Mulanya perancangan hendak ke Dalaguete pukul 12 tengah malam. Terasa macam lewat pula. Kami tukar perancangan ke pukul 11 malam.
Selepas solat isyak selesai, kami terus ke South Bus Terminal semula. Malam masih muda dan meriah, masih ramai menjalani aktiviti perniagaan dan orang tempatan yang keluar di waktu malam juga ramai.
Di sini, cyber cafe masih hidup bak cendawan. Selain melayari internet, perkhidmatan cetak juga disediakan. Aku hairan macam mana cyber cafe masih hidup berbanding malaysia, sedangkan sekarang zaman sudah ke arah teknologi handphone android.
Sementara menunggu bas, aku dan shidah ambil keputusan untuk tidur dahulu di atas kerusi aluminium. Mujur orang tidak ramai. Bolehlah berbaring di atas kerusi yang tiada penghadang di setiap satu kerusi.
Sukar untuk tidur di dalam cahaya lampu terang. Aku terpaksa ambil baju jaket dan tutup mataku. Aku perlu melelapkan mataku untuk mencukupkan waktu tidur malam minimum selama 4 jam. Mungkin 2 jam di sbt, 2 jam lagi di atas bas.
Aku terjaga ketika jam 10.30 malam. Aku lihat shidah masih nyenyak tidur. Manakala lynn masih melayani internet sambil menjaga beg kami kerana tidak dapat melelapkan mata.
Ketika jam 12 malam, sebuah bas ke Bato sampai. Orang ramai mulai beratur dan naik bas. Sampai giliran kami naik bas, tempat duduk sudah penuh. Terpaksa kami turun dari bas untuk naik bas pukul 1am pula. Walaupun bas sudah penuh, tetapi ada penumpang yang sanggup berdiri.
Lynn ajak aku naik semula bas tapi aku menolak. Tak sanggup aku berdiri lama sehingga 2 jam sekiranya tiada peluang langsung tempat duduk hingga sampai Dalaguete.
Lynn ajak pula naik bas biasa yang tiada aircon. Bila aku menjenguk ke dalam bas tersebut, penuh juga. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk tunggu bas pukul 1 pagi.
Kali ini, kami siap sedia duduk berdekatan dengan pintu 8 agar cepat beratur bila bas sampai.
No comments:
Post a Comment