Sunday, 4 February 2018

Hari ke 5 : Terakhir di Cebu

Bertolak ke lapangan terbang pada pukul 4 pagi dengan menaiki grab. Hanya 250peso selama 30 minit sahaja. Pemandu ini tidak peramah. Tiada 1 patah perkataan yang keluar dari mulutnya bermula kami naik keretanya jenis toyota vios hinggalah kami tiba di lapangan terbang. Malah, tidak turun dari kereta untuk menolong kami mengangkat beg yang berat.

Untuk masuk ke lapangan terbang, hanya penumpang yang ada tiket sahaja dibenarkan masuk. Sistem ini mengingatkan aku sama seperti lapangan  terbang New Delhi, India.

Sebelum masuk ke tempat urusan pemeriksaan imigresen, urusan pembayaran cukai lapangan terbang mesti dilakukan sebanyak 750peso.

Pastikan tidak habiskan semua duit tunai peso sebelum meninggalkan Filipina. Hanya 750peso secara tunai diterima di kaunter pembayaran. Untuk elak wang habis dibelanjakan, kami asingkan 1000peso dari jumlah wang yang kami bawa. Aku diamanahkan untuk simpan duit cukai di dalam sampul surat yang dikhaskan. Untuk elak sebarang hal yang tidak diduga kami ambil jalan lebihkan simpanan.

Semasa menunggu, kami sempat berkenalan beberapa orang dari satu kumpulan pengembara dari Malaysia. Mereka juga sekapal semasa kami datang ke Cebu dan menuju ke Oslob juga.

Sangkakan aku sahaja yang terkilan dengan kata kata sinis dari seorang wanita dalam kumpulan. Shidah dan Lynn turut terasa juga.

Usahlah memperlekehkan backpacker macam kami yang mana semuanya kami uruskan sendiri. Terpaksa naik turun bas dengan bawa bebanan beg. Buang masa cari  pengangkutan yang murah dan hanya mampu naik pengangkutan awam sahaja. Tempat tinggal pula hanya jenis bajet di bawah 1000 peso atau RM80 sahaja. Malah, sanggup merayu untuk minta kurangkan harga penginapan.

Kami bersyukur dan berbangga walaupun hanya bagpacker , bajet kami masih di bawah RM1000 termasuk tiket penerbangan pergi balik RM350

No comments:

Post a Comment