan. Dia memperkenalkan diri sebagai Jordan Yong, berasal dari Ipoh dan masih belajar di sebuah universiti di Taiwan dalam jurusan ekonomi. Menghabiskan cuti semester selama sebulan dengan mengembara secara solo dengan menyewa motosikal, 800peso sehari.
Kami saling berkenalan. Dia memperkenalkan diri sebagai Jordan Yong, berasal dari Ipoh dan masih belajar di sebuah universiti di Taiwan dalam jurusan ekonomi. Menghabiskan cuti semester selama sebulan dengan mengembara secara solo dengan menyewa motosikal, 800peso sehari.
Melalui Jordan Yong, kami mendapat tahu sekiranya ingin ke Filipina pastikan ada tiket pergi balik. Jika hanya ada tiket pergi sahaja, kita tidak dibenarkan masuk ke Filipina. Dia turut menceritakan kisah dia yang tidak dapat ke Filipina 2 hari lepas disebabkan tidak ambil tiket balik kerana merancang untuk ke Manila pula. Akhirnya, dia terkandas di lapangan terbang klia2 dan perlu beli tiket baru.
Keindahan bukit bukit kecil seumpama coklar hershy yang mengelilingi Omena Peak jelas kelihatan setelah siang. Tiada pohon pohon besar di bukit ini. Hanya kelihatan rumput, pohon renek serta tanaman sayuran sahaja.
Nikmat udara segar dihirup sepuas puasnya. Peluang membasahi muka dengan air embun tidak dilepaskan. Menurut petua orang tua tua dahulu boleh awet muda.
No comments:
Post a Comment