Setelah matahari mula menyinari seluruh alam, lebih kurang pukul 6.30 pagi kami turun dari puncak Osmena Peak. Pendaki pendaki makin ramai sampai. Kami berpisah dengan Jordan Yong setelah bertukar facebook.
Menuruni bukit agak mencabar untuk aku disebabkan keadaan kasut kesayangan yang dibeli di Beijing 5 tahun lalu sudah haus tapaknya. Hampir 2 kali aku tergelincir. Jalan jalan berbatu menjadi licin setelah air embun jatuh di permukaannya. Pergerakanku bagaikan siput berbanding semasa naik.
Lega bila dapat turun bukit dengan selamat. Kami meneruskan perjalanan dengan habal habal yang telah kami tempah untuk ke Kawasan Fall. Perjalanan sejauh 28km sahaja yang mana ambil masa lebih kurang 30 minit melalui kawasan tanah tinggi.
Habal habal turunkan kami di pintu masuk Kawasan Fall. Kenderaan luar tidak dibenarkan masuk.
Beberapa pemandu pelancong datang ke arah kami sebaik sahaja kami turun dari habal habal. Kami cuba menolak tawaran untuk dapatkan pemandu pelancong tetapi salah seorang pemandu pelancong ikut juga kami hingga ke air terjun di tingkat 1.
Kami tidak hiraukan dia dan kami cuba elak dari dia dengan duduk di tepi air terjun sambil makan nasi impit bersama ikan bilis yang dibawa. Namun, pemandu pelancong itu tetap juga menunggu berdekatan dengan kami. Akhirnya dia akur, Shidah bertemu dengannya dan bertegas tidak mahu perkhidmatan pemandu pelancong.
Sambil makan, menikmati deruan air terjun dan melihat pelancong-pelancong lain yang berseronok berenang. Air terjunnya yang kebiruan amat cantik pertama kali kulihat. Selain berenang, pelancong juga boleh berakit. Aku tidak pasti berapa harga untuk aktiviti berakit. Cuma aku terkilan kerana tidak bawa pakaian renang dan goggle sahaja. Pelancong di sini semuanya berpakaian renang. Mungkinkah harga pakaian renang di Cebu murah?
Terbayang alangkah seronok dapat tinggal di hotel yang disediakan di sini. Satu malam baru 1300peso untuk 1 bilik yang boleh muat 2 orang.
Setelah selesai bersarapan pagi dengan bekalan yang dibawa, kami meneruskan mendaki ke tingkat 2 dengan melalui tangga yang disediakan.

Stesen bas Bato |
No comments:
Post a Comment