Friday, 25 May 2018

cxDBLookupComboBox Setting Properties



Setting Properties
DropDownAutoSize = True
DropDownSizeable = True
KeyFieldNames = J_KEY
ListFieldNames = J_KEY;J_BANK;J_CUSTOMER;J_TERMINAL;J_LOCATION
ListSource = datasource


OnCloseUp
procedure Tform1.cxDBLookupComboBox1PropertiesCloseUp(Sender: TObject);
begin
  with TcxDBLookupComboBox(Sender).Properties.Grid.DataController do
  begin

    if not VarIsNull(GetValue(FocusedRecordIndex, 0))then
       qryMainPCM_JOBKEY.AsString:= Values[FocusedRecordIndex, 0];

    if not VarIsNull(GetValue(FocusedRecordIndex, 1))then
       qryMainPCM_BANK.AsString:= GetValue(FocusedRecordIndex, 1);
   
    if not VarIsNull(GetValue(FocusedRecordIndex, 3))then
      qryMainPCM_TERMINAL.AsString := GetValue(FocusedRecordIndex, 3);       //Values[FocusedRecordIndex, 3]; 


    if not VarIsNull(GetValue(FocusedRecordIndex, 4))then
      qryMainPCM_LOCATION.AsString:= Values[FocusedRecordIndex, 4];   
   
  end;

end;

Sunday, 4 February 2018

Hari ke 5 : Terakhir di Cebu

Bertolak ke lapangan terbang pada pukul 4 pagi dengan menaiki grab. Hanya 250peso selama 30 minit sahaja. Pemandu ini tidak peramah. Tiada 1 patah perkataan yang keluar dari mulutnya bermula kami naik keretanya jenis toyota vios hinggalah kami tiba di lapangan terbang. Malah, tidak turun dari kereta untuk menolong kami mengangkat beg yang berat.

Untuk masuk ke lapangan terbang, hanya penumpang yang ada tiket sahaja dibenarkan masuk. Sistem ini mengingatkan aku sama seperti lapangan  terbang New Delhi, India.

Sebelum masuk ke tempat urusan pemeriksaan imigresen, urusan pembayaran cukai lapangan terbang mesti dilakukan sebanyak 750peso.

Pastikan tidak habiskan semua duit tunai peso sebelum meninggalkan Filipina. Hanya 750peso secara tunai diterima di kaunter pembayaran. Untuk elak wang habis dibelanjakan, kami asingkan 1000peso dari jumlah wang yang kami bawa. Aku diamanahkan untuk simpan duit cukai di dalam sampul surat yang dikhaskan. Untuk elak sebarang hal yang tidak diduga kami ambil jalan lebihkan simpanan.

Semasa menunggu, kami sempat berkenalan beberapa orang dari satu kumpulan pengembara dari Malaysia. Mereka juga sekapal semasa kami datang ke Cebu dan menuju ke Oslob juga.

Sangkakan aku sahaja yang terkilan dengan kata kata sinis dari seorang wanita dalam kumpulan. Shidah dan Lynn turut terasa juga.

Usahlah memperlekehkan backpacker macam kami yang mana semuanya kami uruskan sendiri. Terpaksa naik turun bas dengan bawa bebanan beg. Buang masa cari  pengangkutan yang murah dan hanya mampu naik pengangkutan awam sahaja. Tempat tinggal pula hanya jenis bajet di bawah 1000 peso atau RM80 sahaja. Malah, sanggup merayu untuk minta kurangkan harga penginapan.

Kami bersyukur dan berbangga walaupun hanya bagpacker , bajet kami masih di bawah RM1000 termasuk tiket penerbangan pergi balik RM350

Saturday, 3 February 2018

Hari ke-4 : Tempat Bersejarah di Cebu City



Kami keluar dari Guilly Place pada pukul 7 pagi dalam hujan turun renyai renyai. Beberapa minit kemudian, bas ordinary atau bas biasa sampai. Kami duduk di depan sekali.

Oleh kerana depan aku tiada penghadang, aku tersedar dari lena bila badan aku hampir terhempap ke depan.

Perjalanan hampir 3 jam ke Cebu City. Kami sampai pada pukul 10 pagi di South Bus Terminal. Kami berjalan kaki ke USDA Dormitory Hotel lebih kurang 700 meter. Disebabkan masih awal, kami hanya meletakkan beg sahaja untuk ke tempat tempat bersejarah di sekitar Cebu City.
Fort San Pedro

Kami berjalan ke Fort San Pedro sejauh 700meter dari hotel. Tiket masuknya sebanyak 30peso seorang.

Fort San Pedro merupakan sebuah kubu pertahanan tentera yang dibina semasa jajahan Sepanyol pada tahun 1565 oleh Miguel de Legazpi.

Di dalamnya kubu ini yang kini telah dijadikan muzium dan turut mempamerkan potret Ferdinand Magellan. Beliau amat disanjungi oleh Sepanyol kerana mengetuai ekpedisi pelayaran hingga menemui Filipina pada 1521. Malah, paling aku kagum terdapat satu potret seorang Melayu Melaka iaitu potret Enrique de Malacca atau Panglima Awang. Asalnya hanyalah seorang hamba, kemudian menjadi pembantu Ferdinand Magellan yang disayangi.

Magellan Cross

Kami ke Magellan Cross, berbentuk kubah dan pembinaannya bersegi enam. Di dalam terdapat satu salib yang besar daripada kayu. Terletak bersebelahan dan depan pintu masuk Gereja Basílica Menor del Santo Niño. Kami sekadar intai dari luar. Keluasannya kecil sahaja. Namun, ramai orang yang berdoa di dalamnya dengan menggunakan lilin yang boleh dibeli di dalamnya.

Selepas itu kami masuk ke kawasan Gereja Basilica Del Santo Nino. Percuma sahaja masuk ke kawasan gereja. Ramai yang berdoa di luar kawasan gereja dengan memasang lilin yang berwarna merah. Suasana kemerahan ini bagaikan berada di kawasan kuil Buddha pula.

Gereja ini terkenal di Cebu dan dibina dalam tahun 1521. Pada awal pembinaannya menggunakan kayu dan daun nipah sahaja. Namun, selepas 44 tahun pembinaannya beberapa kali berlakunya kebakaran. Gereja yang sekarang ini dibina semula pada 1735. Akhirnya, pada 1965 gereja ini telah diberi nama Basilica Del Santo Nino.
Tugu Pari-Pari

Yap Dandiego Ancestral
Kemudian kami berjalan kaki lagi ke kawasan perniagaan orang Cina di Jalan Colon. Kami melalui sebuah tugu yang amat besar yang dikenali Tugu Pari-pari atau Monumen Sejarah Cebu. Tugu ini menggambarkan tentang budaya dan kehidupan masyarakat di Cebu pada masa dahulu. Malah, turut menggambarkan pegangan agama Kristian di Cebu amat kuat hinggakan beberapa lambang salib diletakkan di tugu ini.

Di seberang jalannya, sebuah rumah traditional Cebu yang cantik yang diperbuat daripada kayu. Ini adalah rumah Yap Dandiego Ancestral yang dibina antara tahun 1675 hingga 1700. Pemiliknya  seorang saudagar cina yang kaya dikenali Don Juan Yap dan isterinya Dona Maria Florida. Pasangan ini memiliki 3 orang anak, Maria, Eleuterio dan Consolacion Yap.

Tiket masuk sebanyak 60peso seorang. Rumah ini amat unik dikunjungi. Terdapat banyak perkakasan antik yang bernilai tinggi. Rumah ini dibina 2 tingkat. Tingkat pertama dibina daripada batu karang yang dicampur dengan putih telur yang mana pembinaannya hampir sama dengan Gereja Baclayan di Bohol, Cebu. Bumbungnya pula diperbuat daripada tanah liat Tisa seberat 1 kilogram setiap keping.

Manakala tingkat atas rumah ini diperbuat daripada kayu. Kayunya terdiri daripada kayu baloyang dan tugas yang paling keras.

Aku amat kagum dengan rumah kayu yang sudah dibina lebih 300 tahun masih utuh dan tak reput dek hujan panas. Malah, kayu ini tahan tanpa varnis atau dicat.


Selepas itu, kami berjalan kaki ke Casa Gorordo Museum yang terletak 160 meter sahaja. Tiketnya agak mahal 120peso seorang. Kami hanya meninjau dari luar sahaja. Halamannya cantik dan agak moden.



Casa Gorordo Museum

Perjalanan balik ke hotel, singgah di sebuah restoran Islam, Halal Mat'am Eatery. Kami membeli 3 bungkus nasi, terung bersalut telur goreng, sebungkus kari itik dan 1 ketul ayam goreng berkelapa. Harganya amat mengejutkan kerana sangat murah. Hanya 190peso sahaja. Aku membandingkan harga ini persamaan seorang makan di Oslob.

Juadah di Restoran Muslim Halal Mat'am Eatery

Hari ke 4 : Passalubong di Taboan Market

Setelah kepenatan melawat ke tempat bersejarah kesan penjajahan Sepanyol kami kembali ke hotel.

Memandangkan kami belum membeli sebarang ole ole, kami perlu ke Passalubong di  Taboan Market. Dari hotel, jaraknya hanya 700meter. Pekerja hotel memberitahu kami sekiranya ke sana pasti bau ikan masin akan melekat di pakaian.

Mulanya ingin naik jepney ke Taboan Market. Tambang hanya 7peso.




Pemilik Easter & Guiller


Sampai di Passalubung, kami masuk dari satu kedai ke kedai yang lain untuk tawar menawar. Semua tuan kedai gagal  dipujuk untuk dapatkan harga 500peso untuk 1 kilogram mangga kering. Akhirnya, kami akur dan membeli mangga kering 1 kilogram yang berharga 550peso. Kami juga meminta tuan kedai bungkuskan semula menjadi 100gram setiap bungkus. Oleh kerana kedainya tidak menjual keychain serta kraftangan, tuan kedai itu menyuruh kami ke kedai Easter and Guiller iaitu kedai ibunya yang terletak di seberang jalan.

Kedai Easter and Guiller menjual pelbagai barangan. Selain barang kraftangan turut menjual mangga kering. Pekerja ibunya turut menerangkan kepada kami jenis mangga asli dan bercampur gelatin. Mangga asli lebih mahal.

Taboan market ini adalah pasar yang menjual pelbagai barangan dapur dan barang basahan. Hati hati agar tidak memberi wang kepada orang kanak-kanak yang dijadikan peminta sedekah. Ditarik tariknya kami agar memberi wang. Menyedihkan tengok nasib kanak kanak ini yang dibiarkan bertelanjang sambil minta sedekah.

Benarlah apa yang diberitahu, betapa kuatnya bau ikan masin hingga beg sandang aku turut melekat bau.

Menginap di kawasan berdekatan dengan South Bus Terminal amat berbaloi. Dengan hanya berjalan kaki boleh menjimatkan wang untuk ke tempat tempat menarik sekitar Cebu. Kedudukannya seolah olah berkelompok dan berdekatan.

Malah, kawasan ini mudah dapat makanan halal kerana ramai golongan Muslim. Kebanyakan mereka menjalankan perniagaan.

Friday, 2 February 2018

Hari kedua di Kawasan Fall, Cebu

Setelah matahari mula menyinari seluruh alam, lebih kurang pukul 6.30 pagi kami turun dari puncak Osmena Peak. Pendaki pendaki makin ramai sampai. Kami berpisah dengan Jordan Yong setelah bertukar facebook.

Menuruni bukit agak mencabar untuk aku disebabkan keadaan kasut kesayangan yang dibeli di Beijing 5 tahun lalu sudah haus tapaknya. Hampir 2 kali aku tergelincir. Jalan jalan berbatu menjadi licin setelah air  embun jatuh di permukaannya. Pergerakanku bagaikan siput berbanding semasa naik.

Lega bila dapat turun bukit dengan selamat. Kami meneruskan perjalanan dengan habal habal yang telah kami tempah untuk ke Kawasan Fall. Perjalanan sejauh 28km sahaja yang mana ambil masa lebih kurang 30 minit melalui kawasan tanah tinggi.

Habal habal turunkan kami di pintu masuk Kawasan Fall. Kenderaan luar tidak dibenarkan masuk.



Beberapa pemandu pelancong datang ke arah kami sebaik sahaja kami turun dari habal habal. Kami cuba menolak tawaran untuk dapatkan pemandu pelancong tetapi salah seorang pemandu pelancong ikut juga kami hingga ke air terjun di tingkat 1.

Kami tidak hiraukan dia dan kami cuba elak dari dia dengan duduk di tepi air terjun sambil makan nasi impit bersama ikan bilis yang dibawa. Namun, pemandu pelancong itu tetap juga menunggu berdekatan dengan kami. Akhirnya dia akur, Shidah bertemu dengannya dan bertegas tidak mahu perkhidmatan pemandu pelancong.

Sambil makan, menikmati deruan air terjun dan melihat pelancong-pelancong lain yang berseronok berenang. Air terjunnya yang kebiruan amat cantik pertama kali kulihat. Selain berenang, pelancong juga boleh berakit. Aku tidak pasti berapa harga untuk aktiviti berakit. Cuma aku terkilan kerana tidak bawa pakaian renang dan goggle sahaja. Pelancong di sini semuanya berpakaian renang. Mungkinkah harga pakaian renang di Cebu murah?

Terbayang alangkah seronok dapat tinggal di hotel yang disediakan di sini. Satu malam baru 1300peso untuk 1 bilik yang boleh muat 2 orang.

Setelah selesai bersarapan pagi dengan bekalan yang dibawa, kami meneruskan mendaki ke tingkat 2 dengan melalui tangga yang disediakan.

Stesen bas Bato






Hari Ke 2 di Osmena Peak, Cebu



Kami sampai di Dalaguete pukul 2.30 pagi. Awal setengah jam daripada jangkaan. Mungkin disebabkan perjalanan tengah malam. Bas juga tidak banyak berhenti mengambil penumpang sepanjang perjalanan. Sekali sekala tersedar bas memandu dengan laju melalui jalan yang berliku dan jalan 2 hala yang kecil.
Bila tersedar, tengok jam di tangan masih awal. Harap konduktor dan pemandu bas tak lupa untuk kejutkan kami untuk ke Osmena Peak.
Konduktor bas mengejutkan kami setelah sampai di Dalaguete. Bas berhenti depan 7eleven yang mana terletak berhampiran persimpangan ke Osmena Peak.
Oleh kerana masih awal, kami meninjau di mana tempat yang sesuai untuk duduk. Gelagat kami diperhatikan oleh seorang polis yang berpakaian uniform putih di seberang jalan.
Dia memanggil kami. Aku rasa lebih selamat bila nampak polis ada di situ. Kami menyeberang jalan dan bertanya padanya bagaimana cara ke Osmena Peak. Dia mencadangkan kami ke sana pukul 3.30am untuk melihat matahari terbit.
Untuk ke osmena peak, hanya dengan menaiki motosikal atau dikenali habal habal kerana melalui jalan berbukit yang tinggi.
Oleh kerana kami bertiga, 2 habal habal diperlukan. Setiap habal habal hanya muat 2 orang sahaja. Setelah hampir setengah jam tawar menawar harga yang mana mulanya pemandu habal habal tawarkan 5000 peso untuk osmena peak, kawasan fall dan oslob. Terkejut aku dengan harga yang ditawarkan. Mahal sangat dan aku tidak bercadang ambil habal habal hingga ke Oslob. Aku tunjukkan harga yang telah aku tulis dalam itenari tertera hanya 500peso sahaja untuk seorang untuk 2 tempat.
Akhirnya, setelah berpuas hati dengan harga yang ditawarkan iaitu setiap habal habal 1100peso untuk ke Osmena Peak dan Kawasan Fall.
Perjalanan ke osmena peak mengambil masa hampir 1 jam. Melalui jalan yang berliku. Jalannya cantik, bersimen dan boleh dilalui kenderaan besar atau berat.
Aku dan lynn naik habal habal yang sama. Aku berada di tengah, lynn duduk di belakang aku. Manakala Shidah naik habal habal yang lain yang mana hanya dia dan pemandu sahaja.
Menaiki habal habal di awal pagi, amat sejuk terutama ke kawasan tanah tinggi. Terlupa pula memakai jaket. Menggeletar badan. Punggung pula terasa lenguh. Mungkin sudah lama tidak menunggang atau membonceng motosikal.
Untuk mendaki osmena peak, pendaki perlu daftar nama di pejabat pendaftaran dan membayar 30 peso seorang. Kami tinggalkan beg untuk dijaga pemandu habal habal. Di sini tiada tempat simpanan beg. Terasa lega tidak membawa bebanan beg yang berat hampir 7kg.


Pendakian melalui kebun sayur terutamanya penanaman kobis yang luas.
Trek jalannya diturap dengan batu, amat memudahkan pendakian. Pendakian kami lebih mudah apabila di sinari bulan mengambang. Kebetulan pula malam ini gerhana bulan. Kilauan sekitar bulan nampak cantik dan lebih bercahaya.
Pendakian pula hanya 20 minit sahaja untuk sampai di puncak. Tidak berbaloi jika guna khidmat pemandu.
Sampai di puncak , hanya kami bertiga pendaki yang ada. Keindahan bukit bukit yang berbentuk coklat hershy disuluhi cahaya bulan jelas kelihatan. Sementara menunggu munculnya matahari terbit, kami ambil keputusan untuk tidur. Shidah berbaring dan berselimut dengan kain batik. Lynn sekadar tidur dengan baju tebalnya.
Aku hamparkan baju jaket dan jadikan beg sebagai bantal. Kesejukan malam dan hembusan angin sepoi bahasa sukar untuk melelapkan mata. Betapa indahnya bulan mengambang yang menyinari malam. Bintang bintang bertaburan kelihatan di langit.
Sepanjang tinggal di Kuala Lumpur, tidak pernah berpeluang lihat bintang lagi. Malam ini aku terasa bertuah dapat nikmati keindahan alam yang sudah lama hilang akibat pencemaran udara.
Seekor kucing kampung yang agak jinak datang menghampiri kami. Kemudian, berbaring di sebelah shidah yang nyenyak tidur. Mungkin kucing itu pun kesejukan juga dan perlukan seseorang memeluknya untuk memanaskan badan.
Makin lama, makin sejuk. Aku dan Lynn makin tak tahan dengan sejuk. Dah mula menggigil. Akhirnya, untuk kurangkan sejuk aku dan lynn berpelukan.
Lebih kurang 5 pagi, 2 orang pendaki lain muncul. Mereka menuju ke puncak bukit dan duduk di atas batu. Sambil berborak dalam berpelukan. Tak pasti dari negara mana tapi aku rasa dari segi cakapan dari negara Eropah. Aku agak 2 orang mat salleh itu pasangan kekasih.

Bila munculnya matahari terbit, makin lama makin ramai pendaki yang muncul. Tiba tiba terdengar jeritan seorang lelaki "Hai Malaysia".
Kami membalas "Hai"
Kami saling berkenalan. Dia memperkenalkan diri sebagai Jordan Yong, berasal dari Ipoh dan masih belajar di sebuah universiti di Taiwan dalam jurusan ekonomi. Menghabiskan cuti semester selama sebulan dengan mengembara secara solo dengan menyewa motosikal, 800peso sehari.
Melalui Jordan Yong, kami mendapat tahu sekiranya ingin ke Filipina pastikan ada tiket pergi balik. Jika hanya ada tiket pergi sahaja, kita tidak dibenarkan masuk ke Filipina. Dia turut menceritakan kisah dia yang tidak dapat ke Filipina 2 hari lepas disebabkan tidak ambil tiket balik kerana merancang untuk ke Manila pula. Akhirnya, dia terkandas di lapangan terbang klia2 dan perlu beli tiket baru.
Keindahan bukit bukit kecil seumpama coklar hershy yang mengelilingi Omena Peak jelas kelihatan setelah siang. Tiada pohon pohon besar di bukit ini. Hanya kelihatan rumput, pohon renek serta tanaman sayuran sahaja.
Nikmat udara segar dihirup sepuas puasnya. Peluang membasahi muka dengan air embun tidak dilepaskan. Menurut petua orang tua tua dahulu boleh awet muda.

Hari Ketiga Cebu: Pulau Sumilon

Perancangan untuk ke melihat whale shark dibatalkan setelah memikirkan beberapa perkara termasuklah tiket 1000 peso atau RM76 untuk warga asing. Tiket ini agak mahal sekadar hanya naik bot ke tengah laut untuk berenang atau snorkle selama 20 minit untuk melihat ikan tersebut. Tambahan pula lynn dan sidah tidak tahu berenang. Jadi keterujaan untuk ke sana tidak menarik perhatian mereka.

Untuk memenuhi aktiviti pada hari ketiga ini kami merancang ke Pulau Sumilon dan air terjun Tumalog.

Selepas solat subuh dan bersarapan pagi dengan nasi impit yang masih ada , kami kemaskan barang untuk check out dari hotel. Pukul 7.30 pagi kami berjalan kaki ke bandar Oslob yang terletak 700 meter sahaja untuk naik bas.

Sampai di depan 7eleven, beberapa kenderaan awam yang mana motosikal beroda 3 atau dikenali 'tricycle' menawarkan perkhidmatan mereka.

Kami menolak kerana hanya akan naik bas sahaja. Aku sebenarnya takut naik kenderaan bermotosikal bila mengingati kembali peristiwa 5 tahun lalu di Hutong, Beijing. Selepas naik kenderaan beroda tiga menyebabkan kami diperas ugut sebanyak 300yuan seorang.

Namun, semasa sedang duduk di bangku seorang pemandu tricycle menawarkan 50peso seorang. Shidah cuba minta 20peso. Tak sangka pula dia setuju. Akhirnya aku akur untuk cuba naik tricycle. Dalam fikiran aku ketika itu jika naik bas aku rasa tambang 40peso juga seperti semalam dari terminal Bato ke Oslob.

Malah, semasa dalam perjalanan ke Pulau Sumilon dia bersetuju untuk memberi tambang 50peso untuk 3 orang. Disebabkan pemandu ini agak peramah dan nampak baik, kami minta dia tunggu kami untuk ke air terjun Tumalog.
Bot untuk ke Pulau Sumilon
Untuk ke Pulau Sumilon , aku sangkakan 1 bot untuk 5 orang tambang yang dikenakan 1500peso. Sebaliknya, tambang untuk kami bertiga adalah 1500peso untuk perjalanan 2 hala. Setelah diterangkan yang dimaksudkan dengan 5 orang itu sebenarnya 1 hala.

Pulau Sumilon
Pulau Sumilon

Jeti Pulau Sumilon

Sampai di jeti Sumilon Island, pelancong yang tiba perlu membayar 'entrance fee' sebanyak 50peso seorang.

Kami menyewa satu sahaja alatan snorkling sebanyak 50peso yang mana Lynn dan shidah akan berkongsi snorkling. Manakala aku akan berenang menggunakan goggle lynn.

Sementara menunggu bot sampai, shidah ambil peluang untuk belajar beberapa perkataan Tagalog dari pemandu tricyle tadi yang memperkenalkan diri sebagai Eleon. Namun, kami memanggilnya Leon sahaja.

Lebih kurang 10 minit, bot sampai. Sangkakan bot kecil, rupa rupanya besar yang boleh muat dalam 20 orang. Untuk naik ke bot, tiada jeti seperti yang digambarkan. Naik ke atas bot menggunakan sekeping papan yang dipaku papan papan kecil untuk dijadikan tangga. Sekeping buluh dipegang oleh pekerja bot untuk dijadikan pemegang ketika pelancong naik bot. Dari jauh Pulau Sumilon nampak dengan jelas dengan Pulau Cebu. Hanya 20 minit, sampai ke Pulau Sumilon.

Pulau ini dimiliki oleh Blue Water. Pengunjung hanya boleh datang dari pukul 7 pagi hingga 6 petang sahaja.
Pulaunya indah dengan pasirnya putih dan bentuk pantainya yang unik. Di kelilingi batu batu karang yang indah.

Sebaik sahaja kaki melangkah menjejaki ke Pulau ini, pemandu-pemandu pelancong yang dikatakan sekadar bayar tip ikut suka datang menawarkan diri. Walaupun sudah maklumkan untuk tidak mahu bantuan pemandu pelancong, pemandu pelancong akan tetap tak ambil peduli. Terus ikut kami walaupun kami cuba mengelak.

Akhinya, shidah dengan tegas memberitahu kami tak mahu pemandu pelancong. Kami ingin buat aktiviti bebas. Kenapa ingin terus ikut, akhirnya akan minta tip dari kami. Tipnya yang tidak ditetapkan agak bahaya kerana pemandu pelancong akan kenakan bayaran yang mahal. Lega, dia terus berlalu.

Di Cebu ini walaupun sekadar ke tempat air terjun atau pulau, masih juga ada pemandu pelancong. Tak susah pun untuk berjalan jalan sendiri. Wajar ambil pemandu pelancong jika ke tempat bersejarah agar pemandu pelancong boleh menceritakan lebih lanjut asal usul tempat tersebut. Sekadar seolah olah menjadi pengawal peribadi , lebih baik tak payah.

Di pulau ini, tiada tempat menyimpan barang. Barang yang kami bawa diletakkan di atas batu yang agak tinggi agar air tidak boleh cecah semasa air pasang. Setelah dapat goggle dari lynn, aku terus tak sabar untuk melepaskan gian untuk berenang di dalam laut.

Aku hairan kenapa lynn atau shidah masih tak snorkling. Mereka berdua seolah olah mencari sesuatu dalam air. Aku berenang ke arah mereka. Mereka tunjukkan kepada aku pin sebelah kanan masker selam tercabut dan melantun ke dalam air ketika hendak pakai.

Dengan bantuan goggle lynn, aku cuba mencari. Namun, usaha gagal. Kemungkinan sudah di bawa arus. Mencari sesuatu dengan menggunakan goggle yang berwarna biru juga agak sukar dari segi penglihatan.

Akhirnya, Lynn terpaksa menyewa snorkle yang lain. Harga sewaan 100peso yang mana 2 kali mahal dari sewaan di tanah besar. Dengan snorkle yang mahal ini, lynn pinjamkan kepada aku dan aku dapat snorkling dengan puas.

Namun, Lynn dan Shidah aku dapat rasakan kekecewaan mereka disebabkan tidak tahu berenang dan mood hilang bila alatan snorkle rosak tadi.

Harapan snorkling di pulau ini makin hilang serinya, entah macam mana boleh hilang pula masker selam yang tercabut pin tadi dari snorker. Hanya tinggal snorker sahaja yang terapung di permukaan air.

Tadi mencari pin, kali ini mencari masker selam pula. Kaki masing masing calar balar dan terluka bila terpijak batu karang yang tajam semasa mencari masker. Akhirnya, kami pasrah dan ambil keputusan untuk pulang walaupun ketika itu baru sejam kami berada di dalam pulau.

Pukul 10 pagi kami berangkat pulang ke tanah besar dengan jenis bot yang sama sebagaimana pergi.

Mood sampai di tanah besar tidak seceria sebelum pergi ke pulau. Perlu berhadapan dengan tauke snorkle. Apakah alasan yang ingin diberikan agar dia tidak kenakan ganti rugi yang tinggi?

Tauke tunjukkan isyarat mask di muka dengan menggunakan ke dua belah tangannya di dalam kedainya. Untuk mengurangkan kerisauan aku bertanya kepada rakan tauke yang berada di sebelah aku pada masa itu. "If lost, how much to pay ?"

Lynn dan Shidah memberitahu snorkle hilang di pulau selepas pin masker selam tercabut. Akhirnya selepas dipujuk oleh Shidah, tauke hanya ambil ganti rugi 40peso yang mana awalnya kenakan 50peso.

Semasa menunggu Eleon sampai, seorang pemandu habal habal yang ada di situ cuba memujuk kami guna perkhidmatannya. Kami menerangkan sudah menempah tricycle. Dia tetap memujuk. "Do you want to wait until 5pm if he is not coming?"

Lynn membalas "It i s ok. We do not pay him yet".

Aku tidak suka dengan sikap pemandu habal habal ini yang pentingkan diri sendiri. Rezeki orang lain ingin dirampasnya.

Lynn cuba menelefon Eleon, namun gagal. Akhirnya setelah beberapa kali mencuba dan meminta bantuan warga tempatan di situ untuk hubungi akhirnya Eleon berjaya dihubungi. Rupa rupanya Eleon sudah menunggu kami di luar.



Hari ketiga Cebu: Cuartel dan Baluarte Ruins

Selepas menikmati makan tengahari 1  pinggan nasi bersama ikan yang berharga 190peso (RM15) di sebuah kedai Pizza, kami ke Baluarte Ruin.

Lebih kurang 30 minit mengambil gambar  di kawasan runtuhan gereja lama ini yang terletak di tepi pantai. Kami kembali ke Guilly Place untuk ambil beg ke bandar Cebu  pula.

Disebabkan sudah hampir pukul 4.30 petang, aku meminta ruang kepada seorang pekerja hotel untuk bersolat sebelum meneruskan perjalanan.

Selesai solat, aku terkejut. Aku dapat tahu Lynn kehilangan wang, kad pengenalan dan lesen memandu. Aku hairan kenapa Lynn perlu bawa dokumen pengenalan tersebut. Untuk ke luar negara cukup hanya bawa passport sahaja.

Fikiran Lynn jadi tidak menentu asyik memikirkan hampir kesemua wangnya hilang lebih kurang RM600 termasuk 2000peso kami bertiga yang telah diamanahkan padanya untuk perbelanjaan sepanjang di Cebu City. Mujur wang 1000peso untuk cukai lapangan terbang telah diserahkan pada aku.

 Lynn merasakan beg kecilnya tercicir di Aguinid Fall selepas keluarkan barang dari beg kalis air di kedai menyewa barang.

Lynn cuba hubungi Eleon beberapa kali. Namun, gagal. Dia cuba dapatkan bantuan pekerja hotel untuk hubungi Eleon. Dalam fikiran aku, jika Eleon tidak dapat dihubungi juga, kami akan naik bas atau tricycle ke Aguinid Fall semula.

Akhirnya Eleon berjaya dihubungi. Terkejut aku tengok Eleon datang dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi. Mujurlah Lynn sudah biasa membonceng jenis motosikal tersebut. Tak dapat aku bayangkan, kalau aku atau Shidah yang membonceng mungkinkah melayang tubuh di udara atau terpaksa berpeluk erat ditubuh penunggang.

Sementara menunggu Lynn kembali ke hotel, aku dan Shidah berjalan jalan ke belakang hotel semula. Kami ke tepi pantai untuk menikmati pemandangan matahari jatuh serta teringat tadi tidak pergi ke Cuartel yang terletak bersebelahan Baluarte Ruins. Sebelum keluar, pesan kepada pekerja hotel agar memberitahu Lynn tentang kami ke Cuartel.
Baluarte Ruin

Cuartel yang dibina dengan batu karang


Dalam perjalanan menuju ke Cuartel, kami terserempak dengan satu upacara pengebumian. Paderi, rahib , Saudara mara serta kenalan keluarga jenazah berjalan kaki ke kawasan perkuburan dengan berjalan bermula dari gereja. Masing masing membawa lilin dan menyanyi. Aku agak upacara pengebumian seorang kanak kanak perempuan di mana kerandanya kecil dan di atasnya patung Mary.

Budaya kristian ini tidak pernah kulihat ini, aku dan Shidah tunggu saksikan hinggalah mereka berlalu jauh. Selepas selesai menyaksikan upacara membawa mayat dari jauh, aku dan Shidah ke Cuartel. Binaan cuartel agak unik. Ia tidak dibina dengan batu bata. Sebaliknya dari batu karang yang masih utuh.

Setelah menyaksikan matahari jatuh, dari jauh kami nampak Eleon datang menuju ke arah kami.

Terpancar keceriaan di wajah Eleon.
Aku bertanya "How? Ok?"
Eleon mengangguk. Aku amat gembira dan bersyukur.

Aku terus bertanya "She give you something?"
Dia mengangguk.
Aku mengucapkan ribuan terima kasih padanya dan kami berpisah dengannya untuk kembali ke Guilly Place.

Sampai di hotel, Lynn sedang menunaikan solat jamak magrib dan isyak. Setelah selesai menunaikan solat, Lynn menceritakan beg kecil yang hilang tersebut sememangnya tercicir di kedai sewaan beg kalis air itu. Ketika itu dia ternampak Jade yang sedang laju mengayuh basikal. Lynn cuba hendak memanggil tetapi Jade tidak dengar.

Semasa Lynn sampai di kedai tersebut, tauke terus balik ke rumahnya dan ambil beg lynn yang disimpan oleh adik tauke. Tauke yang mengenali Eleon yakin pemiliknya akan datang kembali mengambil. Semua dokumen termasuk wangnya tidak disentuh. Lynn amat terharu atas kejujuran tauke kedai hingga mengalir air mata. Lynn menyerahkan 1000peso kepada Eleon yang membantunya.

Aku rasa lega sangat. Aku amat terharu pada Eleon yang baik hati membantu Lynn serta kejujuran tauke kedai. Aku turut menasihati Lynn agar jangan bawa dokumen yang tidak perlu ketika ke luar negara. Duit perlu diasingkan dan hanya bawa sekadar perlu.

Disebabkan kami sudah kepenatan terutama Lynn, kami bercadang untuk bermalam sahaja di hotel ini. Shidah dan Lynn memujuk pekerja hotel untuk memberi diskaun hingga 700peso. Dia bersetuju dan memberi kami 1 bilik utama di tingkat bawah. Bilik tersebut walaupun hanya 1 katil bujang yang dikongsi aku dan Shidah. Manakala 1 tilam tambahan disediakan untuk Lynn.




Thursday, 1 February 2018

Hari Pertama di Cebu City



Mulanya perancangan hendak ke Dalaguete pukul 12 tengah malam. Terasa macam lewat pula. Kami tukar perancangan ke pukul 11 malam.

Selepas solat isyak selesai, kami terus ke South Bus Terminal semula. Malam masih muda dan meriah, masih ramai menjalani aktiviti perniagaan dan orang tempatan yang keluar di waktu malam juga ramai.

Nasi impit dalam anyaman kelapa

Mangga potong

Di sini, cyber cafe masih hidup bak cendawan. Selain melayari internet, perkhidmatan cetak juga disediakan. Aku hairan macam mana cyber cafe masih hidup berbanding malaysia, sedangkan sekarang zaman sudah ke arah teknologi handphone android.


Sementara menunggu bas, aku dan shidah ambil keputusan untuk tidur dahulu di atas kerusi aluminium. Mujur orang tidak ramai. Bolehlah berbaring di atas kerusi yang tiada penghadang di setiap satu kerusi.

Sukar untuk tidur di dalam cahaya lampu terang. Aku terpaksa ambil baju jaket dan tutup mataku. Aku perlu melelapkan mataku untuk mencukupkan waktu tidur malam minimum selama 4 jam. Mungkin 2 jam di sbt, 2 jam lagi di atas bas.

Aku terjaga ketika jam 10.30 malam. Aku lihat shidah masih nyenyak tidur. Manakala lynn masih melayani internet sambil menjaga beg kami kerana tidak dapat melelapkan mata.

Ketika jam 12 malam, sebuah bas ke Bato sampai. Orang ramai mulai beratur dan naik bas.  Sampai giliran kami naik bas, tempat duduk sudah penuh. Terpaksa kami turun dari bas untuk naik bas pukul 1am pula. Walaupun bas sudah penuh, tetapi ada penumpang yang sanggup berdiri.

Lynn ajak aku naik semula bas tapi aku menolak. Tak sanggup aku berdiri lama sehingga 2 jam sekiranya tiada peluang langsung tempat duduk hingga sampai Dalaguete.

Lynn ajak pula naik bas biasa yang tiada aircon. Bila aku menjenguk ke dalam bas tersebut, penuh juga. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk tunggu bas pukul 1 pagi.

Kali ini, kami siap sedia duduk berdekatan dengan pintu 8 agar cepat beratur bila bas sampai.

Wednesday, 31 January 2018

Hari Pertama: South Bus Terminal, Cebu

Selesai pemeriksaan imigresen, aku meninjau kenderaan untuk ke South Bus Terminal (SBT) atau North Bus Terminal (NBT) sama ada bas atau teksi. Langsung tidak kelihatan Mybus iaitu bus ke NBT . Manakala Shidah temankan  Lynn beli simkad.

Aku ambil keputusan untuk bertanya pada polis yang berada berdekatan dengan pintu keluar airport. Polis mencadangkan ambil teksi kuning kerana teksi jenis itu lebih selamat dan bermeter. Manakala jenis putih pula teksi paling murah.

Pada masa itu kebetulan lalu satu pasangan suami isteri. Rupa rupanya mereka juga dari malaysia. Mereka memperkenalkan diri sebagai Lai dan Edwin. Mereka juga hendak ke Oslob tetapi mereka terus ke Oslob. Sedangkan kami singgah di Dalaguete. Mereka mengajak naik grab yang mana hanya 461peso selama 1 jam ke South Bus Terminal.

Kami berpisah dengan lai dan edwin di
sbt tetapi akan bertemu kembali di dalam penerbangan yang sama semasa balik ahad ini.

Sementara menunggu bas tengah malam ke dalaguete, kami ambil keputusan untuk ke masjid siti mariam. Masjid ini hanya terletak bersebelahan sbt. Namun, untuk ke masjid ini agak jauh. Perlu berjalan ke luar sbt di sebelah kanan jalan

Keluar dari sbt, dari jauh kami nampak satu bangunan yang nampak macam sebuah kubah. Sebaliknya, bila hampir dekat bukan masjid. Beberapa kali bertanya orang yang lalu lalang dan peniaga kecil.

Kawasan berhampiran SBT ini agak ramai muslim yang lalu lalang dan berniaga pakaian serta perhiasan. Namun, kedai makan muslim tidak kelihatan.

Sepanjang perjalanan untuk ke masjid, inilah peluang untuk melihat budaya dan cara hidup masyarakat pulau cebu. Aku tertarik dengan jenis perniagaan air mineral macam vending mesin. Plastik disediakan.

Gerai gerai kecil pula banyak menyediakan nasi impit yang dianyam daun kelapa. Anyaman berbentuk segi 3. Ada juga ketupat yang dianyam serupa ketupat di Malaysia.

Buah mangga muda yang rangup dan sedikit masam dipotong seperti sekuntum bunga yang sedang kembang. Amat menarik perhatian untuk membeli dengan hanya 25peso sebiji atau RM2. Pada mulanya penjual tawarkan 45peso untuk 2 biji. Selepas Shidah sebut "we are friend", penjual pun dengan perasaan lembut hati beri 40peso sahaja.

Untuk ke masjid, perlu melalui 1 lorong sempit yang muat  2 orang antara 2 bangunan. Kemudian, melalui kawasan perumahan tempatan. Dari luar masjid,  tiada kubah seperti yang kami sangkakan.  Masjid  ini ada 3 tingkat dan seolah baru siap dibina.

Kami disuruh ke tingkat 2 untuk ruang bersolat. Namun , masjid ini seolah olah wanita cebu tidak bersolat di masjid. Tidak kelihatan tempat wuduk wanita serta tiada ruang wanita bersolat.

Oleh kerana masjid ini di buka hingga 7.30 malam atau ditutup selepas selesai solat isyak sempatlah kami berehat di masjid untuk melepaskan kepenatan .

Permulaan Perjalanan Ke Cebu

7.40pagi keluar dari rumah ke rumah Lynn di cheras. Suaminya hantar kami ke KLIA2. Singgah dahulu bersarapan pagi di batu 10 cheras. Kami sekadar makan cucur kodok. Manakala Shidah makan lontong.

Sampai di KLIA2, aku baru teringat mee segera 8 bungkus tertinggal. Mee itu walaupun dengar macam banyak tapi untuk dikongsi dengan Shidah. Takut tak jumpa kedai halal sebab pengalaman ke subic bay dan manila beberapa tahun yang lalu tak jumpa kedai halal. Semua kedai sedia masakan yang ada daging babi. Terpaksa juga makan dengan pilih masakan laut dan sayuran.

Singgah di Familymart KLIA2 beli 2 maggi cawan asam laksa dan perisa tomyam yang berharga RM3 setiap satu.

Semasa hendak ke tandas, teringat pula aku tertinggal cable usb. Mujur adik aku bawa. Lynn pun tak bawa cable usb juga. Semasa di ruang menunggu bilik Q17, teringat tak bawa pakaian mandi sedangkan dah tulis dalam itenari dan akulah yang jadi tukang ingatkan mereka agar bawa. Aduhai, banyak benda pula aku tertinggal kali ini.

Perjalanan ambil masa selama 3jam 40minit dari KLIA2 pada pukul 12 tengahari dan sampai di Mactan Cebu InternationalAirport pada pukul 3.40 petang

Flight Z27111 agak kecil hanya ada 2 barisan. Aku agak ke belakang di  18f. Manakala Lynn dan Shidah berada di no 11.

Perjalanan kali ini tiada teman untuk berbual. Teman hujung dan tengah kedua-duanya lelaki Melayu dari Malaysia. Oleh kerana mereka tak menegur aku, aku ambil keputusan untuk membaca sahaja. Sempat aku habiskan buku 250 tips for an Eco Lifestyle yang ditulis oleh Sarah Callard.

 Kali ini aku bawa buku yang agak ringan untuk dibaca. Perjalanan yang lalu,  beberapa kali aku bawa buku, sukar aku habiskan. Kononnya baca buku yang membosankan Dalam flight cepat habis. Sebaliknya, tidur atau berborak dengan rakan sebelah.

Tuesday, 30 January 2018

Itenari Ke Selatan Pulau Cebu



Pengembaraan ke Pulau Cebu selama 5 hari bermula pada 31 Januari 2018 hingga 4 Februari 2018. Peluang bercuti panjang dengan mengelak ambil cuti tahunan yang banyak sempena cuti Thaipusam pada 31 Januari dan 1 Februari sempena Hari Wilayah. Hanya ambil cuti tahunan 1 hari sahaja iaitu pada hari Jumaat. Manakala 2 hari yang berikutnya 3 dan 4 Februari jatuh pada  cuti hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad.

Pengembaraan backpacker ini ditemani adik aku, Shidah dan kawan baik aku, Mazliana (Lynn).

Anggaran bajet kami sebelum kami pergi lebih kurang RM400 sahaja yang mana 10peso bersamaan 76sen. Aku buat genabkan jadi 80sen.






TARIKH MASA TEMPAT PENERANGAN PISO MYR
31/1/2018 11.20am KLIA2 Air asia Rm357.90 seorang, tiada luggage.
357.9

3.20pm Mactan-Cebu International Airport

0


Mybus ke North Bus Terminal (NBT) - p25. Kena beli kad bas p100
100 7.8


Yellow taxi p300, white taxi p250, coupun taxi p400
200 15.6





0


OSMENA

0

5km Naik bas di South Bus Terminal (SBT) NBT ke SBT
0





0
12am
Naik bas ke Dalaguete
106 8.268





0
01/02/2018
OSMENA

0


Tiba di Dalaguete berhenti di simpang ke Osmena PEak, ada kedai7eleven dan Julie's Bakeshop

03:00:00 AM

Habal-habal fare (Dalaguete-Osmeña Peak-Kawasan Falls 500 39
10:00:00 AM 12km @ 30 min Osmeña Peak from Dalaguete 200 15.6



register 30 2.34
11:00:00 AM 28km @ 1 hr Kawasan Fall from osmena peak
0



register 40 3.12
01:00:00 PM 60km @ 1.5hrs Badian (Ceres Bus) to Bato Teminal. To Oslob
100 7.8
03:00:00 PM
oslob

0





0





0
02/02/2018
OSLOB

0


Hotel Guilly Palace (p1000) to fery (350m) 350 27.3

350m Ferry ferry to Baluarte Ruins
0

250m Baluarte Ruins Baluarte Ruins to cuartel 50 3.9

160m Cuartel
0 0


old Mortuary Chapel

0





0
06:00:00 PM 9km bus to hotel near whale shark

0






02/02/2018




8am-8pm
Whale shark watching 30 min if snorkling +p500 1000 78
07:00:00 AM 4km Sumilon Island 7am, balik 3.30pm take boat near whale shark p1500 per boat 0f 5 300 23.4



enviroment fee (p50) + shower (p20) 70 5.46



snorkling
0
02:00:00 PM 4.4km Tumalog Falls (30 min from Whale shark by habal, then walk 20 min) entrance fee (p20) 20 1.56


Bus to oslob from cebu city
165 12.87
05:00:00 PM
tumalog to oslob bus station take habal (per person p30-50). Round trip p50 120 9.36





0
12:00:00 AM
bus to cebu
165 12.87






03/02/2018
CEBU CITY

0
5,00 pagi
sampai cebu city

0


hotel checkin (p999)
350 27.3


Fort San Pedro, A. Pigafetta Street, Cebu City, 6000 Cebu, Philippines
30 2.34

500m Magellan's Cross Fort San Pedro to Magellan cross 30 2.34
8am-8pm
basilica del santo nino beside magellan 30 2.34


yap dandiego ancestral house
50 3.9


casa gorordo museum near yap dandiego 70 5.46


pasalubong, Taboan market

0
4pagi
to airport (Teksi)
400 31.2





0
04/02/2018 7.05am Mactan-Cebu International Airport

0


Airport tax
750 58.5

10.55am KLIA2

0





407.628