Saturday, 3 February 2018

Hari ke 4 : Passalubong di Taboan Market

Setelah kepenatan melawat ke tempat bersejarah kesan penjajahan Sepanyol kami kembali ke hotel.

Memandangkan kami belum membeli sebarang ole ole, kami perlu ke Passalubong di  Taboan Market. Dari hotel, jaraknya hanya 700meter. Pekerja hotel memberitahu kami sekiranya ke sana pasti bau ikan masin akan melekat di pakaian.

Mulanya ingin naik jepney ke Taboan Market. Tambang hanya 7peso.




Pemilik Easter & Guiller


Sampai di Passalubung, kami masuk dari satu kedai ke kedai yang lain untuk tawar menawar. Semua tuan kedai gagal  dipujuk untuk dapatkan harga 500peso untuk 1 kilogram mangga kering. Akhirnya, kami akur dan membeli mangga kering 1 kilogram yang berharga 550peso. Kami juga meminta tuan kedai bungkuskan semula menjadi 100gram setiap bungkus. Oleh kerana kedainya tidak menjual keychain serta kraftangan, tuan kedai itu menyuruh kami ke kedai Easter and Guiller iaitu kedai ibunya yang terletak di seberang jalan.

Kedai Easter and Guiller menjual pelbagai barangan. Selain barang kraftangan turut menjual mangga kering. Pekerja ibunya turut menerangkan kepada kami jenis mangga asli dan bercampur gelatin. Mangga asli lebih mahal.

Taboan market ini adalah pasar yang menjual pelbagai barangan dapur dan barang basahan. Hati hati agar tidak memberi wang kepada orang kanak-kanak yang dijadikan peminta sedekah. Ditarik tariknya kami agar memberi wang. Menyedihkan tengok nasib kanak kanak ini yang dibiarkan bertelanjang sambil minta sedekah.

Benarlah apa yang diberitahu, betapa kuatnya bau ikan masin hingga beg sandang aku turut melekat bau.

Menginap di kawasan berdekatan dengan South Bus Terminal amat berbaloi. Dengan hanya berjalan kaki boleh menjimatkan wang untuk ke tempat tempat menarik sekitar Cebu. Kedudukannya seolah olah berkelompok dan berdekatan.

Malah, kawasan ini mudah dapat makanan halal kerana ramai golongan Muslim. Kebanyakan mereka menjalankan perniagaan.

No comments:

Post a Comment